22 May 2011

Puding roti pelangi


Nak bawak apa yer nak pergi rumah Imah? Takan nak bawak biskut kering je... cari punya cari rsepi akhirnya terjumpa la resepi puding roti pelangi ni di myresepi, so hari ni terbuat la puding roti pelangi ni. Rupa2nya tak lahh susah sangat membuat puding roti ni... senang sangat membuatnya. al-maklum lah sebelum ni aku tak pernah buat puding roti... Banyak versi puding roti ni rupanya, salah satunya puding roti pelangi. Lain kali nak cuba buat puding roti versi lain pulak lah... puding roti pelangi ni lebih kurang macam puding marble je...


Kepada kengkawan semua kalau ada roti yang dah nak tamat tempoh tu dan rasa taknak makan begitu sahaja, boleh la try make this pudding... it is very simple and easy...

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar
2 biji telur

1 tin susu cair

5 sudu makan susu pekat manis

3 keping roti

3 sudu gula

2 sudu besar orange juice

Pewarna hijau

Pewarna merah

Sedikit esen vanila

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar dengan air. Masukkan gula. Kacau sebati.
  2. Dengan menggunakan blender, kisar roti dengan telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
  3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi. Masak dengan api perlahan.
  4. Masukkan orange juice dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna merah dan hijau.
  6. Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.Sejukkan.

No comments:

Post a Comment