Sehari sebelum puase persatuan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia Australia) menganjurkan aktiviti untuk kanak2 Adelaide. Aktiviti kali ni dinamakan ALiM (Amazing Little Muslim). Program ni terbuka kepada sesiapa yang berminat. Pada awalnya Aqil macam taknak join tapi lepas Zie beritahu ramai kanak2 lain join termasuk best friendnya Ika, Najla dan Danish baru la dia excited nak join sama. Program ini diadakan di Thorndon Park... tempat kami selalu buat makan2 dan tempat Aqil dan Amalia selalu main.
Sebelum aktiviti bermula... solat Asar beramai2 diadakan bagi yang belum sembahyang di rumah. Zie perhatikan ada jugak mat salleh yang dok perhatikan orang2 yang dok sembahyang ni. Entah apa yang mat salleh tu pikir tak tahu la. Peduli la apa dia orang nak kata... yang penting kite laksanakan perintah Tuhan bukannya buat perkara yang memberikan masalah kepada mereka pun.
Menurut Aqil masa ni setiap orang kena niat puase... selagi semua tak boleh niat, group ni tak boleh bergerak ke point lain... Aqil cakap ramai yang tak boleh niat, takpa la semua masih kecik2 lagi... banyak masa lagi nak belajar. Aqil pun sama tau kena rajin2 belajar pasal agama ni.
Acara terakhir setiap peserta ALiM diberi maklumat pasal puase seperti niat puase, doa berbuka, kalendar puase dan jadual aktiviti masa puase...
Sementara menunggu anak2 dengan aktiviti mereka... kaum ibu rancak berborak, macam2 topik dibincangkan.
Acara terakhir... apa lagi kalau bukan makan2, selain makanan yang disediakan oleh pihak ISMA... ibu bapa digalakkan bawa makanan sendiri. Zie just bawak kuih ni je... Terima kasih kepada pihak penganjur... lain kali kalau ada lagi program macam ni boleh la Aqil dan Amalia join lagi. InsyaAllah. Semoga Aqil dapat banyak ilmu dan mempelajari sesuatu yang berfaedah hari ni.
No comments:
Post a Comment