Term baru ni Aqil dah start sekolah baru di East Marden Primary School, sekolah ni dekat je dengan rumah kami... lebih kurang 5 minit je dah sampai. Term ni Aqil dah masuk main stream. Lepas ni ramai kawan2 mat salleh la nampaknya...
Sejak malam tadi lagi Aqil dah risau dan nervous nak ke sekolah baru... tengok la muka Aqil ni, muka risau... masam je, mata pun merah, mujur tak menangis je... Zie tahu macam mana perasaan Aqil sebab Zie dulu kecik2 pun selalu berpindah sekolah, maklum la anak askarkan sentiasa perpindah-randah... memang kecut perut setiap kali nak pindah sekolah. Takpa la Aqil nanti dah jumpa kawan ok la... mesti Aqil akan hepi dan excited nak ke sekolah.
First day hubby hantar Aqil... banyak benda nak diuruskan. Aqil masih pakai baju biase... uniform belum beli lagi masa ni.
Beza betul masa pergi dan masa balik... Zie tanya macam mana sekolah baru? Aqil cakap dia hepi sekolah sini. Kan mama dah cakap... mula2 je Aqil rasa tak hepi... lepas jumpa kawan mesti Aqil hepi dan suka ke sekolah. Semoga Aqil dapat belajar rajin2 dan mama sentiasa doakan Aqil berjaya, hepi dan selamat semasa di sekolah.
No comments:
Post a Comment