Dalam masa sebulan ni 3 kali Zie terpaksa jumpa dentist... huhuuu... sejuk2 ni gigi buat hal la pulak. Merana sakit gigi kat sini... merana sakit satu dan merana nak kuar duitnya yer jugak. Rawatan gigi kat sini memang mahal dah la insurans tak cover. Masa balik Malaysia hari tu dah cabut sebatang. Sekarang dua batang lagi huhuuuuuu... habis la takde gigi Zie, dah la semuanya geraham... macam mana nak menguyah lepas ni. Sepatutnya gomen kite kena cover la untuk rawatan gigi ni, tambah2 dok negara orang yang memang mahal kosnya untuk rawatan gigi.
Bezanya rawatan gigi kat sini dengan Malaysia ialah... sebelum rawatan kena buat X-ray, rasanya di Malaysia takde pulak kena buat X-ray2 ni... tak tahu la pulak kalau ada klinik2 yang ada buat X-ray. Memang masalah dan perit nak buat X-ray gigi ni... nak kena nganga luas2 and gigit benda alah untuk buat X-ray tu... seksa jugak rasa, banyak kali cuba baru boleh buat, perit jugak dibuatnya sampai jadi ulser dibuatnya.... satu lagi kat sini patient kena pakai spek mata plastik macam Zie pakai ni... di Malaysia mana ada, tak la silau mata kite masa doktor dok godek gigi kite hehehe.... Dan satu lagi bezanya kat sini selepas dibius gigi kite terus dicabut dan ubat biusnya berhari2 masih terasa... bibir rasa tebal macam orang negro je, kalau di Malaysia lepas dibius kite di suruh keluar dulu supaya mulut rasa kebas. Maybe ubat bius sini kuat kot. Apa2 pun yang penting gigi Zie tak sakit dah lepas ni.
Terima kasih Dr. Alin sebab banyak membantu Zie dan memberi penerangan sedetail2nya sebelum buat rawatan. Dr. Alin ni PR kat sini, senang la orang2 Malaysia nak buat rawatan gigi. Selain Dr. Alin ramai lagi doktor gigi di kalangan orang kite kat sini. Kat sini seboleh2nya doktor akan selamatkan gigi kite dari terus dicabut kecuali kalau gigi tu betul tak dapat diselamatkan.
Huhuuu... ni la rupanya gigi yang menyebabkan Zie merana kesakitan tu, ada satu lagi tapi taknak la upload banyak2, nanti ada pulak pembaca blog ni yang kembang pipi nanti. Memang dah teruk gigi Zie... tu la masa kecik tak jaga gigi betul2, dah tua ni merana sakit gigi la dibuatnya. Zie siap tunjuk pada Aqil dan Amalia kalau tak rajin gosok gigi akan sakit macam Zie ni... dia orang terus rajin gosok gigi. Masa buat rawatan gigi Aqil dan Amalia tengok sama. So mereka jadi takut la kalau sakit gigi... bagus jugak boleh bagi motivasi kepada mereka supaya rajin gosok dan jaga gigi.
3 kali rawatan lebih kurang AUD312.40 duit Zie terbang, kalau convert duit kite tak ke lebih kurang RM968.44, banyak ni boleh buat rawatan habis anak-beranak kalau di Malaysia, takpa la nak buat macam mana yang penting Zie dah tak menderita sakit gigi lagi. Macam Zie beritahu tadi la sepatutnya insurans cover untuk rawatan gigi ni. Mujur dah dapat diskaun kalau tidak banyak lagi kena bayar. Dah cukup la setakat ni je sakit gigi... tak sanggup dah rasanya. Semoga Tuhan kurniakan kesihatan kepada kami sekeluarga. Balik Malaysia nanti kena la rajin2 jumpa doktor gigi.
No comments:
Post a Comment