Dah lama plan dengan kawan Zie nak datang sini... namanya Surah. Jadi sempena cuti sekolah ni baru lah tercapai hajat nak datang sini. Ini kali kedua kami datang ke sini. Tujuan asal datang sini ialah nak bawak anak2 naik cruise... tetapi sebelum itu kami sempat cuci mata di Fishermens Wharf Markets ni.
Banyak barang yang menarik di sini tetapi semuanya mahal2. Termasuklah barang2 yang menjadi pujaan ramai di sini iaitu corningware. Memang banyak orang jual corningware di sini tetapi harganya agak mahal jika dibandingkan yang dijual di garage sale, Sunday Market, Salvos dan thrift shop. Ramai kengkawan dapat dengan harga murah di tempat2 ni. Walaupun Zie ni jarang jumpa corningware tetapi tetap tidak sanggup membelinya di sini... rasa tak berbaloi... mahal sangat, baik beli baru je.
Tetapi alang2 datang takan nak balik tangan kosong je kan... Zie beli lah jugak satu teko corning ni. Nasib baik kat orang tu boleh mintak kurang... jadi tak lah terasa mahal sangat. Cukup lah satu je beli di sini... InsyaAllah ada rezeki jumpa di tempat lain, boleh la beli lagi.
Bergambar je la dengan corning ni...
Lepas puas berjalan di dalam ni kami makan dan sembahyang dulu sebelum naik cruise. Anak2 memang dah tak sabar sangat nak naik cruise tu... maklum lah first time nak naik. Cuaca agak sejuk hari ni tetapi memandangkan anak2 dah excited nak datang terpaksa la kami membawa mereka ke sini. N3 seterusnya kite cite pasal naik cruise yer...
No comments:
Post a Comment