Dah lama nak buat kek ni tapi hari ni baru berjaya cekalkan hati untuk mencuba membuatnya. Kalau tengokkan bahan-bahannya tak lah susah atau banyak sangat. Cuma banyak step je untuk membuat kek ni. Itu yang rasa macam risau je nak buat kek ni. Rasanya Zie ambil masa 2 jam jugak untuk membuat kek ni.
Semasa kek sedang dibakar risau jugak kalau2 kek ni tak menjadi, kejap2 jenguk ke oven nak tengok keadaan kek Zie ni...tak sabar pun yer... Lepas masak dan sejukkan kejap hati ni rasa berdebar2 dup dap dup dap la pulak... macam mana nak terbalikkan kek ni? ,aca, susah je, tetapi lepas diterbalikkan (sambil diperhatikan oleh Amalia yang tak sabar2 jugak nak tengok kek ni menjadi atau tidak) Alhamdulillah hasilnya memang memuaskan, kek karamel Zie menjadi... legaaaaaaaaaa...
Kek Karamel
Sumber : Nor Azila Ghani & Azlita Aziz
Bahan-bahannya:
Sediakan loyang saiz 8 inci.
Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna bertukar jadi perang. Ratakan keseluruh loyang, biarkan sejuk dan ketepikan
Bahan Karamel
3/4 cawan atau 1/2 tin susu cair
70g gula castor
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur (telur saiz A)
1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
2. Kacau telur dan esen perlahan.
3. Satukan kedua-dua bahan dan kacau rata (jangan sampai berbuih).
4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi dan ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karamel yang tebal gandakan sukatan susu (3/4 tin) dan kuning telur (4 biji).
Adunan Kek
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
140g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan bertukar ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul rata dan ketepikan.
Merinque
6 biji putih telur - pastikan jangan tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tatar
Peringatan *Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering.
1. Pukul putih telur hingga berbuih.
2. Masukkan gula dan krim of tatar dan terus memukul dengan speed tinggi hingga adunan kental dan kaku (Untuk pastikannya kental, kalau kita terbalikkan adunan putih telur itu tidak jatuh).
3. Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan gaulkan perlahan dengan kaedah kaup balik hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
Letakkan pewarna yang kite sukai (kali ni Zie buat hijau dan pink).
Kaedah memasukkan adunan kek ke atas karamel :
Tuang 3 sudu lapisan hijau, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan hijau.
Ulangi sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yang sama dengan 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 170 darjah C.
Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath (Double Boiling)
1. Tuangkan air panas dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi.
2. Letakkan loyang yang berisi kek ke dalam loyang yang berisi air panas tadi.
3. Letakkan pada rak yang paling bawah dalam oven.
4. Bakar kek pada suhu 170 darjah C dengan api bawah selama 1 jam.
Peringatan *
1. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
2. Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
3. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
4. Potong kek bila ia benar-benar sejuk (Zie tak sempat tunggu sejuk pun... tak sabar nak makan hehehe...)
5. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama dan lebih sedap (kek ni boleh tahan 5 hari kalau simpan di dalam peti ais).
Kepada kengkawan yang nak try buat selamat mencuba!. Try laaa... memang sedap kek ni... tak rugi kalau mencuba.
No comments:
Post a Comment