Aku memang suka sangat makan keropok lekor sejak dari kecik lagi. Kalau ke Trengganu memang tak sah kalau tak berhenti makan dan beli keropok lekor atau keropok biase banyak2. Kalau sebelum2 ini kami selalu beli keropok losong di Losong tapi kali ni kami beli di Tok Beng. Aku tanya member2 yang tinggal di Trengganu dan ramai yang beritahu keropok Tok Beng lah yang paling sedap. Menurut mereka kalau hari cuti pelanggan siap kena ambil nombor giliran dan masing2 membeli dengan jumlah yang banyak. Ada jugak yang siap tempah sehari sebelum sebab risau kehabisan. Mendengarkan cara mereka beritahu tu memang keropok Tok Beng ni sedap sangat. So kami singgah lah membelinya sebelum balik ke KB. Masa kami datang sini bukan cuti sekolah so orang tak la ramai sangat tetapi orang yang datang membeli bukan setakat membeli berpuluh ringgit malah beratus2 ringgit... memang sedap betul ni aku rasa.
31 January 2011
Sedap sungguh kerepok lekor Tok Beng
30 January 2011
Akhirnya kenal jugak...
Masa kami ke Kuantan kami stay di rumah abang Din and Nini. Abang Din dan famili adalah orang yang tinggal di rumah kami di Adelaide, sebelum kami masuk tinggal di situ. Masa aku ke Adelaide Nini dan anak2 dah balik ke Malaysia, yang tinggal hanya abang Din yang masih menyiapkan saki baki keje PhDnya. Aku tak sempat kenal Nini dan anak2nya. 2 bulan jugak abang Din tinggal dengan kami... sepanjang 2 bulan kami sempat mengenali hati budi abang Din. Abang Din memang seorang yang baik hati, murah hati dan mempunyai semangat yang tinggi.
Memandangkan aku tak pernah mengenali wife abang Din so kami memang bercadang singgah ke rumah abang Din masa ke Kuantan ni. Abang Din juga menerima jemputann kenduri adik Gina... so boleh la kami pergi sama2. Kami bermalam satu malam je di rumah abang Din...
sampai jugak kami ke kenduri adik Gina
Masa di Adelaide lagi Gina dah jemput kami ke majlis kenduri adiknya. Kalau ikutkan Gina menjemput famili aku dan famili abang Din hadir untuk kedua2 majlis yang diadakan iaitu pada 28 Jan dan 30 Jan. Tapi kami pilih untuk hadir hari ni je sebab pada 28 Jan tu kami baru hari kedua berada di Kelantan... letih naik keretapi pun tak hilang lagi.
29 January 2011
Ganu kite...
Selepas beberapa hari balik ke kampung, kami ke Kuantan. On the way ke Kuantan kami singgah di Trengganu. Kami suka ke Trengganu... boleh dikatakan tiap2 tahun kami akan ke Trengganu. Kalau ke Trengganu tak sah kalau tak singgah makan kepok lekor dan seafood celup tepung di tepi pantai. Kali ni kami singgah makan di Kemaman... bestnya dah lama tak makan kepok lekor, sotong dan ikan celup tepung dengan air kelapa sambil menghirup udara segar di tepi pantai.
Sementara anak2 bermain... terliur pulak tengok jagung bakar, apa lagi terus la beli. Memang sedap jagung2 ni manis je...
27 January 2011
Baby Amsyar
Alhamdulillah 15 Disember last year kembarku Ila selamat melahirkan anaknya yang ke 5, kali ni dapat baby boy lagi, namanya Tuan Muhamad Aryan Amsyar.... Kami di Adelaide lagi masa tu... dah sampai Kelantan ni tak sabar rasanya nak tengok baby baru Ila ni.
Yaya bukan main hepi lagi dapat jumpa baby Amsyar... asyik nak dok dekat dengan baby je... kalau boleh nak diriba dan didukungnya. Kadang2 siap berebut2 dengan Adam anak ke 4 Ila.
22 January 2011
Thanks Ain...
Lepas duduk di rumah tamu kami tumpang duduk di rumah Ain pulak di Persint 17 Putrajaya. Ain ni roomate aku masa di MOF. Kami memang rapat sangat...
18 January 2011
Beriani Anje
Restoran Anje di Seksyen 15 BBB terkenal dengan nasi beriani gamnya... balik kali ni kami tak lepaskan peluang makan di sini. Tak banyak perubahan di restoran ni cuma harganya dah mahal, kalau dulu RM5 je tapi kali ni dah jadi RM7.90... ye la semua barang dah mahal, makanan pun mahal la jadinya.
Jenguk kedai Wak kejap...
14 January 2011
Kena makan nasi bubur...
Lepas cabut gigi timbul pulak masalah lain... masalahnya susah nak makan. Terpaksa la aku makan nasi bubur. Wak bawak kami makan di Seksyen 11 Shah Alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)