29 September 2010

Kek Pelangi

Hari ni Yaya menangis2 nak suruh aku buat kek. Padahal bukannya Yaya nak makan sangat tetapi minat nak membuatnya, Nasib baik semua bahan dah ada. Untuk memenuhi permintaan Yaya aku buat la kek pelangi ni. Bukan main seronok dia dapat tengok mamanya buat kek.

Untung ada mixer ni, senang la keje aku nak buat apa2 terutama membuat kek yang memerlukan putaran yang agak lama supaya gula dan butter kembang atau putih. nak kacau dengan tangan boleh jugak tapi melenguhkan tangan dan melambatkan keje je...

Ni la rupa kek pelangi sebelum masuk oven...

Selepas menunggu selama 45 minit dengan suhu 180 degree... maka masak la kek pelangi yang dibuat.

Naik elok jeee...

Pandangan bawah...

Tak sabar2 nak tengok rupanya... jadi corak pelangi ke jadi corak apa?

Tak macam pelangi pun...

KEK PELANGI

Bahan

1 cawan butter
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
1 cawan tepung naik sendiri ] ayakkan
1 cawan tepung kastad ]
1 s/k coklat emulco
pewarna merah

Cara-cara :
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu dan ringan.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen rose.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastad.
5. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk.
6. Masukkan coklat emulco dalam 1 mangkuk.
7. Masukkan pewarna merah dalam 1 mangkuk lagi.
8. Masukkan adunan warna asal dalam cake pan.
9. Masukkan warna koko dan diikuti dengan warna merah.
10. Bakarkan dalam oven dengan suhu 180'C selama 45 - 50 minit.

6 comments:

  1. loyang tu boleh buat skirt utk kek barbie tu... bila nk buat kek barbie plak?

    ReplyDelete
  2. ooo ye ke... entah la nak buat bila kek barbienya... kalau buat mesti Yaya suka sangat coz dia suka barbie. Beli di garage sale je bekas ni $1, ok je kek tak melekat pun...

    ReplyDelete
  3. Trylah buat, kalu ado jupo loyang hok pelik2, belilah ko ore e4tek deh. teringin nok loyang gitu, senang kijo kalu wat kek barbie. Kalu K.ila tengok ni pun mesti dio nok jugaok. hehehe

    ReplyDelete
  4. ok InsyaAllah kalau ada kak ita beli

    ReplyDelete
  5. kak azie balik bila? kak zi,nak jugak loyang2 cantik ngan brg2 unik yet murah kat sana..

    kat sini takde garage sale cam sane..best sgt tgk kak z ^_^

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah kalau ada Kak Zie beli... Ina minat barang2 unik macam mana? senang kak zie nak belikan kalau ada.

    ReplyDelete