27 October 2009

Peristiwa tragis kepada bos aku dan keluarganya

26 Oktober merupakan peristiwa paling tragis buat En.Zawawi dan keluarganya kerana isteri, 2 orang anak dan seorang cucunya telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan ngeri yang telah berlaku di Putrajaya. Semoga En. Zawawi tabah menghadapi dugaan yang amat berat ini. Kami diofis tidak putus2 meluahkan rasa simpati dan kasihan kepada En. Wi. Masing2 turut sedih dengan peristiwa itu.

Pada pukul 9.15 aku dan teman2 ofis menziarahi En.Wi di rumahnya di Desa Pinggiran Putra. Sampai aje di rumahnya kelihatan ramai orang yang datang menziarahi dan mengucapkan takziah. Suasana begitu sepi dan sedih. Tak putus2 orang datang menziarah. Aku lihat En.Wi sibuk dok melayan tetamu yang hadir. Kelihatan tenang aje... tetapi dalam hatinya hanya Tuhan aje yang tahu. Semasa hendak balik kami semua mengucapkan tahziah kepada En.Wi dan aku juga sampaikan salam hubby dan ucapan tahziah pada En. Wi. Masa tu aku rasa nak menitiskan air mata melihat En.Wi yang tersekat2 menahan sebak didada. Semoga Allah tabahkan hati En.Wi dan anak2nya.

Buat semua berhati2 la semasa dijalan raya dan memandu lah dengan berhemah.

1 comment: