08 July 2011

Last day Aqil di East Torrens Primary School

Hari ini hari terakhir persekolahan untuk term 2... Bagi Aqil hari ni hari terakhir Aqil bersekolah dan hari ini jugak hari terakhir Aqil bersekolah di East Torrens Primary School. Sebabnya the next term Aqil akan pindah sekolah iaitu di East Marden Primary School. Aqil dah masuk main stream jadi kami ambil keputusan pindahkan ke sekolah ni sebab sekolah ni lebih dekat dengan rumah kami dan satu hala nak ke kindy Amalia. Memandangkan Aqil masih belum sihat sepenuhnya hubby bawa Aqil ke sekolah sekejap je hari ni untuk mengambil semua barang2 Aqil dan berjumpa dengan cikgu dan kawan2nya buat kali terakhir.

Ni tempat Aqil letak semua barang2nya... mesti Aqil sedih nak meninggalkan sekolah ni. Zie tanya Aqil sedih ke nak pindah sekolah. Aqil cakap sedih jugak... ye la sapa tak sedihkan nak tinggalkan kawan2 dan sekolah yang telah setahun Aqil belajar di sini.

Aqil pasti merindui best friendnya ni, namanya Hafis from Indonesia. Menurut Aqil, Hafis pun dah nak balik negara dia sebab maknya dah habis study.


Aqil dengan kawan2 sekelasnya (C21), mesti Aqil akan merindui kawan2nya ni.

Aqil with Stacy... PIC NAP program...

Aqil with Mrs. Dupont, teacher kelas C21...

Bersama guru ganti...

Hadiah kecil untuk teacher kelas Aqil sebagai kenangan dan tanda terima kasih dari Aqil. Thanks for everything.

Aqil terima kad ucapan perpisahan dari kawan2 dan guru2nya... terharu pulak Zie membacanya. Thanks semua.

Memandangkan Aqil tak sihat dan seminggu tak ke sekolah, Aqil tak dapat menerima sijil ni di atas pentas masa assembly. Jadi takde la gambar kenangan masa tu... so ambik gambar di rumah je la... takpa la Aqil yer...

@ ofis

Aqil pasti merindui kawasan sekitar sekolah ni, di mana tempat Aqil bermain dengan kawan2nya setiap hari. Dok sini di sekolah la baru ada ramai kawan2 untuk bermain, kalau kat rumah mana ada... just main dengan Amalia je la. Nak jumpa kawan2 satu negara pun jarang2 kecuali kalau ada apa2 majlis atau perjumpaan.

Aqil pasti ingat sekolah ni sampai bila2... banyak kenangan manis yang takan Aqil lupakan.

Terima kasih kepada pengetua, guru2 dan kawan2 di East Torrens Primary School. Aqil hepi sangat bersekolah di sini. Banyak pengalaman manis sepanjang Aqil belajar di sini. Daripada tak pandai bahasa Inggeris akhirnya Aqil pandai berbahasa Inggeris walaupun tak betul2 fasih lagi. Banyak perkara Aqil belajar di sini. Semenjak bersekolah di sini Aqil jarang poteng sekolah kecuali kalau demam teruk macam sekarang ni, tetapi sebaliknya Aqil sentiasa bersemangat dan seronok untuk ke sekolah. EAST TORRENS PRIMARY SCHOOL Aqil pasti merinduimu... huhuuu... mama pulak yang terasa sedih.

No comments:

Post a Comment