Showing posts with label Kehidupan di Adelaide. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan di Adelaide. Show all posts
16 September 2011
Makan puas2...
01 May 2011
Kejap je rasa...
Pejam celik pejam celik dah genap setahun aku dan anak2 berada di Adelaide. Macam kejap je rasa. Banyak pengalaman baru yang kami dapat tinggal di bumi Adelaide ni. Ada kenangan manis dan ada jugak kenangan pahit (hilang purse huhuuu...). Tapi yang penting aku bersyukur kepada Tuhan sebab sentiasa memberi kebahagiaan kepada kami anak-beranak. Semoga Tuhan sentiasa memberi kesihatan yang baik kepada kami, sentiasa selamat di mana jua kami berada, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kami. Amin
09 March 2011
Selamat sampai rumah
14 December 2010
Cerita pasal paip pulakkkkkk...
Sejak kami tinggal di sini dah 3 kali paip dapur buat hal. Sebelum ni landlord cuma suruh sedara-maranya yang baiki. Tapi kali ni memang tak boleh orang sebarangan yang baiki, memang kena panggil pakar plumbing. Sebabnya kali ni puncanya tak tahu rosak apa. Aku perasan paip ni bermasalah sebab air yang keluar slow dan tak macam biase dan pelapik dalam almari semuanya basah. Aku cakap pada hubby dan hubby terus beritahu adik landlord. Lepas landlord datang dan tengok keadaan paip ni terus dia cakap "kalau taknak guna air tutup main paip di luar". Aku cakap pada hubby "satu keje pulak kita nak kena kuar masuk... air memang selalu nak guna". Kadang2 geram jugak dengan landlord ni sewa rumah nak naik tapi kalau suruh baiki atau buat sesuatu untuk kebaikan rumah macam liat sikit. Hubby beritahu memang kena baiki sebab risau rosak kabinet nanti... landlord pun bersetuju nak cari plumber datang baiki.
31 October 2010
6 bulan di Adelaide... rutin harian
Pejam celik pejam celik dah genap 6 bulan kami di Adelaide, kejap je rasa masa berlalu. Banyak perkara dan pengalaman baru yang kami dapat di bumi Adelaide ni walaupun 6 bulan berada di sini.
Perkembangan aku di sini, biase2 aje... menjadi fulltime housewife yang sentiasa ada aje xtvt yang hendak dilakukan. Rutin harian aku setiap hari memasak, mengemas, membasuh (2 kali seminggu) dan yang paling best banyak masa melayan FB dan blog (itu pun kalau Yaya tak layan youtube dan games2nya). Masa aku banyak bersama Yaya... so kena la layan aje karenah Yaya yang comey ni... Setiap hari ada aje permintaan Yaya nak masak itu ini... maybe Yaya pun terasa bosan sebab itu la dia ajak aku make sesuatu. Yaya suka betul kalau bab2 buat kuih yang perlu menguli atau mengacau. Hepi dia kalau dapat buat... kalau boleh tiap2 hari Yaya nak suruh buat. Time rajin aku buat la apa2 yang Yaya nak.
Kadang2 terasa jugak bosan kalau tak buat apa2... itu yang aku selalu nak cuba masak itu ini dan kalau rajin aku suka mendeko rumah (deko biase2 je... kena tengok mood jugak, kalau mood ok rasa nak mengemas je...). Ada anak2 ni biase la kite mengemas kejap... lepas tu berselerak balik.
Kalau terasa nak ke library aku dan Yaya ke library... at least Yaya pun boleh belajar sesuatu di library. Kalau nak berjalan ke tempat lain sendiri dengan Yaya tak berapa berani lagi...
Dalam pukul 3.30 petang lepas hubby dan Aqil balik layan makan minum mereka. Lewat petang turn hubby pulak layan Aqil dan Yaya main di park atau main di belakang rumah je. Aku layan la internet atau buat apa yang patut.
Malam pulak sebelum Maghrib kami akan dinner, kadang2 makan makanan ringan je sebab hubby selalunya dah taknak makan nasi. Malam pukul 9/10 kami dah tido (kalau mata tak mengantuk aku layan FB, chat dengan kengkawan and adik-beradik di Malaysia). Sekarang malam rasa pendek je... cepat je rasa dah siang. So rutin asal kembali setiap hari. Itu la xtvt aku kat sini.
Kalau weekend lain la... pagi Sabtu biasenya kami ke GS (xtvt paling best kat sini, syoknyaaaaa... GS!!!, itu pun kalau dapat barang yang aku nak, elok dan murah). Weekend juga masa untuk kami pergi beli barang2 dapur sama ada di Coles, Afgan (halal butcher tempat beli ayam dan daging) atau Asian Groceries (tempat beli rempah ratus dan makanan dari Malaysia/Asian). Selain itu weekend juga time kami nak berjalan di tempat2 menarik di bumi Adelaide ni. Weekend juga la time kami nak jumpa kengkawan sama ada jemput mereka ke rumah, plan jumpa di park atau berkonvoi ke sesuatu destinasi menarik di sini atau kami akan ke rumah kawan2, kalau ada jemputan.
Rutin hubby pulak... hubby sentiasa busy dengan studynya dan setiap hari akan ke Uni. Petang dan malam masa hubby banyak dihabiskan untuk melayan Aqil dan Yaya. Walaupun busy hubby tetap ada masa melayan karenah kami terutamanya pada hujung minggu. Aku sentiasa mendoakan kejayaan hubby, semoga Tuhan permudahkan segala urusan hubby membuat PhDnya.
Rutin Aqil pulak setiap hari Aqil akan ke sekolah dari jam 8.15 hingga 3.30 petang (semenjak Aqil naik Van sekolah). Kalau sebelum ni pukul 8.30 pagi hubby akan hantar Aqil ke sekolah dan jam 3 petang hubby akan ambil Aqil sekiranya pulang awal dari Uni. Kalau tidak aku dan Yaya la yang akan pergi ambil Aqil di sekolah. Sekarang Aqil dah naik Van jadi aku dengan Yaya atau hubby akan tunggu depan rumah je la.
Biasenya balik dari sekolah ada aje cerite Aqil nak cerite pada kami. So dengar je la... lepas tu baru la Aqil makan sambil layan cite karton di TV atau main games. Dalam jam 5.30 atau 6.00 petang hubby akan layan Aqil dan Yaya main di belakang rumah. (bergantung pada cuaca, kalau sejuk layan main dalam rumah je la... macam2 mainan... main monopoly, scrabble, snooker, melukis/mewarna, games dan macam2 lagi). Aqil biase la suka main bola sepak... Yaya pulak main buai atau main pondok2/baby2/jual2 sorang2 dia. Ada timenya Yaya nak main bola sepak jugak dengan papa dan Aqil. Time ni la nak berebut nak suruh papa layan masing2. Malam lepas sembahyang dan mengaji Aqil akan baca buku yang teacher bagi di sekolah (buat makluman semua sejak sekolah sini Aqil tak pernah ada homework macam masa sekolah di Bangi dulu yang everyday bertimbun dengan homework). Sekolah sini relaks je... tetapi kadang2 aku dan hubby risau jugak sebab takut Aqil ketinggalan, terutamanya masa balik sekolah di Malaysia nanti. InsyaAllah semua ok. Lepas membaca Aqil tengok TV dan pukul 10 dah kena tido. Hujung minggu Aqil boleh la tido lewat.
Rutin Yaya pulak... Yaya ni memang jenis yang bangun pagi. Kadang2 dia yang bangun dulu dari kami. Pagi biasenya Yaya layan karton, video/DVD/youtube dan games. Selain itu kalau dia nak buat kuih/kek... kena la aku buat dan dia pun buat sama. Yaya sentiasa di depan mata aku... aku layan aje kehendak dia. Sama aje xtvt kami berdua ni... Kalau aku memasak dia layan xtvt2 dia mewarna, melukis, tengok karton, main mainan dan macam2 lagi. Yang penting kena ikut kehendak dia, kalau tidak menangis. Kalau hubby dan Aqil balik Yaya hepi la sebab ada orang nak layan dan main dengan dia. Malam pulak kalau Yaya tak tido siang... Maghrib Yaya dah tido.
Ini la serba ringkas rutin kehidupan aku dan famili semenjak datang ke sini. Pahit manis kami akan sentiasa bersama. Semoga Tuhan memberi kebahagiaan, kesihatan yang baik, permudahkan segala urusan dan jauhi kami dari kesusahan. Semoga kehidupan kami mendapat keredhaan dan keberkatan olehNya. Amin.

04 October 2010
Kepok Ganu
Kalau di Malaysia rumah kami memang tak putus dengan keropok. Stok memang sentiasa ada terutama keropok Terengganu. Kami memang suka makan keropok ni. Disebabkan Aqil dan Yaya teringin sangat nak makan keropok hubby terpaksa kirim pada membernya supaya belikan semasa mereka balik ke Malaysia. Disebabkan dah lama tak makan keropok ni masing2 tak sabar nak suruh mama masak. Lepas goreng sekelip mata je dah habis. Sebungkus boleh habis dalam masa sehari je... memang betul la anak2 mama ni teringin sangat nak makan keropok made in Terengganu ni.
26 May 2010
Mula drive kat oz
Hari Isnin lepas Aqil dah berpindah ke East Torrens Primary School yang agak dekat dengan rumah kami, tak sampai 5 minit dah sampai. Aku mula belajar drive kat sini... senang boleh hantar dan ambik Aqil di sekolah kalau hubby ada hal atau berada di Uni. Hadlaju jalan raya kat sini maksimun 60km/jam je... Kete kami power stereng... aku biase bawak kete kancil aku yang paut stereng jeee... (kalau orang tak biase dengan paut stereng, boleh sakit urat dibuatnya, tiba2 teringat pada Ain...) rindu pulak rasa saat2 kami merayau masa rehat dengan kete kancil ku dan kete kancil Ain).
Hubby cakap pemandu sini hormat pemandu lain dan takan bunyikan hon walaupun kite slow. Kalau kite nak masuk line kanan atau kiri dia orang akan bagi kite masuk dulu. Orang sini memang patuh dengan disiplin jalan raya. Aku baru drive 3 hari je... still learning sistem jalan sini.

14 May 2010
Selepas 2 minggu di OZ
Dah dua minggu aku dan anak2 datang Adelaide. Kami masih cuba sesuaikan diri terutamanya dengan cuaca sejuk kat sini. Aku masih tak tahan dengan kesejukan kat sini. Kadang2 rasa tension jugak sebab cuaca sejuk sangat nak buat keje pun rasa malas tambah2 dengan keadaan aku yang selsema ni. Makan ubat pun tak sembuh2. Paling aku kesian pada Yaya sebab hidung dan bibir dia sampai berdarah. Sampai sekarang tak sembuh2 lagi. Aku sentiasa berdoa agar kami dapat menyesuaikan diri dengan cuaca kat sini.
Aqil awal2 hari tu pun selsema dan batuk2, tapi sekarang dah ok. Aqil dah seminggu bersekolah, Alhamdulillah Aqil hepi ke sekolah. Pada hari pertama Aqil bersekolah aku pulak kat rumah risau dok memikirkan keadaan Aqil di sekolah. Tapi semuanya ok.
Ragam Yaya pulak kat rumah... dia suruh layan dia je, aku nak masak pun tak bagi. Maybe suasana sunyi menyebabkan Yaya rasa bosan, dan kadang2 dia menangis. Kalau Aqil ada di rumah takpa la, ada kawan nak main2. Satu lagi Yaya dah tak menyusu, jadi dia takde aktiviti nak buat.
Papa pulak memang busy dengan keje2 PhDnya di Uni. Petang baru balik.
Takpa ini pengalaman dan permulaan untuk kami berada di negara orang. Moga2 kami dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini dan bahagia sentiasa.

01 May 2010
Hari pertama di Adelaide
Sampai je di rumah abang Nordin, member hubby dah sediakan breakfast untuk kami iaitu nasi goreng dan roti telur. Alhamdulillah aku memang lapar sebab dalam penerbangan aku tak berselera langsung nak makan. Suasana sunyi aje kawasan rumah kami ni aku tengok... tak nampak orang lalu lalang, kete pun sama dua tiga buah je yang lalu...
Aku dan Aqil mula mengeluh... Aqil cakap "sejuk la mama, Aqil tak tahan la, nak balik Bangi la". Aku cakap "lama2 nanti Aqil biase la". Sebenarnya aku pun tak tahan jugak... he3...
Malam kami kuar beli makanan & stokin di IAG...
Suasana memang berbeza dengan negara kite... sini sejuk, sunyi dan aman je. Rasa sayu pun yer jugak... rindukan Malaysia. Semoga kami semua dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini. Semoga kehidupan kami berjalan lancar, dijauhi dari masalah dan selamat di mana jua kami berada.

Kehidupan baru di Perantauan
Bermula la kehidupan baru kami di Adelaide. Semoga kami sekeluarga dapat membiasekan diri duduk di negara orang dan semoga Tuhan permudahkan segala urusan kami di sini.
Alhamdulillah selamat sampai di Adelaide
Alhamdulillah kami selamat sampai di airport Adelaide jam 6.15 waktu Adelaide. Keluar aje dari airport tu udara rasa segar dan sejuk je (macam dok dalam aircord). Matahari ada tapi bila angin bertiup, sejuk je rasa. Aku mula bayangkan kalau kat Bangi macam mana. Aku dan Aqil macam tak tahan sejuk... Yaya ok je.
Mendengar aje ketua pramugara cakap kapalterbang nak landing... aku rasa suka sangat sebab tak tahan sejukkk... dan pening kepala. Alhamdullilah kami selamat sampai airport... kami kena melalui pemeriksaan kastam... nasib baik ok je. Lepas tu pemeriksaan barang2 pulak... semua berjalan lancar kecuali mushroom soup je tak boleh bawak masuk.
Kawan hubby datang jemput kami di airport. Timbul pulak satu masalah kerana peraturan kat Adelaide kanak2 hingga umur 5/6 tahun kena duduk dalam car seat, kalau tak duduk kena saman nanti. Yaya pulak tak biase duduk, siap menangis2 lagi. Kami kena biasekan dengan semua peraturan dan suasana kat sini. Mula2 biase la... perkara baru memang kami rasa pelik, harap2 kami akan biasekan diri dengan kehidupan di tempat orang ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)