09 September 2011

Semoga kami bahagia buat selama-lamanya...

9 September 2001... bermulanya detik indah buat kita hubbyku tercinta. Terima kasih atas kasih sayang yang dihulurkan. Semoga ikatan perkahwinan kita yang telah terjalin selama 10 tahun ini tetap utuh hingga ke akhir hayat, dilimpahi rahmat, kesihatan, rezeki dan kebahagiaan buat selamanya.

Kat bawah ni gambar2 kenangan Zie dulu... sengaja nak tepek kat sini, at least ada jugak sebagai kenangan untuk kami.

Ni masa majlis petunangan... masa ni Zie tengah belajar lagi, buat Master di UKM. Kami bertunang setahun jugak lamanya. Banyak dugaan yer masa bertunang ni, nasib baik Zie kuat iman dan setia pada yang satu. Huhuu... muda belia lagi masa ni.

Ni masa majlis akad nikah... di masjid, dekat dengan rumah Zie... 'Aku terima nikahnya... bla... bla...'. Terharu sungguh masa ni, hepi bercampur sedih pun ada. Terro la hubby masa ni sekali lafaz je...

Tanda setuju... kena sains surat nikah masa ni.

Zie pun sama mesti la setujuuu... Ada tak sesiapa yang rasa pellik? biase orang bernikah pakai baju warna putih bersih atau krim. Tapi Zie pakai warna biru, tak pernah buat dek orang rasanya. Tu la masa ni tak pikir sangat pasal perkembangan fesyen, so pakai je la baju yang mana ada. Pikir2 balik macam pelik la pulak... tapi takpa yang penting kami tetap bahagia.

Ehem... ehem... masa ni kami dah disahkan sebagai suami isteri. Bahagia je rasa dapat bersama orang tercinta...

Majlis akad nikah diadakan pada malam 9.9.2001... esoknya kenduri...

Taraaaa... ni la gambar persandingan Zie bersama hubby, ada banyak peristiwa lucu masa ni tau (tak payah cite la buat malu je nanti hehehe...). Comel tak? Majlis kami biase2 je...

Baju pun 2 pasang je, tu pun jenuh dah rasa nak bergambar... letih sangat. Kalau ikutkan ada 5 pasang tapi 2 je kami pakai, dah tak larat nak bergambar... memang letih sungguh masa kenduri kawin ni sebab biase lah kan macam orang lain jugak sebelum kenduri macam 2 benda nak diuruskan. Macam mana Zie boleh pilih pakaian warna biru yer masa ni? Kalau ikutkan warna feveret Zie ialah merah. Takpa la yang penting semuanya selamat dan kami bahagia selalu.

Alhamdulillah setelah 10 tahun berkawin kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang sihat, soleh, pintar dan comel iaitu Aqil dan Amalia. Kehadiran mereka berdua menambahkan lagi kebahagian dan keceriaan dalam rumahtangga kami. Semoga famili Zie akan sentiasa dilimpahi dengan kebahagian dan kerahmatan dariNya buat selama-lamanya. Amin.

No comments:

Post a Comment