Rasanya hari ni hari last kami menjemput tetamu untuk iftar di rumah kami sempena Ramadhan tahun ini. Kami menjemput Gina & famili, Najwa & famili, Kak Shidah famili dan Hidayah. Merekan semua ni antara jiran2 terdekat kat sini. Sebagai main dish Zie buat nasi kabshah dan soto. As a dessert Zie buat agar2 santan aje. Selain makanan yang Zie buat banyak jugak makanan yang dibawa oleh tetamu... macam2 ada antaranya samosa, cucuk udang, keledek goreng, lopis dan kek gulung, penuh meja dibuatnya...
Ni la rupanya soto yang Zie buat... first trial ni tau, tak pernah2 Zie buat soto, termasuk la begedil daging tu... Zie tak puashati la sebab kuahnya tak terangkat macam yang Zie pernah makan sebelum2 ni... satu lagi tawar, maklum lah pose2 ni nak rasa tak bolehkan. Takpa next time Zie nak try buat lagi sampai betul2 puashati. Begedil tu dah sedap dah... Resepi soto ni Zie ambil dari internet maybe sukatannya tak betul... rasa macam ada bahan yang tak cukup. Walaupun kurang menjadi tetapi Alhamdulillah habis dimakan.
Selain tu Zie sediakan nasi kabshah (makanan orang Arab). Zie dah jatuh cinta pada nasi kabshah ni masa pertama kali makan di rumah member, Najwa. Najwa ni memang terro masak masakan belah2 Middle East sana. Sebab dia dan famili pernah menetap di sana. Memang kena dengan selera kami semua. Dah lama plan nak belajar buat nasi kabshah ni dengan Najwa tetapi hari ni baru kesampaian. Terima kasih kepada Najwa sebab sudi ajar Kak Zie masak nasi ni dan siap bawah rempahnya sekali. Suka sangat kalau dapat belajar masak makanan yang kite suka makan...
Ok dah berbuka... selamat menjamu selera kepada semua para tetamu. Yang pakai tudung warna coklat ni la Najwa (sifu nasi kabshah hehehe... thanks Najwa).
Selepas berbuka dan sembahyang anak2 main bungapi. Terima kasih kepada semua yang sudi datang... maaf kiranya ada kekurangan. Buat Gina dan Kak Shidah selamat pulang beraya di Malaysia, huhuuuuuuu... seronoknya, nak ikutttttttt... Masa di Malaysia nanti jangan lupakan kami di sini yer... balik nanti jangan lupa bawak biskut raya (sedapnya tart jem gebussss... biskut feveret kami tu). Najwa dan Hidayah kite raya sama2 kat sini yer...
No comments:
Post a Comment