Memang dah lama sangat teringin nak memiliki Kitchenaid Mixer (KM)... pantang nampak di shopping mall Zie akan tengok harganya. Tapi susah betul nak sale benda alah ni. Harga still macam tu je... takpa la simpan gambar dulu pun kira ok la, sementara dapat yang real punya.
Rasanya Zie suka KM ni memang dah lama dan minat mula timbul bila tengok chef2 terkenal di Malaysia menggunakan mixer ni, nampak macam best dan senang je nak buat kek dll... satu lagi maybe sebab design dan colournya yang menarik. Terdapat pelbagai colour dan semuanya cantik2. Masa di Malaysia dulu memang dah usha2 KM di kedai jual barangan bakery... memang harganya mahal iaitu lebih kurang RM2500++, tak mampu je rasa... lagi pun masa tu banyak perkara yang lebih penting daripada beli KM. So terpaksa la Zie pendamkan aje hajat dihati... terpaksa la guna mixer biase je, rasanya mixer biase tu lebih kurang 10 ketul dah Zie guna... semuanya tak tahan lama, pernah sekali sampai berasap huhuuuu... nasib baik tak meletup.
Walaupun KM ni terdapat pelbagai colour yang menarik, warna merah tetap menjadi pojaan hatiku, huhuuu... cantiknyaaa... kadang tu tengok gambar pun dah suka, kalau dah dapat yang real nanti tak tahu la macam mana yer? mau ada yang tido pun termimpi2kan KM ni. Banyak2 colour Zie suka KM colour Empire Red. Memang akan ku beli suatu hari nanti, InsyaAllah kalau ada rezeki.
Sementara mendapatkan KM, Kenwood Partissier Mixer (KP) Zie miliki terlebih dulu. Thanks to my hubby sebab belikan KP ni. Ingatkan dah tak dapat sebab banyak duit nak guna untuk benda lain. Kebetulan ada sale tu yang Zie nak sangat... last week dah nak beli tapi takde warna merah. Penjual tu cakap stok baru akan sampai hari Isnin, hari ni la. Bila tiba je hari ni Zie tanya hubby jadi ke nak beli mixer tu, hubby cakap duit banyak nak guna untuk perkara yang lebih penting, mixer tu takpa... lain kali boleh beli. So Zie diam aje la, sebab Zie pikir lain kali mesti ada sale lagi (tapi dalam hati macam frust jugak sebenarnya...).
Tiba2 petang tadi lepas balik dari Uni. hubby cakap nak pergi isi minyak kereta. Zie dok sibuk masak untuk berbuka. Dok tak lama hubby balik and Amalia bukakkan pintu... hubby cakap "Puan Nor Azita ada tak? Zie terus ke pintu tengok2 ada dua kotak besar, satu kotak KP dan satu lagi kotak Kenwood Slow Cooker. Dalam hati terus dapat agak hubby pergi beli mixer yang Zie nak tu. Apa lagi senyum sampai ke telinga la....
Tiba2 petang tadi lepas balik dari Uni. hubby cakap nak pergi isi minyak kereta. Zie dok sibuk masak untuk berbuka. Dok tak lama hubby balik and Amalia bukakkan pintu... hubby cakap "Puan Nor Azita ada tak? Zie terus ke pintu tengok2 ada dua kotak besar, satu kotak KP dan satu lagi kotak Kenwood Slow Cooker. Dalam hati terus dapat agak hubby pergi beli mixer yang Zie nak tu. Apa lagi senyum sampai ke telinga la....
Amalia pun hepi sangat sebab hubby belikan mixer ni... Amalia tahu yang mamanya ni dah lama idamkan mixer warna merah. Kalau tengok aje dalam tv atau youtube orang guna mixer warna merah (Kitchenaid) mesti Amalia akan terus tanya 'mama suka ke mixer ni?, kalau Zie cakap 'yer' Amalia mesti cakap 'nanti Yaya belikan untuk mama yer'. Kalau nampak di shopping mall pun sama... Amalia tanya 'kenapa mama tak beli sebab dah suka sangat?' Zie jawab 'nanti la tunggu mama kaya dulu baru boleh beli' hehehe... Sampai Amalia pun tahu mama dia ni minat sangat Kitchenaid mixer, terutamanya kalau yang warna merah.
No comments:
Post a Comment