21 September 2010

Thanks Lilian

Cite ni sambungan dari post yang sebelum ni iaitu pasal garage sale paling best. Ini sambungan citenya... Pada pagi Isnin kami ke rumah Lilian untuk bertanyakan remote DVD player. Masa kami sampai Lilian masih sibuk mengemas rumahnya. Dia maklumkan remote tersebut masih belum dijumpainya. Alang2 dah datang rumahnya kami sempat berborak. Hubby tanya pada Lilian "semua barang2 dah habis dijual ke masa garage sale Sabtu baru ni?" Lilian beritahu "kebanyakan barang2 yang tak habis dijual dia nak bagi kepada orang baru yang akan sewa rumah tu", termasuk la set meja makan dan almari jenis banquet yang aku minat tu. Kami agak terkejut sebab Lilian ni baik sangat sebab nak bagi free je barang2 dia. Rupa2nya orang yang nak sewa rumah tu seorang ibu tunggal beranak 4... so sebab tu la dia nak bagi free je kerana dia faham kehidupan ibu tunggal susah, dia jugak ibu tunggal. Bagus betul la Lilian ni...

Kami tak pulang dengan tangan kosong sebab Lilian bagi kami big blanket box, hanger, tempat penyangkut baju dan macam2 lagi. Remote memang dia tak jumpa, kami tak kisah la, nak buat macam mana sebab memang dia tak jumpa.

Ni la blanket box... boleh letak macam2 benda dalam ni sebab saiznya agak besar.

Tempat penyangkut baju... untuk jemur kain pun ok jugak... kami letak belakang rumah. Senang nak jemur baju kalau hujan sebab boleh tolak sana sini.

Petangnya pulak lepas sembahyang Asar telefon hubby berbunyi. Rupa2nya anak Lilian, Amber call. Kami ingat dia nak beritahu remote DVD Player dah jumpa dan suruh kami pergi ambik. Tapi dia tanya hubby "you want fridge, tv and another things...?". Kami macam pelik la... Hubby beritahu Amber "kami akan ke rumah dia".

Sampai je di rumah Lilian kami tengok Lilian dan anak2nya masih sibuk mengemas, mengangkut barang2 letak di luar dan mencuci rumah. Hubby tanya pada Lilian "kenapa semua barang di bawa keluar?". Lilian beritahu "orang tu tak jadi sewa..." so semua barang2 ni dia nak bagi free je kalau ada sesiapa yang nak kecuali set meja makan dan almari. Rumahnya perlu dikosongkan sebelum jam 5 petang coz tuan rumah nak datang cek rumah tu dalam keadaan bersih tanpa ada satu barang pun dalam rumah. Kami saling berpandangan dan macam tak percaya pulak. Kesian pun ada tengok keadaan mereka yang kelam kabut dok mengemas. Kami pun terpikir jugak kenapa laaa... last minit baru dia nak let go semua barang sedangkan esok dia dah nak fly ke Brisbane. Tak kisah la... maybe dia ada masalah lain sebelum ni.

Aku dan hubby tolong apa yang terdaya. Lilian beritahu kami "kalau you nak semua barang2 ni you can take it... kalau tidak dia akan buang dan barang2 elektrik dia akan jual di cash conventer". Lilian beritahu "kalau kami nak set meja makan dan almari tu dia akan kurangkan harga, terpulang kepada kami... setakat mana kami mampu bayar". Lepas kami bargain harga yang kami nak Lilian terus bagi. Memang harganya sangat murah compare dengan harga asal yang dia nak jual. Tapi lepas tu dia siap tanya balik "ok tak harga ni?". Kami setuju je... kami pun tak la mintak murah sangat nanti dia kata nak ambik kesempatan pulak dalam keadaan dia macam tu. Dah la murah siap bagi free 2 buah kusyen yang masih elok dan nampak baru. Boleh dikatakan semua barang dalam rumah dia bagi pada kami kecuali set meja makan dan almari ni.

Ni la almari tu... memang cantik tu yang aku berkenan... solid wood lagi...

Meja makan ni pun masih cantik... aku berkenan kerusinya, siap ada alas duduk. Nampak antik jee...

2 buah kusyen yang dia bagi free... still new.

Antara barang lain yang dia nak bagi free kepada kami ialah fridge dua pintu, tv besar (rasanya lebih 50 inci besarnya), tv dengan raknya sekali, vacum kecik, almari buku, 2 buah tilam queen saiz, 2 buah heater, pinggan mangkuk, gelas, blanket box, cadar, sarung bantal, alas meja, langsir, handbag 1 kotak, hanger satu kotak, lampu tido, baju, bekas biskut, jug, gymball, frame, topi, mainan, DVD, buku kosong, alatulis dan macam2 lagi. Dari sebesar2 benda hingga la kesekecil2 benda, kalau boleh semua dia nak bagi. Itu pun aku rasa banyak benda yang dia dah buang masa pengambilan hard rubbish.

TV Sharp dan raknya sekali... disebabkan rumah kami dah ada banyak tv so kami bagi pada member.

Heater kecik... brand new.

Semua barang yang elok dan rasa berguna pada kami je kami ambik kecuali fridge, almari buku, tv besar dan frame gambar besar. Bukan apa sebab tak muat lori, kalau muat mesti semua benda kami angkut. Dah alang2 orang nak bagi, kami ambik je la. Nasib baik kami kenal Angelo (orang OZ) yang ada lori so kami contact dia la untuk angkut semua barang ke rumah. Dia just ambil duit minyak sebagai upah...

Lampu tido...

Heater lagiiiii... jugak masih baru.

Box yang besar... boleh duduk dan letak macam2 barang. Aku letak mainan Yaya dalam ni. Takde la berselerak nanti.

Kami berterima kasih sangat2 kepada Lilian sebab bagi banyak barang pada kami. Mereka sekeluarga suka sangat sebab kami bantu mereka dan dapat berkenalan dengan kami. Siap mintak no. telefon dan email lagi. Lilian beritahu kalau ke Brisbane jangan lupa contact dia. Sebelum balik kami sempat bergambar dengan mereka.

Ni la mereka... sebelah aku tu Lilian dan sebelahnya Jessica. Anak2 lelaki dia takde di rumah masa ni. Lilian ni jurulatih kuda. Dah 17 tahun dia berkecimpung dalam bidang ni. Siap nak bagi peralatan untuk naik kuda pada kami, tapi kami taknak sebab tak tahu zaman bilanya nak naik kuda... tak akan kot.

Yang baju pink tu Amber.

Kami hepi dapat berkenalan dengan orang macam famili Lilian ni... bukan sebab dia banyak bagi barang free pada kami tapi sebab dia baik sangat. Kalau kami tak dapat barang tu pun, memang dia akan bagi pada orang lain. Susah nak cari orang macam ni. Kami akan ingat pada mereka sampai bila2. Kalau ada rezeki kami akan berjumpa suatu hari nanti. Thank you very much Lilian and family.





No comments:

Post a Comment