26 December 2010

Apa itu BOXING DAY?



Semua dok kalut pasal boxing day... apa itu boxing day? Macam di Adelaide ni ada ke boxing day? kalau ada teringin jugak nak pergi... tapi di mana tempatnya yang ada boxing day? Terasa nak tahu apa itu boxing day...

Aku cuba cari maklumat tentang boxing day... antara yang aku temui maklumat pasal boxing day ni ialah:
  • secara tradisional boxing day dirayakan pada 26 Disember, sehari selepas raya Krismas;
  • di Australia boxing day merupakan hari cuti umum;
  • kedai2 akan menjual barang2 dengan harga yang sangat rendah;
  • banyak kedai dibuka awal iaitu seawal 5 pagi;
  • pembeli akan berebut membeli barang2 yang mereka kehendaki... setengah negara jualan pada boxing day mempunyai potensi menyebabkan pembeli tercedera, bahkan kematian sebab masing2 berebut untuk mendapatkan barang2 yang dikehendaki kerana barang yang dijual mempunyai kuantiti yang terhad; dan
  • di Australia akibat cuaca panas pemilik kedai akan menghadkan bilangan pembeli yang boleh masuk ke kedai mereka dengan memberi tiket kepada pelanggan paling awal (maybe ada lagi maklumat2 lain pasal boxing day ni... aku just tahu yang ni je...).
Secara kesimpulannya boxing day adalah hari untuk mencapai impian kita, memiliki barang yang sudah lama diingin-inginkan sepanjang tahun tersebut dengan harga yang sangat murah (kalau macam tu memang banyak betul la barang keinginan aku... berangan je la dulu). Bestnya kalau betul2 ada boxing day dan aku dapat pergi shopping apa sahaja barang yang aku nak (itu pun kalau ada ongkosnya...). Ada member siap ke Melbourne sebab nak pergi boxing day kat sana, katanya di Melbourne boxing day memang best dan ada jualan yang memang giler2. Syoknyaaaa... kalau macam tu kena plan ke Melbourne masa boxing day lah... hehehe...

2 comments:

  1. kak azie,taun depan plan la awal2 gi melbourne utk boxing day!heh.murah sgt3 if brg2 branded tu.corelle pon macam2 pattern.tapi kena pegi pagi2 la sbb ramai org.sy gi melbourne pon kebetulan aliff wat shipping sana.dpt la jln2 & merasa boxing day yg meriah&murah2.

    ReplyDelete
  2. ye ke... bestnya mesti Ida shopping sakan ni...

    ReplyDelete