10 July ni besday Aqil yang ke 9 tahun. Memang Zie cadang nak buat jamuan makan2 masa besday Aqil nanti... di samping tu nak jemput kawan2 yang belum pernah datang ke rumah kami, jamuan untuk kawan2 yang nak balik terus ke Malaysia dan sempena menyambut Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, bulan depan dah puasa... kejap je rasa... alamak puasa tak ganti lagi, tinggal sehari je lagi nak kena ganti rasanya... kena cek balik diary last year. Banyak betul tujuan jamuan kali ni yer... ye la buat sekali gus senang.
Pada mulanya macam taknak buat sebab Aqil tak sihat... tapi lepas makan antibiotik keadaan Aqil semakin ok. Jadi kami pun buat jugak... lagi pun kesian pada Aqil sebab dah lama dia cakap nak buat besday party. Kami terpaksa la buat perancangan last minit... sehari sebelum kami pergi beli barang2 untuk jamuan nanti. Macam2 kami beli...
Termasuk la 2 barang ni... kononnya nak buat besday kek sendiri tahun ni, entah menjadi ke tidak tungguuuu...
Zie plan nak buat nasi kerabu, laksam dan lompat tikam sebagai dessert. Kalau ikutkan semua makanan yang Zie nak buat ni rumit dan memerlukan masa yang lama nak siap. Tapi takpa disebabkan semua makanan ni makanan feveret Aqil dan kami sekeluarga Zie akan gagahkan diri membuatnya. Selain tu ada permintaan dari kawan2 nak makan semua makanan ni. Hari ni Zie sediakan bahan2 yang sepatutnya dulu... anataranya buat sambal, solok, perap ayam, buat tepung hijau lompat tikam, pulut, buat laksam dan macam2 lagi yang dirasakan tak basi untuk dimakan esok.
Ni la ayam yang direbus dan diperap untuk buat ayam percik esok... thanks hubby sebab tolong siang dan cucikan ayam2 ni...
Ni cili api untuk buat sambal... cili kat sini banyak biji so terpaksa la ambik masa untuk buang biji2nya dulu. Zie memang akan buang biji dulu kalau nak masak apa2 pun... tak suka kalau banyak biji, nanti makan boleh memudaratkan pulak... tak pasal2 jadi apendiks nanti. Mintak jauhhhh...
Malamnya Zie buat bancuhan laksam dan Zie ajar hubby buat... lepas tu hubby teruskan mengukus laksam hingga habis. Harap2 hubby ok yer...
Zie bancuh 3 paket tepung beras untuk buat laksam... kesian hubby terpaksa buat banyak dan terpaksa berdiri lama. Takpa la sekali-sekala apa salahnya... thanks sebab sudi tolong. Apa macam rasa nak buat laksam lagi tak lepas ni?
Ha'ah yang ni paling leceh... ikan sardin ni Alif yang tolong belikan. Alif teringin sangat nak makan laksam sampai sanggup tolong belikan ikan. Hubby suruh Alif belikan 3kg ikan. Hari Jumaat lagi Alif dah hantar ikan ni... Zie dah siang dan rebus siap2. Paling leceh nak perisi ikan ni sebabnya ikan ni tak sama dengan ikan sardin kat Malaysia... banyak tulang halus2 so kena tengok dan perisi betul2. Zie memang tak suka makan kuah laksa/laksam yang ada tulang macam sesetengah orang buat... lagi satu membahayakan terutamanya kalau anak2 makan. Banyak masa habis kat sini... nasib baik hubby banyak membantu kalau tidak parah. Lewat jugak kami tido untuk buat persiapan ni... keje2 selebihnya bersambung esok pulak, harap2 dipermudahkan dan majlis berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment