Happy Birthday Aqil... semoga Aqil panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yang sihat, soleh, pintar dan comel.
Kali ini kami mengadakan majlis kecil2an aje... just jemput jiran2 terdekat. Masak pun ala kadar aje. Lagi pun tarikh besday Aqil kali ini jatuh pada hari biase.... ramai yang busy dengan keje masing2. Kalau weekend boleh la buat majlis besar2an macam sebelum2 ini, ajak ramai2. Majlis kali ni kami buat malam sebab siang masing2 ke Uni.
Hepi Aqil dapat hadiah ni dari papa...
First time buat kek ni... macam tak puas hati je, maklum la first time buat, banyak lagi nak kena belajar.
Tapi yang penting besday boy hepi...
Selain kek untuk Aqil, Zie wajib buat kek untuk Amalia... kalau tidak ada yang mengamuk dan majlis tak menjadi nanti. Dah la kena buat untuknya dulu... sepanjang hari Aqil dok menyakat Amalia "macam la besday dia...". Takpa mama akan buat dua2 sekali, yang penting anak2 mama hepi.
Suka sangat Amalia sebab Zie buat special kek untuknya jugak... kali ni Zie buat kek coklat moist.
Main dish untuk majlis kali ni... nasi kerabu, maklum lah besday boy penggemar nasi kerabu, jadi Zie buat la makanan kegemarannya. Memang puashati para tetamu dapat makan nasi kerabu bersama daging bakar dan ikan kering. Selain itu, Zie masak bihun goreng, apam polkadot dan puding karamel cocktail.
Suka sangat kalau dapat buat sesuatu yang menggembirakan anak2.. tak terasa kepenatannya kalau anak2 hepi dan menghargai apa yang Zie lakukan. Mama sayang Aqil dan Amalia. Mama sanggup lakukan apa sahaja asalkan ana2 mama hepi.
Terima kasih jugak kepada hubby sebab banyak membantu...
Inilah antara tetamu kami yang datang... terima kasih kerana sudi datang.
With Kak Shidah & Surah.
Ini Ummi baru 2 hari sampai Adelaide... rumah pun belum dapat lagi. Welcome to Adelaide... semoga urusan mencari rumah dan semuanya dipermudahkan. |
Acara kemuncak... tiup lilin dan potong kek, tengok tu Amalia pun excited sama nak tiup lilin. Mengalahkan besday boy. Biase la Amalia besday orang pun besday dia jugak... hubby cakap 4 tahun sekali besday dia. Takpa la... yang penting Amalia hepi.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Walaupun majlis ni kecik je yang penting Aqil rasa happy dan ada sesuatu sempena hari lahirnya. Happy Birthday Aqil. Papa, mama dan Amalia love U.
No comments:
Post a Comment