Semenjak dok di Adelaide ni asyik makan lauk daging and ayam je... pi mai pi mai... ayam daging, ayam daging... dah tak tahu nak masak masakan apa. Lepas godek2 dalam internet terjumpa lah resepi yang aku tak pernah buat tapi rasanya pernah makan di kenduri2 kawin masa di Malaysia iaitu daging masak itam. Menu baru dari dapurku... boleh tahan jugak masakan ni, masak punya masak terlupa masukkan santan. Terlupa tu bukannya apa sebab masa aku rasa... rasanya dah sedap and tak sabar nak makan dengan nasi panas... Kalau letak santan mesti lagi sedap kot... takpa la lain kali aku masukkan santan, daging masak itam versi lain pulak. Resepi ni aku ambik dari blog Mamak Penang... lupa pulak nak bookmarks entry tersebut so tak boleh lah nak syer dengan kengkawan, takpa nanti aku godek2 sekali lagi untuk cari balik resepi ni...
Masakan ni sesuai jugak makan dengan nasi minyak atau nasi beriani... kali ni aku terlebih pedas so Amalia tak boleh makan sangat, kalau tidak mesti Amalia merantah je ni... Menurut Mamak Penang tersebut lauk ni dimakan dengan nasi kandar... aku rasa macam tak pernah pulak makan nasi kandar dengan lauk ni... kari ada lah. Maybe ada lauk ni aku je yang tak pernah pilih atau makan. Apa2 pun terima kasih Mamak Penang...
No comments:
Post a Comment