Hari ni kami terima jemputan ke rumah Kak Ina Kak Liza sempena naik rumah baru... sebelum ni mereka tinggal dekat je dengan rumah kami, sekarang terpaksa berpindah ke Wandana. Takpa la Kak Ina Kak Liza dapat la merasa tinggal rumah yang lebih besar dah selesa, compare dengan rumah sebelum ni.
28 June 2011
Makan2 di rumah baru Kak Ina Kak Liza
16 June 2011
Tak pernah2 demam macam ni...
Tengahari tiba2 badan rasa sengal2 macam nak demam. Nak makan ubat tak boleh sebab minum air liamu campur madu, at least kena tunggu selepas 4 jam, kalau makan ubat nanti lain pulak jadinya. Terpaksa la call hubby suruh balik awal sebab Yasmin ada hari tu.
Lepas makan ubat panadol dalam pukul 3, ingatkan lepas tido dan rehat kejap... ok la. Biasenya kalau demam makan panadol dan tido kejap supaya berpeluh lepas tu terus ok. Tapi kali ni lain,tiba2 selsema pulak... selsema yang teruk sebabnya hidung Zie dua2 belah tak boleh bernafas. 3 hari 3 malam menderita tak boleh bernafas... terpaksa bernafas ikut mulut. Hanya Tuhan aje yang tahu seksanya bernafas ikut mulut... nak sembahyang pun satu hal, hidung tersumbat lepas tu nak tunduk sembahyang, nak baca ayat ikut mulut... nak bernafas lagi huhhhhhhhh... memang teruk demam kali nih. Satu lagi nak tido... macam mana nak tido kalau hidung tersumbat... macam2 style Zie cuba tido tapi tak ok jugak... akhirnya Zie tertido macam tu aje.
Zie cuba search dalam internet info cara taknak bagi hidung tersumbat... cuba letak vicks dihidung dan tapak kaki tak jalan, letak minyak cap kapak, ok tapi pedih hidung pulak... hari seterusnya minyak cap kapak pun tak jalan. Cuba pulak sedut wap air panas... lega kejap lepas tu tersumbat balik. Zie tanya pendapat kawan2 ada yang kata letak vicks dalam air panas... Zie cuba memang ok tapi tak lama kemudian jadi balik. Dah habis ikhtiar rasanya. Letak kaki dalam air panas pun tak ok jugak haaaahhhhh...
Sebelum2 ni kalau Zie selsema hirup sup panas je hidung terus ok... tapi kali ni hirup la apa pun tak jalan. Mulut pulak rasa pahit semacam aje... makan tak rasa apa2. Zie jadi tak lalu makan dalam masa seminggu ni. Yang Zie boleh atau lalu makan hanya makanan berkuah dengan nasi macam pic ni... letak lada hitam banyak2 supaya badan rasa panas. Siap cakap kat hubby ni makanan orang sakit... hubby cakap macam makanan masa dalam pantang je... memang pun. Tak kisah la yang ni je Zie mampu nak telan. Mulut rasa loya macam mabuk pregnant pun ada... dan rasa nak muntah. Apa la penyakit Zie ni... risau jugak.
Macam2 ubat Zie makan... ubat sini dan ubat Malaysia tetapi tak kebah2 jugak selsema ni. Akhirnya Zie suruh hubby tanya pada membernya seorang doktor ubat apa yang sesuai supaya hidung tak tersumbat. Member hubby bagi la list ubat2nya dan hubby terus pergi beli keesokannya. Cuba pakai ubat ni masa hidung tersumbat... lagi tersumbat ada la. Huhhhhhhhh.... dugaan betul. Hingus pun dah bercampur darah sebab kuat sangat menghembus kot (sory kotor sikit).
Sebab tak tahan sangat menanggung hidung tersumbat ni akhirnya suruh hubby buat appoinment untuk jumpa doktor. Tu lah masalahnya kalau sakit kat sini nak jumpa doktor pun susah. Time macam ni la rasa nak balik Malaysia... kalau sakit demam senang. Kat sini susah sikit... lepas jumpa macam biase la doktor sini bagi dia selsema dan batuk perkara biase masa winter dan akan sembuh sendiri. Geram pun ada dengan doktor ni, kite sakit rasa separuh nyawa dah boleh dia cakap macam tu je. Dia suggest kami beli ubat makan pulak untuk elak hidung tersumbat. Katanya spray tu tak boleh pakai... maybe tak sesuai dengan Zie. Seksa tau hidung tersumbat dua2 belah ni... kalau kena pada orang yang tak kuat boleh menangis dibuatnya.
Balik dari klinik terus kami tuju ke farmasi beli ubat ni... lepas makan lebih kurang 2 jam rasa lain macam pulak... jadi tak bermaya dan letih semacam aje. Timbul pulak masalah lain. Macam mana ni? Zie terus minum air gula dan tido supaya tak rasa letih. Tido pun rasa huyung hayang... ubat ni kuat kot sepatutnya telan sebiji je dulu. Kononya telan 2 biji terus sebab nak bagi sembuh cepat, lain pulak jadinya. Tapi keesokanya Alhamdulillah hidung dah tak tersumbat. Boleh bernafas elok tetapi still selsema hingga hari ni. Sejuk2 ni memang selsema lambat sembuh.
Tak nak dah demam macam ni... serik, seksa, merana semua ada. Sepanjang Zie demam hubby la terpaksa memasak dan uruskan anak2 hingga tak ke Uni selama 5 hari. Thanks abang. Anak2 pun Zie tak boleh layan sangat... kesian Aqil dan Amalia. Sekarang Alhamdulillah dah sihat. Semoga kami sentiasa dikurniakan tubuh badan yang sihat. Amin.
Al-fatihah buat anak mama
Tahun ni genap usia arwah anak aku Muhammad Arfan Iman 7 tahun dan 7 tahun jugak genap anak aku menemui Illahi. Kenangan bersama Arfan walaupun sekejap tapi masih segar dalam ingatan mama dan papa. 9 bulan mama mengandungkan Arfan dan Tuhan memberi ujian yang begitu berat pada mama.... boleh dikatakan selepas doktor2 beritahu keputusan yang sama mama tak henti2 menangis dan berdoa kepada Tuhan, tetapi Tuhan lebih menyanyangi Arfan.
Walaupun berat dan sedih mama terpaksa hadapi... mengandungkan Arfan memang dugaan yang paling berat dalam hidup mama... mama takan lupakan detik2 kite bersama selama 9 bulan Arfan di dalam kandungan mama... disaat2 kelahiran Arfan yang memang dipermudahkan olehNya dan mama hanya mendengar sekali aje tangisan Arfan, lepas tu takde lagi tangisan dari Arfan... walaupun Tuhan pinjamkan Arfan kepada mama selama 33 jam tanpa suara, senyuman dan pergerakan mama tetap bersyukur dan redha di atas segala yang berlaku, huhuuu... sedih la pulak. Ye la sapa tak sedihkan... mengandung 9 bulan tetapi anak tercinta dijemput olehNya pergi buat selama2nya. Semoga roh anak mama sentiasa di cucuri rahmat. Papa, mama, abang Aqil dan Amalia sentiasa mendoakan kebahagian Arfan di sana yang sudah tentunya disyurga. Al-fatihah.
Walaupun berat dan sedih mama terpaksa hadapi... mengandungkan Arfan memang dugaan yang paling berat dalam hidup mama... mama takan lupakan detik2 kite bersama selama 9 bulan Arfan di dalam kandungan mama... disaat2 kelahiran Arfan yang memang dipermudahkan olehNya dan mama hanya mendengar sekali aje tangisan Arfan, lepas tu takde lagi tangisan dari Arfan... walaupun Tuhan pinjamkan Arfan kepada mama selama 33 jam tanpa suara, senyuman dan pergerakan mama tetap bersyukur dan redha di atas segala yang berlaku, huhuuu... sedih la pulak. Ye la sapa tak sedihkan... mengandung 9 bulan tetapi anak tercinta dijemput olehNya pergi buat selama2nya. Semoga roh anak mama sentiasa di cucuri rahmat. Papa, mama, abang Aqil dan Amalia sentiasa mendoakan kebahagian Arfan di sana yang sudah tentunya disyurga. Al-fatihah.
15 June 2011
Sempena apa pulak ni?

So bertambah la koleksi Nine West aku... harap2 lepas ni ada la lagi. Boleh tak lepas ni kalau nak beli ajak Zie pergi sekali... boleh la Zie pilih yang berkenan dihati. Yang hubby belikan ni semuanya ok tapi kalau dapat pilih sendiri dibutiknya lagi syok. Terima kasih daun keladi yer abang, lain kali boleh la beli lagi.
13 June 2011
Chicken with nuts... from hubby
Sodap makan dengan nasi panas atau makan begitu saje...
Melawat anak2 kelahiran Adelaide
Nadia dan babynya ni ada problem masa saat2 kelahiran hari tu... entah apa kenama penyakitnya, so babynya terpaksa dilahirkan walaupun tak cukup bulan. Lepas lahir baby Nadia terpaksa tinggal di hospital agak lama. Tu yang kami tak dapat datang awal2 dulu... nak ke hospital masalah la pulak nak bawak anak2. Tapi sekarang baby ni dah sihat... namanya Adel Ryan. nama ni sempena lahir di Adelaide.
08 June 2011
Bestnya kalau pandai buat makanan yang kite suka sangat makan...
Huhuuuuuuuu... tak puashati, I must try againnnnnnnnnnnnnnn... nak masukkan resepi pun rasa serba salah sebab Zie buat tak menjadi. InsyaAllah next time Zie try buat ikut resepi yang sebenarnya dan Zie akan share resepinya di blog Zie ini. Zie takan mengalah... akan ku usahakan sehingga menjadi hehehe...
07 June 2011
Murtabak
06 June 2011
Teringin nak makan pulut kuning la...
Bahan2nya:
2 cawan pulut kuning
kunyit serbuk
santan pekat secukupnya
garam
2 keping asam keping
Cara membuatnya:
1. Basuhkan beras pulut, then rendamkan bersama kunyit dan asam keping selama 2 jam.
2. Kemudian toskan beras pulut, kukus selama 30 minit.
3. Masukkan pulut ke dalam bekas, kemudian masukkan santan yang telah diletak garam. Kacau sebati.
4. Kukus sekali lagi selama 20 minit. Siap...
Dua kali aku buat pulut kuning hari ni sebabnya yang pagi tadi habis dimakan oleh anak2 dan mamanya ni hehehe... takan nak tinggal sejemput je untuk hubby, dah la hubby pose hari ni, jadi kena la buat sekali lagi.
05 June 2011
Turn hubby pulak... Chicken Meatballs
Jom kite menjala...
Subscribe to:
Posts (Atom)