30 September 2010

Botanic Garden Part 1

Hubby bawa kami ke Botanic Garden hari ni sempena Aqil cuti sekolah. Botanic Garden ni berhampiran dengan Uni. hubby je. Dah banyak kali hubby ajak datang sini tapi kami macam tak berminat sebab sebelum ni cuaca sejuk dan bunga2 pun takde masa winter. Sampai2 je kami ke Roses Garden tapi tak banyak bunga pun... tak sure sama ada bunga dah gugur atau baru nak menjadi. Kalau ada pun sikit2 je dan dah tak bermaya... layu jeeeee... Nak ambik pic pun macam tak cantik je...

Yang ni je la paling cantik...

Hati2 Yaya nanti terkena duri...

Kalau penuh bungan rose mesti cantik pic ni...





Bawah ni pulak adalah pokok teratai... suhu dalam ni panas sesuai dengan habitat pokok ni... aku siap cakap pada Aqil kalau sejuk2 boleh datang dok sini sebab suhunya elok2 je... tak sejuk dan tak panas sangat.



Lepas tengok teratai kami jalan2 di bahagian luar pulak... best sangat cuaca nampak macam panas tapi udara nyaman dan sejuk je...



Lepas penat berjalan kami berpicnic pulak... tapi silap sebab kami bawa biskut, keropok dan coklat je... kalau bawak nasi lemak atau bihun goreng baru la best. Takpa la lain kali kite datang lagi dan picnic betul2.

Sambil tu hubby layan Ail dan Yaya main freshbee, hepi Aqil dan Yaya kalau dapat main2 macam ni...


Seterusnya kami ke tempat pokok2 kaktus pulak... memang panas betul suhu dalam ni... kami tengok cepat2 sebab tak tahan... masalah betul ye sejuk tak boleh... panas pun tak boleh... Ada macam2 jenis pokok kaktus di sini dari yang sekecik2nya hingga la yang sebesar2nya.






Bunga Lily ni paling cantik bagiku... putih bersih je...






Sebelum balik kami singgah makan di Botanic Garden Restaurant... orang agak ramai sebab hanya ada satu restoran je kat sini. So hubby kena la beratur nak membeli makanan, tapi servisnya cepat je...


Fries je yang kami confident nak makan... kalau makanan lain2 tu was2 je nak makan.

Yaya macam biase la pantang nampak ais krim terus la nak beli... Aqil nak jugak. Aku pulak rasa kesejukan tengok diaorang makan ais krim. Sebenarnya banyak lagi gambar, nanti lain kali pulak upload yer........


No comments:

Post a Comment