Hari raya ke 2 anak2 dah ke sekolah, kat sini walaupun raya mana boleh cuti lama2. Lagi pun masing2 busy dengan study so takde la aktiviti kunjung- mengunjung atau sebarang aktiviti raya. Huhuu... kalau di Malaysia mesti tengah meriah dengan kunjung-mengunjung dan makan2. Sayu pulak rasa... Bagi menghidupkan suasana raya Zie cadang masak lontong hari ni. Bukan apa kalau di kampung hari raya pertama mesti ma buat lontong. Jadi bagi menghilangkan rindu pada lontong ma, kena lah masak lontong sendiri kat sini. Kebetulan pulak hubby tak ke Uni. hari ni, maybe sebab masih mood raya kot tu yang tak ke Uni., kalau ke Uni. pun mesti tak boleh nak buat keje. lepas hantar Aqil dan Amalia ke sekolah masing2 kami ke Asian Groceries untuk membeli bahan2 untuk membuat lontong. Maka juadah utama di hari raya ke 2 kami ialah lontong di samping makanan2 lain.
Rupa2nya ada jugak tetamu yang nak datang beraya di rumah kami, ingatkan takde... maklum lah masing2 busy. Tapi ramai yang call nak datang petang atau lewat petang hari ni... kebanyakannya lepas balik dari Uni. Wawi member hubby ni pun baru balik dari Uni. dan terus singgah di rumah kami. Hubby bukan main syok lagi berborak dengan Wawi ni setiap kali Wawi datang... tengok tu siap terangkat kaki tangan (oppsss... tangan je). Entah apa yang diborakkan beria sungguh... pasal robot kot (sebab Wawi ni bidangnya robotic).
Imah and famili pun datang beraya hari ni... semalam mereka tak sempat datang sebab banyak dapat jemputan, sampai pukul 11 malam mereka masih beraya. Memang beraya sakan mereka, maklum lah orang dah nak balik Malaysia Sabtu ni, so kena lah habiskan masa2 terakhir di Adelaide ni sebetul2nya... Imah siap cakap tahun2 sebelum ni dia tak pernah beraya macam tahun ni, tahun ni meriah sungguh dia rasa. Imah datang semata2 nak makan kuih raya je dia cakap terutamanya tempeyek dan sarang terbuan. Katanya kat rumah orang lain takde makanan macam ni. Nadzri suami Imah pulak suka makan sambal ikan bilis, katanya dah lama tak makan sambal ikan bilis macam ni. Biskut kelapa pun mereka suka... Nadzri siap tunjuk tangan lagi tanda 'good' dan Imah siap mintak resepi. InsyaAllah nanti Zie bagi resepi turun-temurun famili Zie ni.
Lewat petang Kak Wan & famili dengan Dr. Izan & famili datang... masing2 baru balik dari Uni. Kak Wan datang semata2 nak makan tempeyek dan sarang terbuan jugak, siap suruh simpan risau habis dan takut tak sempat nak makan. Jangan risau insyaAllah ada... memang laku betul tempeyek, anak2 Dr. Izan pun suka, siap bawak balik lagi. Lontong pun mendapat sambutan... kalau ikutkan ada lagi yang nak datang malam ni, tapi kami ada jemputan, so terpaksa lah beritahu kami takde kat rumah... turn kami pulak beraya.
No comments:
Post a Comment