Dah tak tahu nak masak apa hari ni, nak makan nasi macam bosanje... hari2 makan nasi... tiba2 rasa nak makan ketupat nasi dengan rendang ayam. Nak buat sikit je pada mulanya tapi disebabkan lama tak makan satu kuali aku buat rendang. Hubby tengok banyaknya... so hubby cadangkan jemput member2 terdekat datang makan iaitu Surah dan Azidi dengan famili masing2. Lagi pun dah lama kami tak berkumpul macam ni... dengan Shura tu selalu la, time2 bosan kami selalu je ke rumah dia tak pun jumpa masa di kindy Amalia.
Sekali-sekala berkumpul macam ni... sambil makan2 boleh tahu perkembangan atau aktiviti masing2. Topik utama yang selalu dibincangkan ialah pasal PhD la... masing2 ada masalah tersendiri. Paling aku kesian pada Surah... semoga Surah berjaya menempuhi segala cabaran dalam pengajiannya ini dan harap2 masalahnya settle secepat mungkin. Begitu juga dengan Haiza dan terutama sekali buat hubby... semoga Tuhan permudahkan pengajian abang ni dan jauhi dari segala masalah sama ada sekarang dan untuk masa akan datang.
Sekali-sekala jumpa macam ni anak2 pun seronok sebab dapat bermain sesama mereka... macam Amalia dan Zakuan walaupun tiap2 hari dah jumpa di kindy, sekali-sekala berjumpa dan dapat bermain di rumah mereka hepi sangat. Kalau ada rezeki kite boleh la selalu2 buat jamuan kecil2an macam ni... semoga Tuhan murahkan lagi rezeki kami sekeluarga. Amin.
No comments:
Post a Comment