25 October 2011

Kelas laksam...






Hari ni Zie mengajar member buat laksam dan kuahnya sekali. Farid dan Ida/Alif memang suka sangat makan laksam... sebab tu lah mereka hendak belajar buat laksam ni. Pada mulanya Farid yang beria nak belajar. Zie ajak Ida belajar sama sebab Zie tahu dia dan hubbynya suka makan laksam. At least lepas ni boleh la buat kalau teringin nak makan.

Nak kata Zie ni terro sangat tak lah, tapi setakat nak makan boleh la... At least Zie dapat kongsi ilmu yang ada. Nak kata kelas memasak rasanya Zie ni tak sampai lagi ke tahap nak mengajar orang, sebab Zie sendiri pun dalam proses belajar... banyak lagi yang Zie tak tahu dalam masak-memasak ni. Ramai lagi yang lebih pakar dan terro. Tapi memandangkan ada permintaan Zie ajar je lah. Sebelum ni pernah Zie mengajar kawan buat cheesecake... Zie pun baru aje reti buat cheesecake ni. Setakat yang basic and simple tu ok lah. Untuk buat laksam ni bahan2nya semua Farid yang beli. Lepas dah masak kami menjamu makan laksam... sedap pulak, maklumlah dah lama tak makan. Harap2 Farid dan Ida boleh lah buat lepas ni. Kalau ada kemusykilan boleh la tanya, tapi rasanya dah boleh buat... senang je kan?.

No comments:

Post a Comment