Lepas cuci mata di Fishermens Wharf Markets kami naik cruise... anak2 memang tak sabar nak naik cruise ni, maklum la tak pernah naik sebelum2 ni. Perjalanan cruise ni memakan masa selama 2 jam... 1 jam pergi dan 1 jam balik. Untuk menaiki cruise ni orang dewasa dikenakan bayaran $8 seorang dan kanak2 setahun ke atas $6. Dah naik harga rupanya... hari tu masa kami datang orang dewasa just $6 je...
Sepanjang perjalanan berborak aje la keje kami... nak makan tak pulak kami bawak makanan sebab sebelum naik kami semua dah makan kenyang2... tapi memandangkan cuaca yang agak sejuk dan berangin terpikir jugak bestnya kalau masa ni dapat minum coffee panas. Aqil dan Amalia pun kesejukan... masing2 dok diam je... menahan sejuk.
Tengok la Zie ni, memang tak tahan betul sejuk masa ni... terasa sampai ke tulang dibuatnya. Walaupun ada matahari tetapi angin sejuk tu yang menyebabkan rasa nak menggigil. Surah siap cakap nak demam sebab sejuk sangat.
Amalia pada mulanya monyok je... lepas tu baru ok, sampai je di tengah laut ni dah tak terasa sejuk sangat... angin pun macam dah tak kuat sangat... jadi masing2 mula la berjalan ke sana sini. Pada mulanya macam gayat jugak rasa tetapi lama2 baru ok sebab tak beralun sangat. Risau jugak nanti ada yang mabuk laut.
Hubby and Aqil... Aqil tak sabar2 nak sampai ke darat sebab dia rasa pening. Padahal sebelum ni Aqil dah pernah ikut rombongan sekolah ke sini. Aqil cakap masa tu dia naik boat kecik je... laju dan lebih selesa dari cruise ni. |
Hepi Aqil dan Amalia... sekali-sekala dapat melakukan aktiviti macam ni. Masing2 excited nak tengok dolphin sama tujuan naik cruise ni tetapi nampak dari jauh je... ok la at least nampak jugak.
No comments:
Post a Comment