30 August 2011

Juadah dipagi raya...

Kalau hari raya juadah raya merupakan satu perkara sangat2 penting yang perlu disediakan untuk famili... kalau di kampung juadah raya memang banyak sangat, sampai penuh meja... kadang2 ada yang terlupa nak dihidangkan. Di Adelaide ni Zie sediakan juadah setakat yang termampu dan yang boleh dibuat je... nak beli memang takde jual kat sini. Ada sikit2 pun jadi lah untuk menghidupkan suasana di hari raya dan semoga anak2 hepi.

Main menu rendang ayam, ketupat nasi (yang segera je...), kuah kacang dan sate... untuk anak2 makan, sesiapa yang datang awal kalau ada boleh la makan... Zie buat sikit je... bukannya pandai sangat nak buat sate ni, setakat nak makan sendiri dan keluarga ok la.

Biskut raya yang Zie sempat buat biskut dahlia, kelapa, tart jem dan chocolate oatmeal. Untuk kerepek/kudapan pulak tempeyek dan sarang terbuan/kuih ros je... kerepek pisang sira tu kawan bagi. Ramai yang nak datang rumah sebab nak makan tempeyek dan sarang terbuan... siap yang ada suruh simpan risau kehabisan nanti tak dapat makan. InsyaAllah ada...

Ni la rupa sate Zie... banyak lagi kena belajar, memang nak kena belajar hingga betul2 jadi dan sedap sebab kami suka makan sate... nak beli takde dijual kat sini. Kalau balik Malaysia nanti pun tak payah nak beli2 lagi... kalau dah terro boleh buat sendiri je... dah jumpa orang yang terro buat sate ni... kalau dia ok dan izinkan boleh la belajar, itu pun kalau bukan secret recepie la... kalau tidak kena berguru di internet je la... kena try and error la hingga betul2 menjadi. Ada sesiapa tahu resepi sate yang sedap tak, boleh la inform pada Zie... itu pun kalau ada sesiapa yang tak kedekut ilmu dan nak share la...

Aqil paling suka makan sate... pagi raya mesti nak kena ada sate...

Tetamu pertama kami Surah dan famili... makan kenyang2 yer. Surah cakap dia tak buat apa2 pun sebab busy dengan study... takpa, orang faham sesiapa yang study memang busy. Selamat menjamu selera.

Makan jangan tak makan... rugi, time2 raya macam ni la nak makan puas2 rendang dan ketupat.

Alhamdulillah kite telah menjalani ibadah puase selama sebulan... InsyaAllah tahun depan dan seterusnya kite diketemukan lagi dengan bulan yang mulia itu. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari Zie dan keluarga. Kepada sesiapa yang nak datang ke rumah... jemput la datang yer... tahun ni kami tak plan nak buat open house, sesiapa nak datang... silakan datang je.

No comments:

Post a Comment