Lepas sembahyang raya dan selepas breakfast kami ke rumah Aqilah. 3 famili bergabung tenaga mengadakan open house iaitu Ekram Niza, Aqilah Faisal dan Farah and her hubby. Tapi Farah takde sebab anaknya masuk wad... kesian sehari sebelum raya anaknya ditahan dalam wad disebabkan asma, semoga anak Farah cepat sembuh. Aqilah pulak dengan sarat2 mengandung masih rajin memasak untuk open house ni, larat betul dia... Ramai jugak yang dijemput oleh mereka... ada 2 sesi, kami dijemput untuk sesi pagi. Niza pulak dalam dok siapkan tesis master pun masih sempat buat open house untuk kengkawan. Terima kasih kepada mereka semua sebab menjemput kami sekeluarga.
Antara juadah yang disediakan untuk tetamu ialah soto, bihun sup, lemang dan rendang. Zie jamah sikit je sebab masih kekenyangan makan di rumah tadi. Tapi alang2 datang kena lah jamah sikit.
Alhamdulillah cuaca elok aje hari ni... kami semua makan dalam garage je. Selesa betul garage rumah Aqilah ni siap pasang tile kayu lagi... ada yang siap cakap, boleh buat bilik kalau macam ni. Kami antara tetamu yang terawal datang so dapat lah menikmati hidangan dengan selesa.
Anak2 duduk dalam rumah dan masing2 taknak makan... makan buah tembikai je sebab masih kekenyangan. Masing2 dengan aktiviti mereka. Aqil dok sibuk main games dengan kawannya Ika. Amalia pulak dok main ketupat hiasan...boleh lah ibu bapa menikmati makanan sambil borak2 di luar tanpa gangguan.
Kujungan kedua kami ialah ke rumah Rahim dan Lis pulak... memang dah lama Lis ajak kami ke rumah dia tetapi hari raya ni baru berkesempatan datang... sampai2 je memang dah ramai tetamu Lis, penuh rumah... masing2 kena cari pot yang sesuai untuk duduk. Maklum lah rumah2 di Adelaide ni kebanyakannya comel2 aje. Lis pun hidangkan kami soto, ketupat dan rendang. Selain itu ada biskut almond london dan cornflakes madu. Nampak gayanya almond london Lis mendapat sambutan, siap ada yang mengadap dengan balang lagi dan tuan rumah terpaksa bawak keluar dengan bekas2 sekali.
Tengok tu... bekas almond london, puashati masing2 dapat makan almond london sepuas2nya. Maklum la kat sini susah nak jumpa biskut2 macam ni. Bagi yang betul2 rajin je boleh buat.
Anak2 terpaksa bermain dalam bilik tido... maaf la Lis yer kalau bilik Lis bersepah2 disebabkan oleh anak2 yang datang beraya ni...
Macam biase aktiviti bergambar... sempat jugak jumpa E yang akan balik terus ke Malaysia tak beberapa hari je lagi. Rumah ke 2 sudah kami kunjungi... baru 2 tapi perut dah rasa kekenyangan sangat, padahal Zie bukan makan banyak mana pun. Lepas ni ke mana pulak destinasi kami. Sesungguhnya beraya di Adelaide pun tetap ada kemeriahannya dengan cara kehidupan dan suasana di sini.
No comments:
Post a Comment