10 July 2011

Dah besar anak mama ni...

Hepi besday Aqil... hari ni umur Aqil dah 9 tahun, dah besar hero mama sorang ni. Alhamdulillah Aqil dah sihat setelah beberapa hari dok sakit telinga dan demam. Pada mulanya mama rasa macam taknak buat majlis besday Aqil ni sebab risau Aqil sakit telinga lagi. Just nak beli hadiah dan kek besday untuk Aqil dan lepas tu bergambar je. Tapi Alhamdulillah Aqil dan sihat boleh la mama buat majlis besday untuk Aqil. Semoga Aqil hepi dan kembali ceria seperti biase.

'HAPPY BESDAY AQIL'... Semoga Tuhan panjangkan umur Aqil, murahkan rezeki Aqil dan semoga Aqil sentiasa menjadi anak yang sihat, soleh, pintar dan hensem. Mama, papa dan Amalia sayang Aqil. Mama sentiasa mendoakan Aqil berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Kek besday Aqil tahun ni... Zie plan nak buat sendiri tapi tak menjadi. Aqil nak kek padang bola tahun ni tapi mamanya tak pernah2 buat krim sendiri dan nak mendeco2 kek, jadi tak terbuat la keknya. InsyaAllah nanti mama cuba buat jugak. Akhirnya kek kedai hijau jugak menjadi pilihan.

Amalia pun nak kek sama... Zie buat la cupcakes untuk Amalia. Edible image ni memang dah lama beli... beli kat mana tau? Beli kat Malaysia la... jauh datangnya ni. Kat sini tak sure ada ke tak. Tercapai jugak Amalia nak buat dan makan cupcakes ni walaupun tak berapa menjadi... hehehe... rasanya mama kena belajar betul2 cara nak buat kek, cupcake, krimnya dan cara nak mendeko2 kek ni sebabnya Amalia suka sangat makan kek. Rasanya mama kena beli sesuatu yang boleh menyenangkan keje mama nak membaking ni...

Aqil nak hadiah ni je tahun ni... kad bola, suka sangat dia dapat kad bola ni.

Selain daripada majlis besday Aqil tujuan majlis makan kali ni jugak untuk meraikan kawan2 yang belum pernah datang ke rumah kami, raikan kawan2 yang nak balik terus ke Malaysia dan sempena menyambut Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi.

Antara juadah yang sempat Zie sediakan ialah nasi kerabu dengan ayam percik dan daging bakar, laksam, lompat tikam dan kek span. Harap2 semua yang hadir puashati dapat menikmati semua makanan yang ala kadar je ni.

Kaum bapa memenuhi ruang tamu... syok la sekali-sekala berjumpa macam2 cite dapat dikongsi sama sambil makan2.


Kaum wanita terpaksa duduk di bahagian tengah... kira ok la yer, harap2 semua selesa... Ramai jugak yang kami ajak kali ni. Lebih kurang 25 famili... penuh kete depan rumah, sampai jiran sebelah tanya ada apa ni ramai2. Ye la alang2 buat biar la puas hati dan ajak ramai sikit, sekali penat je... ini pun masih ramai yang belum kami ajak. InsyaAllah lain kali pulak.

Gina dan famili antara tetamu yang paling lewat datang... ye la Gina masih kepenatan buat makan di rumahnya semalam dan hari ni pagi2 lagi ke airport untuk hantar Ayu Hairol pulang.

Aqil dan Amalia tak sabar2 nak bukak hadiah... terutamanya Amalia. Danish dan Ryan pun tak sabar2 nak tengok hadiah Aqil... mami mereka ajak pulang pun mereka taknak... takpa nanti kalau ada masa ajak mami dan daddy datang rumah abang Aqil lagi, boleh la main sama2.

Nasib baik ada jugak hadiah untuk Amalia... kalau tidak mau ada yang mengamuk nanti. Thanks Aunty Gina.

Terima kasih kepada semua yang sudi datang dan terima kasih jugak sebab bagi hadiah pada Aqil. Maaf dipinta dari kami sekeluarga kiranya ada sebarang kekurangan dan kesilapan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan syukur kepadaNya sebab berikan kami rezeki untuk melaksanakan majlis ni.

No comments:

Post a Comment