Showing posts with label Jalan2 hujung minggu di Adelaide. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 hujung minggu di Adelaide. Show all posts

03 July 2012

Merasa jugak...

  
 Lepas cuci mata di Fishermens Wharf Markets kami naik cruise... anak2 memang tak sabar nak naik cruise ni, maklum la tak pernah naik sebelum2 ni. Perjalanan cruise ni memakan masa selama 2 jam... 1 jam pergi dan 1 jam balik. Untuk menaiki cruise ni orang dewasa dikenakan bayaran $8 seorang dan kanak2 setahun ke atas $6. Dah naik harga rupanya... hari tu masa kami datang orang dewasa just $6 je...

Sepanjang perjalanan berborak aje la keje kami... nak makan tak pulak kami bawak makanan sebab sebelum naik kami semua dah makan kenyang2... tapi memandangkan cuaca yang agak sejuk dan berangin terpikir jugak bestnya kalau masa ni dapat minum coffee panas. Aqil dan Amalia pun kesejukan... masing2 dok diam je... menahan sejuk.





Tengok la Zie ni, memang tak tahan betul sejuk masa ni... terasa sampai ke tulang dibuatnya. Walaupun ada matahari tetapi angin sejuk tu yang menyebabkan rasa nak menggigil. Surah siap cakap nak demam sebab sejuk sangat.

Amalia pada mulanya monyok je... lepas tu baru ok, sampai je di tengah laut ni dah tak terasa sejuk sangat... angin pun macam dah tak kuat sangat... jadi masing2 mula la berjalan ke sana sini. Pada mulanya macam gayat jugak rasa tetapi lama2 baru ok sebab tak beralun sangat. Risau jugak nanti ada yang mabuk laut.


Hubby and Aqil... Aqil tak sabar2 nak sampai ke darat sebab dia rasa pening. Padahal sebelum ni Aqil dah pernah ikut rombongan sekolah ke sini. Aqil cakap masa tu dia naik boat kecik je... laju dan lebih selesa dari cruise ni.


Hepi Aqil dan Amalia... sekali-sekala dapat melakukan aktiviti macam ni. Masing2 excited nak tengok dolphin sama tujuan naik cruise ni tetapi nampak dari jauh je... ok la at least nampak jugak.
Rasa nyaman udara di sini... dan luas mata memandang. Mujur la Zie tak mabuk... kalau tidak sebelum2 ni asyik mabuk je kalau naik boat, maybe sebab cruise ni besar kot... tu yang Zie ok. Alhamdulillah akhirnya kami anak-beranak merasa jugak naik cruise ni...



01 April 2012

Tak sangka jumpa di Street Market ni...

Weekend kali ini kami ke city... maklumlah dah lama jugak kami tak ke city. Biasenya hari Ahad kami dok rumah aje atau jalan dekat2 rumah aje. Ramai geng2 Adelaide ke Sunday Market kalau hari Ahad, kami memang jarang sangat ke sana... maklumlah jauh. Teringin jugak nak pergi lagi tapi entah lah tak tahu bila... tambah2 sekarang hubby busy dan weekend pun terpaksa ke Uni. On the way ke city kami singgah di Street Market ni.

Tak banyak gerai jualan tapi ok la sebab di sini Zie jumpa satu barang yang menjadi kegilaan sesetengah wanita di Adelaide ni, malah ada jugak kaum bapak yang obsessed dengan benda alah ni. Rezeki nak jumpa di sini... Zie tak mencari pun, kalau jumpa yer... kalau tak jumpa takpa. Barang itu dijual oleh penjual barang2 antik... maklumlah benda lama tetapi cantik dan fungsinya, sebab tu la ramai yang menyukainya. Lain kali Zie tunjuk barang tu yer...

Aqil dan Amalia sabar menunggu mamanya membeli...


Tengok ni semuanya barang2 pelik je dan kebanyakan barang2 lama... walaupun lama, harganya boleh tahan jugak. Syok jugak sekali-sekala datang tempat macam ni, kite boleh tengok macam2 jenis barang yang belum pernah ditengok sebelum ni. Ralik jugak dibuatnya...

31 December 2011

Mari menonton,,,

First time kami menonton wayang semenjak berada di Adelaide ni... Aqil lah yang berhajat sangat nak menonton wayang. Dah lama dia ajak tapi sekarang baru hubby berkesempatan memandangkan sekarang hubby dah free dan anak2 pun masih bercuti. Kami menonton di Norwood Parade yang agak dekat dengan rumah kami.

Aqil excited nak tengok cite 'The Adventure of Tintin'...boleh tahan jugak cite ni.

First time kami menonton wayang 3D... satu pengalaman baru buat kami semua. Orang lain memang dah selalu kot... biase la kami selalu ketinggalan. Takpa yang penting akhirnya dapat merasa jugak.

Aqil hepi akhirnya dapat datang menonton wayang... kalau di Malaysia Aqil selalu je pergi menonton wayang dengan hubby. Masa tu Amalia kecik lagi... jadi ini satu pengalaman baru buat Amalia. Jangan ada pulak yang ajak menonton tiap2 minggu sudah... dah la kalau diconvert harga tiketnya rasa banyak jugak. Sekali-sekala boleh la...

Sebesar2 popcorn hubby belikan... habis ke nak makan ni?

Sekali-sekala menonton macam ni bersama keluarga best jugak... lepas ni kite ajak papa datang tengok cite 'Alvin and the chipmunks 3' pulak yer...

23 October 2011

Cantik sungguh...

Selama ni dok tengok dari jauh je di rumah2 orang oz kat sini, itu pun masa lalu nak ke mana2. Tapi hari ni Zie dapat tengok dan pegang lagi bunga2 rose ni... cantik2 sungguh dan pelbagai kalor pulak tu ada kat sini. Bestnya Zie suka sangat bunga ros. Memang tahun ni Zie plan nak ajak hubby datang ke Botanic Gardens ni untuk tengok bunga2 rose kat sini, sebabnya last year masa kami datang dah habis musim dan bunga pun dah layu je. Nak ambik gambar pun tak cantik. Hepi dapat berada di taman bunga yang sungguh indah dan cantik ni.

Banyak2 bunga ros... warna merah lah yang Zie paling suka... maklumlah warna feveret Zie kan warna merah. Kalau lah boleh petik bunga2 kat sini lagi la syok tapi mana boleh... nanti tak pasal2 ada pulak yang kena saman.

Amalia sudah semestinya suka warna pink... nak bergambar pun dekat bunga ros pink aje... Di bawah ni antara gambar2 yang Zie larat upload dalam N3 ni, kalau ikutkan banyak lagi tapi tak larat nak upload semua. So tengok lah mana yang ada ni yer...

Kebetulan mak Gina ada sini kami ajak mereka datang sama... Nampak gayanya mak Gina pun minat bunga ros. Sebelum balik kami berpicnic dulu. Syok jugak sekali-sekala macam ni.

Hepi sangat dapat tengok suasana alam yang indah dan cantikkkkk...

20 October 2011

Pingu... pingu...

On the nak ke Granite Island kami singgah di Penguin Centre... nak masuk sini orang dewasa dikenakan bayaran $6 seorang dan kanak2 $4 seorang. Alang2 dah datang sini kami masuk je lah tengok penguin...

Penguinnnya takde lah besar pun... macam anak2 penguin je dan tak banyak.

Masa kami masuk ni tengah ada sesi penerangan tentang kehidupan penguin... ingatkan luas dalamnya tapi cuma ni aje...

Dah bayar kami tunggu je la...

Amalia paling hepi dapat tengok penguin atau Amalia lebih suka panggilnya Pingu... Siap nak dok lama2 lagi. Amalia memang suka layan cite Pingu, sekarang dapat tengok penguin secara life hepi lah dia...

Selain itu ada juga penerangan cara macam ni... guna video dan dipantul pada cermin, so nampak lah orang yang kecik tu...

Sebelum keluar sempat tulis di guess book... tanda kami dah masuk sini.

Buruknya tulisan Zie... masa ni lupa pulak nak tulis kami from Malaysia...

Puashati Amalia sebab dapat tengok Pingu...