Lepas berbuka di rumah, kami ke rumah Surah sebab dia menjemput kami mengadakan moreh untuk meraikan Haiza dan Azidi yang akan balik terus ke Malaysia esok pagi. Surah dan Gina berpakat untuk mengadakan moreh ni sebab mereka dah tak berkesempatan nak menjemput Haiza dan Azidi ke rumah masing2 untuk berbuka kerana Haiza dan Azidi dah nak balik segera ke Malaysia. Dengan moreh ni Surah dan Gina tak la terkilan sangat. Kami memang dah awal2 lagi menjemput mereka berbuka selepas tahu mereka akan balik ke Malaysia.
Ni la Umar (kecik lagi masa ni). Umar tak datang masa moreh ni sebab Haiza tinggalkan Umar bagi menghabiskan masa2 terakhir di Adelaide ni bersama pengasuhnya.
Terasa sedih pulak masa bersalaman dengan Haiza, walaupun dapat jumpa lagi di Bangi nanti tapi rasa lain je... maybe sebab Haiza ni jiran terdekat kami dan Zie pulak pernah mengasuh anaknya Umar (sekali-sekala je, kalau pengasuh Umar balik Malaysia). Azidi pulak selalu membantu kami, antaranya kalau tengah2 malam kami rasa ada something di luar rumah (macam orang tapi sebenarnya takde pun...) kami akan contact Azidi datang dan hubby dengan Azidi akan sama2 cek sekeliling rumah untuk make sure takde apa2. Rasanya dah 2 kali kami call Azidi... lepas ni takde dah orang yang boleh tolong kami... InsyaAllah takde apa2, mintak dijauhkan. Terima kasih dan halalkan segalanya yer...
Banyak jugak hidangan Surah sediakan walaupun balik lewat dari Uni... mengalahkan masterhef Australia ni... kalau balik awal tak tahu la banyak mana lagi makanan, tapi Zie tak makan pun sebab dah kekenyangan sangat... masa berbuka di rumah tadi terus makan nasi. Mampu jamah kuih je kat rumah Surah ni... Sebagai potluk Zie just bawak ketayap inti kentang je...
No comments:
Post a Comment