11 July 2011

Lompat tikam

Kuih lompat tikam ni kuih tradisi orang Kelantan. Di Kelantan orang panggil 'lopak tike'. Tak tahu pulak asal-usul kuih ni... kenapa orang panggil lompat tikam, maybe sebab ada pulut merah tu kot... tak sure nanti kalau rajin Zie cari history lompat tikam ni. Biase kuih ni orang makan pada bulan puasa tapi sekarang kalau di Kelantan ada je orang jual di mana2 (Pasar tani, Pasar Siti Khadijah gerenti ada orang jual kalau ada sapa2 teringin nak makan boleh la beli kat sini). Kalau di Bangi dulu kalau di pasar malam setiap Selasa dan Sabtu ada la orang jual... iaitu di pasar malam dekat dengan Shell, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi tu. Kalau bulan puase memang ramai yang menjual lompat tikam ni.

Kalau pagi pulak ada orang jual di pasar awam BBB dan ada beberapa buah restoran yang menjual lompat tikam ni, misalnya di Restoran Sri Balang, Seksyen 4 BBB, Restoran Ayam Kampung belakang Warta, Restoran Sri Bangi, Selera Pantai Timur dan ada 5 atau 6 lagi restoran... Kalau sapa2 pernah beli di tempat2 ni semua termasuk yang di pasar malam dan pasar awam BBB lompat tikam tu Zie la yang buat hehehe... ok tak? sedap tak?. Kalau tengok dari segi sambutan tu macam sedap... ye la nak buat makan untuk menjual ni kena la buat sedap2 sama dengan selera kite nak makan, baru la orang belikan?. Banyak lagi makanan yang Zie letak di semua tempat ni masa sebelum bekerja dulu, nanti lain kali kite cite lain... sekarang nak cite pasal kuih lompat tikam. Kalau nak cite memang banyak benda Zie pernah menjual dulu... next time Zie cite yer...

Untuk buat tepung warna hijau ni bahan2nya:

1 paket tepung beras
1000 ml air
1/2 sudu teh kapur makan

Cara2nya:
1. Bancuhkan semua bahan ni, kemudian tapiskan ke dalam periuk.
2. Masak di atas api perlahan dan hendak la sentiasa dikacau supaya tak berketul.
3. Kalau Zie nak tahu samada dah masak atau tidak Zie tengok kalau dah berkilat tu tandanya dah masak. Lebih kurang 30 minit.
4. Tuang ke dalam loyang/ bekas. Biarkan sejuk baru boleh potong (elok buat sehari sebelum atau malam)

Bahan untuk nak buat pulut ni ialah 1 cawan beras pulut (sebelum tu jangan lupa basuh dulu beras pulut ni) direndam dengan pewarna merah (kalau di Kelantan orang panggil sumbo, ia dalam bentuk serbuk dan kalau ikutkan warna pulut ni kena merah terang, memandangkan kat sini tak tahu ada ke tidak menjualnya Zie just rendam dengan sirap je la... pink la pulak jadinya, takpa la asalkan pulut je...) dan sekeping asam keping. Tujuan letak asam keping ialah supaya pulut nampak berkilat. Biase pulut tak perlu masak banyak... masa nak makan letak sikit je. Bahan lain ialah santan dan sedikit garam.

Cara nak membuat pulut ni senang je... Zie masukkan pulut dalam loyang kemudian masukkan santan yang telah diletakkan garam. Santan ni dimasukkan sehingga pulut ni tenggelam. Kemudian kukus la sehingga pulut ni masak.

Lompat tikam dimakan dengan kepala santan dan gula melaka yang telah dimasak. Untuk buat kepala santan bahannya:

2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras yang dibancuh dengan air.
garam secukup rasa.

Cara mebuatnya:
Panaskan santan hingga mendidih, kemudian masukkan bancuhan tepung beras dan garam. Kena sentiasa kacau supaya sebati dan tak berketul. Nampak dah pekat ok la... siap........

Untuk gula melaka bahannya 2 cawan air, 1 cawan gula melaka, 1 cawan gula dan sehelai daun pandan. Masakkan sehingga gula cair siapppppppp... sonang je...

Sapa2 yang suka makan kuih ni boleh la cuba buat...

No comments:

Post a Comment