Hari ni kami ke majlis besday anak Kak Shidah iaitu Najla dan Fahmi. Majlis diadakan di Thorndon Park. Senang buat di park boleh jemput ramai orang dan tak payah susah2 nak mengemas. Majlis dimulakan dengan bacaan doa.
Antara makanan yang ada... yang paling best dodol dari Melaka, ada dodol biase dan dodol durian. Kalau kat Malaysia aku tak pandang pun dodol ni... tapi kat sini rasa sedap sangat maybe sebab lama tak makan and takde dijual di sini. Memang rezeki Amalia sebab sehari dua sebelum ni Amalia suruh aku buat dodol... gara2 Amalia tengok cite upin ipin masak dodol, Alhamdulillah... dah jangan mintak2 lagi mama buat dodol, bukan senang rasanya nak buat dodol ni.
Masih ramai yang belum datang... sapa2 yang datang awal terpaksa la makan dulu yer, perut memang lapar sebab tak breakfast lagi. Sebelum ke sini kami mengarage dulu... hehehe... itu aktiviti wajib, tak sah kalau tak pergi. Therapy untuk aku kat sini...
No comments:
Post a Comment