12 September 2010

Majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia

With Ayu.

Aqil & Nabil bersama Datuk Salman.

Datuk Salman sedang berucap.


Time makan...



Masing2 sedang menjamu selera.

Bersama Alin dengan baby barunya yang baru lepas pantang.

Malam raya kedua kami meraikan Hari Raya bersama Duta Malaysia ke Australia iaitu Datuk Salman dan pegawai2 kanan beliau. Majlis berkonsepkan santai je. Tak formal pun. Sambutan taklah meriah sangat sebab ramai yang tidak dapat menghadirkan diri.

Kami pun pada mulanya agak keletihan sebab penat beraya pada siang harinya tetapi untuk merasai bagaimana sambutan Hari Raya bersama Duta kami gagahkan diri jugak. Kalau ikut jadual majlis berlangsung jam 7 hingga 9 malam... tetapi untuk menunggu semua hadir majlis mula agak lewat.

Lepas ucapan oleh tetamu2 kehormat kami semua menikmati juadah yang disediakan seperti mee kari, pulut kuning, rendang, kuih-muih raya dan lain2. Makanan macam tak banyak sangat maybe bajet tak cukup atau ramai yang tak bawak makanan. Takpa la makan je yang mana ada. Lepas makan kami sempat bergambar dan lepas tu terus balik sebab Aqil dan Yaya dah mengantuk.

No comments:

Post a Comment