23 July 2011

Niat dihati tak nak pergi dah tapiiiiiiiiiiiiiii...

Macam mana ni kononnya taknak pergi dah ke garage sale (GS) tapi tak berjaya jugak. Memang taknak pergi pun tapi dah on the way ke K-Mart tadi terpandang pula sign board GARAGE SALE... akhirnya mengungat imanku. So kena la hubby berhentikan keretanya supaya si isteri dapat turun mengarage hehehe... Kononnya taknak ke GS sebab nak beli barang2 baru tapi tak berjaya jugak. Rancangnya mulai bulan ni nak mula kumpul barang2 baru sebab next year kami dah nak balik Malaysia... tapi takpa la beli barang elok di GS dan dalam masa yang sama dapat jugak barang baru lagi la bestkan? hehehe... minggu ni dah dapat 3 barang idaman Alhamdulillah. Tak sabar nak tunggu next week/month...

Mulai sekarang Zie bertekad (amboi bertekad tuuuu... memang bersungguh benar, harap2 ye la) kalau ke GS taknak beli barang2 mengarut tapi nak beli barang2 yang berfaedah (berfaedah bagi Zie la hehehe...). Tak macam awal2 dulu banyak jugak beli barang yang mengarut (ye la awal2 dulu tak tahu apa yang orang beli/cari di GS). Bagi sesetengah orang maybe GS ni tak best tapi bagi Zie best tambah2 kalau dapat barang2 yang elok dan ada kegunaannya. Rasanya banyak barang2 GS yang elok dan menjadi rebutan bagi orang yang suka ke GS di sini yang Zie dah dapat (nanti suatu hari Zie cite yer yang lain2). Tapi ada lagi yang belum dapat...

Zie suka GS tambah2 kalau dapat hasil yang lumayan... lumayan bagi Zie, maybe bagi orang lain tidak. Kali ni Zie dapat Noritake Dinnerset for 4 person made in Japan masih nampak baru lagi. Harganya just $40... lepas bargain2 dapat la $35. Kalau nak beli baru memang mahal set Noritake ni, beratus harganya malah ada yang sampai beribu. Sebelum ni pun dah pernah beli set Noritake tapi dah jual pada member sebab dia berkenan sangat. Walaupun dah jumpa di GS yang baru Zie berangan nak beli jugak... tengok la kalau ada rezeki. At least 4 atau 6 set... mak aiii... banyak betul, nak buat apa banyak2, setakat nak buat perhiasan je takde faedah tapi kalau nak tukar2 guna ok la, macam mana Mr. Azul ok tak?.


Nak buat macam mana sejak datang sini hobi Zie ialah kumpul barang dapur termasuk pinggan-mangkuk yang comey2. Tapi jangan pulak nanti orang masuk rumah Zie di Malaysia ada pulak yang bertanya 'ni rumah orang ke atau kedai jual pinggan?' hahaha... Ikut la apa orang nak kata yang penting Zie hepi hehehe... hobi masing2, kiranya hobi aku ni hobi murahan je... tak macam sesetengah orang lagi hebat hobi2 mereka.

2 comments:

  1. Kak, Noritake nie dapat tadi ker...cisss, kata cuma beli Cake tray aje..

    ReplyDelete
  2. rasanya Kak Zie ada cakap masa di park tadi atau pada surah? yup hasil GS hari ni... kononnya taknak pergi dah

    ReplyDelete