20 September 2010

Garage Sale Paling Best, TQ Lilian

Macam biase every Saturday kalau tiada plan atau aktiviti lain kami akan ke garage sale. Hari ni kami ke garage sale di St. Athur. Tuan rumahnya sangat baik dan friendly sangat. Pantang ada mainan mesti nak bagi pada Aqil dan Yaya. Dia suka kanak2, maybe sebab anak2nya dah besar2 panjang semuanya.

Namanya Lilian... dia dan famili akan berpindah ke Brisbane, so semua barang di dalam rumahnya nak di let go termasuk la perabut yang sangat cantik bagiku iaitu meja makan dan almari yang hendak dijualnya dengan harga $500. Mereka akan terbang ke Brisbane pada hari Selasa ni. Aku tengok barang2nya masih banyak dan macam tak mengemas lagi. Barang2 yang nak dijual pun masih banyak berada dalam almari, ingatkan dia tak nak jual Tapi lepas kami tanya, dia beritahu semua benda nak dijual, tapi dia tak sempat nak keluarkan.


DVD player brand LG.

Vas ke apa ke benda entah ni... tapi sebab cantik sangat beli je la, $15... tapi lepas bargain Lilian bagi $5 je thanks...

Rice cooker Sunbeam.

Hand mixer... still new.

Mangkuk untuk dessert atau apa2 aje... cantik, dah pernah jumpa di garage sale sebelum ni $8...

Measuring jug... PYREX yang besar, kalau beli baru mahal jugak harganya...

Mainan Aqil.

Bear free untuk Yaya.

Antara barang2 yang kami beli ialah DVD player, rice cooker jenama Sumbeam, hand mixer, beautiful vases, set mangkuk untuk dessert, cookies jug, pinggan mangkuk, senduk2, serving fork & spoon, tongs dll, tupperware, measuring jug PYREX, glass bottles, toys, kusyen, bakul untuk picnic and bric a brac. Semua ni Lilian just ambik $21 je... Kami rasa murah sangat... sedangkan barang2 yang kami beli penuh bonet kete. Dah la dia kira murah2 siap bagi barang2 free lagi iaitu set glass lebih kurang 14 biji, + piring kuih, bear yang besar dan mainan untuk Aqil & Yaya, blanket box, topi koboi dan macam2 lagi benda2 hiasan.

DVD player yang kami beli tiada remote sebab Lilian tak jumpa cari dengan keadaan rumah dia yang masih berselerak dan penuh dengan pakaian. Lilian mintak hubby bagi no. telefon dan jika dia jumpa remote tu dia akan contact hubby supaya datang ambil.

Cite garage sale ni tak habis setakat sini saje tau ada sambungannya lagi... tunggu...

2 comments:

  1. wow kak azi bestnyaaa..yg pyrex besaq tu mau dekat 200 lebih kalau kat jj..

    (aku hati kecik!)

    ReplyDelete
  2. betul ke Ina kalau di JJ harganya RM200, mahalnya... Sebelum ni tak pernah pulak tengok harga PYREX di Malaysia.

    ReplyDelete