01 December 2010

Shipping lagi... pecah pyrex sebijik huhuuuuuu...

Kali kedua shipping... shipping kali ni dengan Alif pulak... dia akan datang ambil 16 Jan pagi. Kami awal2 lagi dah kemas dan letak di ruang tamu. Orang datang pun terkejut tengok... baru dok kejap dah 2 kali shipping. Bukan apa banyak barang orang dari barang sendiri sebenarnya, ye ke???... hehehe... Bukan apa sebenarnya takut nak tinggal barang2 yang aku beli kat sini, tambah2 masa kami balik Malaysia nanti. Risau jugak kalau orang masuk rumah dan curi barang2 aku. Tapi mintak jauh la... Nauzubillah... semoga Tuhan jauhi kami dari masalah dan bahaya, Amin. So aku ambil keputusan nak shipping sekali lagi.

Kali ni lebih banyak daripada pertama kali shipping...


Tugas hubby lagi nak melabel kotak2 ni... aku tengok je... sayang abang, jangan mare yerrr...

Tapi hubby ada pembantu setianya... sapa lagi kalau bukan satu2nya hero kami Muhamad Aqil Iman Mohd. Azul... hehehe, sambil tolong papa sambil berbual2 ok la tu... at least papa tak la bosan.

Masa dok tolong papa ni Aqil siap tegur papanya "kenapa papa tampal senget kertas tu, Aqil tak suka la... kalau Aqil mesti nak letak betul2"... bagus la anak mama ni, mesti seorang yang teliti dan kemas ni... harap2 gitu la sampai bila2. Bukan apa Aqil papa nak cepat... lagi pun dah malam ni, siang tadi bawa kite pergi Rundle Mall... malam pulak ke rumah Untie Syura... so sekarang baru nak buat... kena cepat2 siap coz esok Uncle Alif dah nak datang ambik.

Aqil dah keletihan... nak relaks jap ye papa...

Yang ni pembantu ke2 tetapi kali ni tak menyibuk sangat macam masa first time shipping hari tu, sebabnya dok busy dengan youtube nan na na dan dok main games... al-maklum la Yaya sekarang pengguna setia internet. Kadang2 kite nak guna pun tak boleh... tu yang blog mama ni tak terupdate dan banyak yang tertanggung, cerita basi sokmooooo... hehehe... Ni keletihan sebab melayan internet la niii... Yaya... Yaya...

Ni la semua barang2 yang nak dishipping... juga 1 meter cube AUD200, kali ni lebih sikit maybe sebab banyak kotak kecik2...

Semuanya ada 22 kotak, kali ni kami hantar ke rumah yang kami akan beli di Bangi Perdana... senang... harap2 sempat sampai semasa kami berada di Bangi. Senang la nak simpan dan bagi kepada tuan punya barang2.

Alif siap bawak lori besar lagi... ye la dia orang lama yang urus pasal shipping ni dah lebih berpengalaman. Hujung tahun ni agak ramai orang yang shipping sebab student undergrade ramai yang balik bercuti dan ada yang balik for good.

Harap2 barang2 aku selamat sampai dan semua berkeadaan baik.

Dalam masa dok sibuk mengemas hari tu... pyrex aku terpecah sebijik... ini gara2 hubby la yang langgar kotak dan tak perasan ada pyrex ni dalam plastik atas kotak tu... pyrex ni jatuh dan terus sumbing. Nasib baik sebijik je, kalau dua2 rugi laaaaaa... Takpa aku tak marah pun, nak buat macam mana bukan disengajakan pun, lepas ni harap2 hubby beli lagiii... bolehkan? ganti la dua tiga bijik pun takpa, Zie ok je...

2 comments:

  1. Kak Azie
    Gina punya Pyrex beli kat Kmart tu pun mcm ada sumbing aje, nak tukar resit dah tak tahu letak kat mana,,,pakai ajelah

    ReplyDelete
  2. Kak Zie punya ni dah selamat dalam tong kuning dan sudah diangkut pun... memang tak boleh nak guna bahayaaaaa... takpa ada rezeki beli lain

    ReplyDelete