11 July 2011

Laksam

Laksam atau laksa Kelantan memang makanan feveret semua ahli keluarga Zie termasuk la kami anak-beranak. Dah lama tak buat laksam ni... risau jugak tak menjadi, satu lagi risau kalau tepung beras sini tak sama dengan tepung beras kat Malaysia. Tapi kalau tengokkan tepung berasnya cap gajah dan from Thailand jugak. Harap2 menjadi... 3 paket Zie bancuh, jenuh hubby nak mengukusnya. Sampai nak patah pinggang katanya. Kalau orang tak biase buat, mula2 memang rasa susah, kalau dah biase senang je...

Bahan2:
1 paket tepung beras
1600 ml air suam
1 sudu besar minyak
Tudung periuk untuk buat laksam (atau apa2 aje yang leper sesuai untuk masak laksam)

Cara mebuatnya:
1. Panaskan air dalam periuk kukus.
2. Sapukan minyak pada tudung periuk.
3.Bancuh semua bahan termasuk 1 sudu minyak. Tuangkan bancuhan dalam tudung periuk yang telah dipanaskan terlebih dulu... anggaran 2 senduk, tunggu hingga masak... nak tahu sama ada ia dah masak tengok pada permukaan laksam tu ada gelembung2, anggaran lebih kurang 5 minit. Kemudian gulungkan macam dalam pic di atas. Siap laaa... Ooohhh... yer... sebelum gulung tu kite kena toreh keliling tudung periuk... apa nak cakap yer... Zie ambil pisau dan lalukan keliling laksam yang dah masak tu supaya senang nak gulung.

Nak buat laksam ni memang senang tetapi tak tahannya nak kena berdiri lama2... lenguh jugak kaki dibuatnya.

Kuah laksam/laksa

Bahan2:
1/2kg ikan kembung/selayang
1/2kg santan
6 ulas bawang merah
4 hiris halia
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam keping

Cara mebuatnya:
1. Ikan direbus (masa rebus Zie masukkan garam dan asam keping) dan diperisi.
2. Tumbuk/kisar bawang, halia dan isi ikan tadi.
3. Masukkan santan ke dalam periuk, masukkan bahan yang ditumbuk/kisar tadi, serbuk lada hitam, garam,gula dan asam keping.
4. Masak hingga mendidih.

Kalau Zie buat takde sukatan pun, just agak2 dan kalau rasa dah ok tu kiranya bahan dah cukup. Kuah jangan cair dan jangan pekat sangat. Kalau di Malaysia Zie suka guna ikan selayang sebab rasanya lebih manis. Kat sini Zie guna ikan sardin...

Laksam sedap dimakan dengan ulam, kacang panjang, timun, daun kesom, taugeh, kubis dan bunga kantan (tapi kat sini tak pernah nampak bungan kantan). Kalau di Kelantan macam2 daun kayu ada yang sesuai untuk dimakan dengan laksam. Selain dari ulam sambal jugak pelengkap hidangan ini.

Untuk sambal biasenya Zie guna cili kering... rebus cili kering, kemudian masukkan garam dan gula. Itu aje... sesetengah orang suka letak belacan, tapi Zie tak suka. Ok kepada yang mintak resepi ni dimasukkan ke dalam blog Zie ni boleh la cuba buat laksam ni sekarang. Selamat mencuba.

3 comments:

  1. kak zie,
    bunga kantan ada jual kat tuah phat, kat asian groceries henley beach road, dalam aud5 dapat 3 kuntum, nama omputihnya 'ginger torch'

    ReplyDelete
  2. ooo ye ke, Kak Zie tak pernah pergi sana, nampak gayanya kena pergi ni... thanks

    ReplyDelete
  3. Tq kak zie utk resepi :-) beras tu yg brp kilo/gram ye?

    ReplyDelete