30 October 2011
Shopping Mall baru... banyak yang menarik kat sini.
Puding kastard jagung
Resepinya senang je...
1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung krim
3/4 cawan gula
2 cawan susu cair atau susu segar
2 cawan air (kurangkan sikit)
Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan, kemudian masakkan sehingga pekat dan berkilat di atas api perlahan. Dah masak masukkan ke dalam loyang atau apa aje bekas yang kite suka. Biarkan sejuk baru hidang.
Simple dan mudah je kan?
26 October 2011
Asam pedas daging
1/2 kg daging
Daun kesom
Daun ketumbar
Tomato - belah 4
Air asam jawa
Minyak masak
Bahan kisar:
2 biji bawang kuning
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
3 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai
belacan
Cara membuatnya:
1. Tumis bahan kisar dan masukkan daging. Tambah air dan masukkan air asam jawa. Masak hingga daging empuk.
2. Masukkan daun kesom dan tomato. Biarkan mendidih. Masa hidang taburkan kirisan daun ketumbar.
Kindy in the park...
Pada mulanya kami ingatkan hanya kindy Amalia aje adakan program kat sini, rupa2nya seluruh kindy mengadakan program kat sini.
Pelbagai aktiviti diadakan oleh setiap kindy... semuanya berbeza dan setiap pelajar boleh mengikuti semua aktiviti kindy2 yang lain.
Masa kami sampai kami tengok hanya kami aje from Malaysia and muslim kot... tapi takpa Amalia boleh je join semua aktiviti. Zie pun bawa je Amalia ke mana aje tempat yang dia nak bermain. Tak lama kemudian Najwa datang bawa anaknya Wafa'a... Hari ni hari pertama Wafa'a ke kindy, first day terus ke park ni. Kiranya Amalia ada kawan lah lepas ni. Sebelum ni Amalia selalu bermain dengan Zakuan, tapi Zakuan dah tak sekolah di kindy ni sebab pulang ke Malaysia dan balik sini nanti akan terus ke Primary School.
Pelbagai aktiviti diadakan seperti play dough, puzzles, painting, climbing, drawing, glitter glue art, flip board, musical performance and more. Amalia hepi sangat sebab dapat melakukan pelbagai aktiviti hari ni. Mama harap lepas ni Amalia makin seronok di kindy dan rajin2 belajar yer...

25 October 2011
Kelas laksam...
Hari ni Zie mengajar member buat laksam dan kuahnya sekali. Farid dan Ida/Alif memang suka sangat makan laksam... sebab tu lah mereka hendak belajar buat laksam ni. Pada mulanya Farid yang beria nak belajar. Zie ajak Ida belajar sama sebab Zie tahu dia dan hubbynya suka makan laksam. At least lepas ni boleh la buat kalau teringin nak makan.
Nak kata Zie ni terro sangat tak lah, tapi setakat nak makan boleh la... At least Zie dapat kongsi ilmu yang ada. Nak kata kelas memasak rasanya Zie ni tak sampai lagi ke tahap nak mengajar orang, sebab Zie sendiri pun dalam proses belajar... banyak lagi yang Zie tak tahu dalam masak-memasak ni. Ramai lagi yang lebih pakar dan terro. Tapi memandangkan ada permintaan Zie ajar je lah. Sebelum ni pernah Zie mengajar kawan buat cheesecake... Zie pun baru aje reti buat cheesecake ni. Setakat yang basic and simple tu ok lah. Untuk buat laksam ni bahan2nya semua Farid yang beli. Lepas dah masak kami menjamu makan laksam... sedap pulak, maklumlah dah lama tak makan. Harap2 Farid dan Ida boleh lah buat lepas ni. Kalau ada kemusykilan boleh la tanya, tapi rasanya dah boleh buat... senang je kan?.

23 October 2011
Cantik sungguh...
Subscribe to:
Posts (Atom)