Dah lama tak buat kuih ni... ore Kelate panggil kek ambon, kalau orang luar panggil apam mekar. Sekarang semua bahan dah ada yang aku bawak dari Malaysia so boleh la buat macam2 kuih. Esok ada jemputan makan2 di park tak tahu nak buat apa so aku try la buat kuih ni. Alhamdulillah menjadi walaupun dah bertahun aku tak buat kuih ni.
Hepi dapat makan kuih ni kalau tidak masa di Bangi beli je kan? macam2 colour ada orang jual tapi aku lebih suka buat 3 colour je. Sapa2 nak cuba boleh la salin resepi ni dan cuba buat. Senang je...
Bahan2
1/2 kg tepung gamdum
1/2 kg gula
4 biji telur
1 mug air
1 sudu besar ovelette
1/2 sudu teh banana aisin
papercup
acuan kuih lompang
Cara membuatnya:
1. Putar gula dan telur hingga kembang, kemudian masukkan ovelette, air dan perasa.
2. Masukkan tepung sikit demi sedikit- putar hingga sebati.
3. Bahagikan kepada 3 bahagian, satu warna asal, satu warna merah dan satu lagi warna hijau.
4. Masukkan adunan ke dalam papercup yang telah di letakkan dalam acuan kuih lompang, kukus selama 15 minit.

Jazakillah Zie resepi mini ambon ni. Z trcari2 jg nk buat utk ank2.
ReplyDelete1 mug air = ?
ReplyDelete