02 July 2011

Jamuan perpisahan Ayu Hairol

Hari ni kami terima jemputan ke majlis perpisahan Ayu Hairol... kami la yang mula2 sampai, ialah dah kata majlis mula pukul 10, so kami datang la tepat pukul 10 sebabnya Zie ditugaskan membawa sambal kicap... kalau lambat nanti ada pulak yang makan nasi ayam tanpa kicap nanti. Ayu Hairol akan kembali ke Malaysia pada 10 Julai ini. Kami akan kehilangan satu lagi famili member kat sini. Majlis diadakan di rumah Kak Has. Juadah utama ialah nasi ayam dan ayam BBQ, memang wajib ada dalam sesuatu majlis kat sini... terutama kalau buat makan2 di park dan di rumah sesiapa yang ada set BBQ macam kat pic ini.

Aku dan Surah ditugaskan membuat sambal kicap untuk dimakan dengan nasi ayam... ini la rupanya sambal kicap Zie... sory yer kicap Zie terlebih cili, pedas la jadinya...

Selain dari buat makanan yang ditugaskan. Kami juga berkongsi membuat dan membawa nasi ayam dan air. Selain tu Zie jugak bawa puding roti sebagai pencuci mulut.

Kali ini Zie buat 2 jenis puding roti

Tengok ni masing2 bawak makanan so jadi campur-aduk la bekas2nya... macam2 ada, termasuk la ada yang bawak periuk nasi dari rumah lagi... senang nak makan ceduk je dan boleh pilih nasi mana yang nak makan... nasi pun macam2 kalor ada kuning, kuning pucat, kuning pekat... ialah resepi masing2 so pelbagai jenis nasi ayam la jadinya. Kalau nak tahu yang mana sedap kena la rasa semuanya. Tapi Zie makan sepinggan dah kenyang... takde dah nak tambah2. Memang menjadi kebiasaan Zie kalau makan tak suka menambah... tapi kalau jumpa makanan sedap tak tentu jugak rasanya hehehe... tapi jarang la nak tambah terutamanya kalau makan nasi, tak kira di rumah sendiri atau di rumah orang.

Memandangkan cuaca sejuk kanak2 tak boleh la nak main kat luar. Bagus jugak Aqil pun tak berapa sihat... masing2 boleh la makan sambil melayan movie atau cite karton... masing2 khusyuk tengok cite karton Tangle kalau tak silap.

Yaya siap makan 2 kali... memang sebelum datang kami tak breakfast kat rumah, so masing2 lapar la. Kalau buat makan di park memang susah Yaya nak makan sebab sibuk nak main di playground... kalau macam ni Zie pun boleh makan puas2... kalau jamuan di park kena menunggu Yaya bermain je la... nak makan pun kena cepat2.

Selepas makan Kak Has selaku wakil dari semua memberi sedikit ucapan perpisahan kepada Ayu dan keluarga serta menyampaikan hadiah yang kami kongsi ramai2. Mesti Ayu seronok dapat hadiah ini... harap2 tak lebih la meter kiub nak shipping nanti. Masa guna benda alah ni nanti ingat2 la kami di Adelaide ni.


Zie dan hubby pun ada bagi hadiah buat Ayu dan Hairol... sudi la kiranya terima hadiah yang tak seberapa dari kami ni yer.

Semua akan terasa kehilangan Ayu, apa2 pun jangan lupa kami di sini yer...

Kaum bapa pun akan terasa kehilangan seorang lagi member... apa2 pun semoga Hairol berjaya dan selamat kembali bertugas di tanahair.

Zie dan semua mengucapkan sayonara kepada Ayu... selama berkenalan dengan Ayu, Ayu memang seorang yang peramah dan baik hati. Walaupun kenal kejap Zie dah boleh ngam dengan Ayu. Ayu cakap dia gembira bercampur sedih nak kembali ke Malaysia... takpa awal2 je, dah sampai Malaysia nanti... kalau dah busy dengan suasana kehidupan di Malaysia semuanya akan kembali normal. InsyaAllah kite akan berjumpa lagi di Malaysia.

1 comment: