Hari ini kami dijemput oleh Gina dan famili ke rumah mereka... ada jamuan sempena Ayu Hairol nak balik dan jemput kawan2 yang belum pernah sampai rumah Gina. Masalahnya kami ni selalu sangat dah ke rumah Gina dan kadang2 tu tak dijemput pun kami pergi hehehe... Gina cakap kami memang wajib dijemput kalau ada majlis makan2 di rumah dia. Alhamdulillah rezeki, kalau kami boleh datang kami datang. Kami dihidang dengan mee bandung dan roti jala. Gina memang terro menjala nak kena belajar ni. Zie memang tak pernah menjala ni... hari tu first time buat hubby yang tolong menjalakan.
Aqil dan Amalia memang tak sabar2 nak ke rumah Danish... maklum lah dah lama tak ke rumah Danish and main sama2. Danish pun baru sampai sini... tu yang lama tak berjumpa... hari ni dapat la main kejap... mama dan papa pun tak boleh dok lama2 banyak perkara nak diuruskan kat rumah.
Hubby and the gang... sedang menikmati makanan, sejuk2 ni memang berselera nak makan... dapat pulak makan mee bandung yang panas2 lagi la best.
Macam biase kat sini kalau ada jamuan makan2 memang ada potluck... Zie just bawak kek span je...
Sempat lagi jumpa Ayu Hairol buat kali terakhir... esok pagi Ayu akan terbang pulang ke Malaysia. Sory kami tak dapat hantar di airport. Selamat jalan Ayu semoga semuanya dipermudahkan dan selamat sampai.
No comments:
Post a Comment