25 September 2010

My latest collection

Suka sangat hari ni dapat beli set pinggan mangkuk yang sangat cantik bagiku. Walaupun bukan Royal Albert dapat yang ni pun kira ok la buat sementara ni. Tapi kalau jumpa set pinggan Royal Albert lagi best. Kalau nak beli yang baru kena pikir dua tiga kali sebab mahal sangattttt.... Set pinggan yang aku beli ni brand Crown Regal made in Romania. Aku cuba cek dalam internet brand ni harganya agak mahal jugak. So beruntung la aku sebab dapat beli dengan harga yang jauh lebih murah.

Hepi sangat... tu yang best kalau pergi garage sale, kadang2 kite akan jumpa barang2 yang memang kite tak sangka2. Memang cantik set pinggan ni dah la masih baru dan complete set untuk 8 orang makan.

Cantik tak? ni cawan minum teh.

Mangkuk besar, siap ada tudung lagi... memang puashati.

Ni set cawan minum teh dan teko.

Yang ni pulak set cawan untuk minum coffee, saiznya lebih kecil daripada cawan untuk minum teh. Comey and cute...

Sugar and milk jug... kalau aku memang jarang guna sugar and milk jug ni... so buat hiasan je la.

Oval plate ni ada dua, satu saiz kecil dan satu saiz besar.

Ni set pinggannya... ada pinggan nasi, mangkuk lauk, piring besar, piring kecik dan mangkuk sup.

Senyum lebar je hari ni sebab pergi garage sale terus dapat barang yang memang aku minat. Apa lagi rasa tak sabar2 la nak menyusunnya. Nanti kalau rajin aku akan tunjuk gambar2 selepas disusun dalam almari pulak ye... bukannya apa just nak share dengan pembaca2 blog di luar sana yang mempunyai minat yang sama dengan aku. Rupa2nya ramai orang mempunyai minat yang sama dengan aku... aku ni baru nak start jeee...

Ni dah masuk bab lain... pasal dapur pulak. Kalau bosan2 aku memang suka search dalam internet tentang House Decoration, Kitchen Deco, Dinning Room Deco, Living Room Deco, Bedroom Deco/Design atau apa2 yang seangkatan dengannya. Terutama bahagian kitchen... suka sangat kalau tengok rumah orang yang memiliki dapur yang cantik, tersusun dan bersih je... Dapur ni milik Mary tuan rumah yang tempat aku beli set pinggan comey tadi. Memang cantik design dapur dia. Kos dapur ni $40 ribu... bestnya kalau dapat dapur macam ni... rasanya ada yang lebih rajin memasak sebab syok dok dapur he3... InsyaAllah kalau ada rezeki boleh la ye. Hubby pun suka tengok dapur ni. Apa lagi abang boleh la kite buat di rumah kite nanti...

Ni la Mary dah berumur 54 tahun.

Aqil hepi sebab dapat mainan lagiiii... Yaya pulak dapat basikal besar.

Mary buat garage sale ni sebab dia nak clearkan semua barang2nya. Dia akan berpindah ke Marion, so rumah ni dia nak jual. Tahu tak rumah ni harga berapa? AUD700 ribuuuuuuuuu... kalau convert duit kite tak ke jadi RM2 juta lebihhhhhh... kayo...kayo... Rumah ni tepi jalan besar maybe sebab tu harganya mahal, Tapi bagi orang sini entah2 murah je... kami je yang rasa mahal. Mary ni friendly jugak orangnya dan banyak bagi barang free pada kami seperti basikal Yaya... lupa pulak nak snap gambar basikal Yaya tu, takpa lain kali la ye. Selain tu kami dapat... jug yang cantik, carpet yang harganya AUD159.90, mangkuk sup, sudip, senduk and adik-beradiknya yang lain dan macam2 lagi la.... Kalau ikutkan banyak lagi pinggan mangkuk, periuk, frame, barang2 hiasan dan macam2 lagi tapi takan nak ambik semua. Mentang2 orang ni baik, nak ambik kesempatan pulak. Tak baik macam tu. Tapi orang kata rezeki jangan ditolak... takpa kami ambik yang mana rasa berkenan je. Thanks Mary.

No comments:

Post a Comment