Bulan ni ramai pulak yang balik terus ke Malaysia... makin sikit la tinggal kengkawan di Adelaide ni. Yang datang takde pulak. Kalau tidak kami pun akan pulang ke Malaysia pada Julai ni tetapi memandangkan PhD hubby banyak yang tak settle lagi terpaksa la hubby sambung pengajiannya selama 6 bulan lagi. InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar dan hubby dapat settlekan keje2nya sebelum balik nanti. 6 bulan bukan lah masa yang lama... pejam celik pejam celik dah 6 bulan.
Bersama Lynn dan Kak Has
Bulan ini aje 3 orang member balik ke Malaysia... iaitu Lynn Suhaizan, Efa Am dan Dayah. Sebelum balik kami sempat berjumpa semasa farewell diadakan di rumah salah seorang member kat sini iaitu di rumah Anep Darwin. Seronok je tengok mereka yang dah nak balik ni... tak sabar rasanya nak balik sama. Semoga kehidupan mereka di Malaysia nanti dipermudahkan segala urusan dan jangan lupa kami di sini.
Selain majlis ni kami pun ada menjemput mereka yang nak balik ni datang makan2 di rumah. Aqil dan Amalia suka sangat bermain dengan Maeisyah anak Efa ni,, tambah2 lagi Amalia. Sebelum mereka balik baru2 ni Zie sempat menjaga Maeisyah sehari... puas Aqil dan Amalia dapat bermain dengan dia. Aqil dan Amalia sedih sebab Maeisyah dah nak balik... lepas ni tak boleh main sama2, takpa insyaAllah kite jumpa lagi di Perlis nanti.
Aqil dan Amalia pasti merindui Maeisyah... kite jumpa di Malaysia yer...
Sehari sebelum Dayah balik, kami menjemput Dayah dinner di rumah kami. Dayah ni tinggal di Bangi memang dekat sangat dengan rumah kami nanti. Selama setahun Dayah di sini... rasa kejap je masa berlalu, Dayah dah nak balik. Lepas ni takde dah tetamu kami di malam Aidilfitri atau Aidiladha... kalau tidak Dayah ada sama untuk memeriahkan perayaan ini. Tahun ni hanya kami anak-beranak aje la.
Kepada semua yang dah balik ke Malaysia tu jangan la lupakan kami di sini, semoga kite bertemu lagi nanti di Malaysia. Semoga kehidupan kalian bertambah bahagia dan segala urusan dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment