29 August 2011

Ye... ye... esok hari raya...



Malam raya banyak perkara nak kena buat tapi tak sure lagi esok raya atau tidak. Kami masih tertunggu2 pengumuman dari masjid dan Adelaide Islamic Center. Zie nak masak rendang, nak cucuk sate, masak kuah kacang dan macam2 lagi tapi serba-salah... kalau esok tak raya macam mana? takan nak buat awal2kan nanti basi la pulak... Lepas dapat tahu esok raya kami masih confuse sebab ada yang kata raya esok, ada yang kata lusa... mana satu ni? Kami terpaksa call kawan2 untuk confirmkan sama ada esok raya atau tidak. Lepas betul2 confirm baru la kami teruskan aktiviti mencucuk sate, Zie masak rendang dan kuah kacang. Hubby dan Dayah tolong cucuk sate...

Amalia excited dan tak sabar2 nak masukkan biskut dalam bekas... dah tahu esok nak raya boleh la Amalia masukkan biskut2 raya ke dalam bekas dengan bantuan Dayah.

Tahun ni first time Dayah beraya di perantauan dan berjauhan dengan famili. Kami ajak Dayah beraya bersama kami... at least takde la Dayah rasa keseorangan dan bersedih dipagi raya. Aqil dan Amalia sibuk nak skype sama dengan famili Dayah... sempat la dia orang berkenalan dengan atok dan famili Dayah yang menyambut Aidilfitri di Johor. Ayah Dayah pun sempat berbual dengan hubby. Jangan risau kami akan make sure Dayah hepi beraya bersama kami. Dayah ni study di Uni. SA Magill... dekat je dengan rumah kami. Harap2 Dayah selesa di rumah kami dan sory lah kalau ada kekurangan yer...

Zie masak rendang ayam... satu kuali jugak, sapa2 yang datang boleh la makan rendang ni... tahun ni tak plan pun nak buat open house, sesiapa nak datang... datang je, makan aje apa yang ada.

Ketupat nasi segera... senang dan jimatkan masa, kalau ada ketupat palas lagi best tapi sini mana ada orang jual daun palas, kalau ada tentu Zie dah buat ketupat daun palas sebab Aqil dan Amalia memang suka makan ketupat... takpa la nanti mama buat ketupat pulut dengan cara lain.

Kalau raya tak sah kalau tak main bungapi, lepas berbuka terus Amalia ajak main bungapi... baru la ada feel nak beraya... Walaupun beraya di perantauan Zie tetap hepi sebab dapat beraya bersama hubby dan anak2 tercinta. Selamat Hari Raya semua...

No comments:

Post a Comment