26 October 2011

Kindy in the park...

Hari ni kindy Amalia mengadakan progam di park iaitu di Civic Park Modbury. Aktiviti bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Ibu bapa pun digalakkan menyertai aktiviti yang diadakan.












(Gambar kat atas) ialah teacher2 Amalia iaitu Helen, Anne dan Jane.


Pada mulanya kami ingatkan hanya kindy Amalia aje adakan program kat sini, rupa2nya seluruh kindy mengadakan program kat sini.

Pelbagai aktiviti diadakan oleh setiap kindy... semuanya berbeza dan setiap pelajar boleh mengikuti semua aktiviti kindy2 yang lain.

Masa kami sampai kami tengok hanya kami aje from Malaysia and muslim kot... tapi takpa Amalia boleh je join semua aktiviti. Zie pun bawa je Amalia ke mana aje tempat yang dia nak bermain. Tak lama kemudian Najwa datang bawa anaknya Wafa'a... Hari ni hari pertama Wafa'a ke kindy, first day terus ke park ni. Kiranya Amalia ada kawan lah lepas ni. Sebelum ni Amalia selalu bermain dengan Zakuan, tapi Zakuan dah tak sekolah di kindy ni sebab pulang ke Malaysia dan balik sini nanti akan terus ke Primary School.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti play dough, puzzles, painting, climbing, drawing, glitter glue art, flip board, musical performance and more. Amalia hepi sangat sebab dapat melakukan pelbagai aktiviti hari ni. Mama harap lepas ni Amalia makin seronok di kindy dan rajin2 belajar yer...

No comments:

Post a Comment