Showing posts with label Jalan2 cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 cari makan. Show all posts

16 April 2010

Yati Ayam Percik atau Ayam Penyet?










Malam ni kami tak tahu lagi sama ada nak makan di Yati Ayam Percik atau Ayam Penyet. Lepas berbincang Aqil cadangkan makan di Ayam Penyet di Seksyen 7 BBB. Kami order nasi putih, ayam penyet dan pucuk ubi masak lemak cili api... mak oooiii... pedas betul masak lemak tu, berair hidung kami nak habiskan makanan2 tu. Aqil su sik... su sik... tak tahan pedas. Lepas habis makan hubby dan Aqil cakap makanannya boleh tahan tapi pedas sangat. Aqil bagi satu bintang je... dan cakap "kalau tahu macam ni lebih baik makan di Yati Ayam Percik". Takpa at least dah cuba, baru la tahu. Hubby dan Aqil dah serik dan tak nak makan kat Ayam Penyet lagiii...

Yaya bengang dengan mamak2 kat restoran tu...

Dalam pukul 11 lebih malam tadi kami keluar makan roti canai di Seksyen 15. Tiba2 aje Aqil kata dia lapar dan nak makan roti canai dengan teh tarik. Masa makan kat restoran mamak tu, ramai betul orang dan kebanyakannya remaja atau pelajar IPT kot kalau tengok dari segi gaya. Mamak2 kat kedai tu asyik tengok Yaya dan senyum pada Yaya. Ada la 5-6 orang mamak yang lalu kat meja kami minum cubit pipi Yaya... mula2 Yaya ok tetapi lama-kelamaan Yaya takut dan rimas, Yaya mula ajak balik. Aku pun naik geram jugak... nak makan pun tak senang, hubby siap cakap pada mamak2 tu "jangan tengok anak saya, dia takutttt...". Paham2 aje la muka2 mamak macam mana, itu la menyebabkan Yaya rasa takut... kalau handsome takpa la... bukan nak hina, tetapi budak2 pun tahu nilai. Aku terpaksa makan cepat2, rasa nak tercekik dibuatnya. Lain kali tak boleh makan dah dekat kedai ni.

09 April 2010

D'One Steak

Selepas ambil Aqil di sekolah kami pergi makan D'One Steak... punya la lama nak sampai makanan yang di order, lebih kurang 40 minit. Sebelum2 ni kami selalu makan western food di A'Famosa House tetapi sekarang restoran tu dah tutup. Jadi kami cuba la makan di sini. Kalau nak dibandingkan, western food di A'Famosa House lebih sedap walaupun harganya lebih mahal. Aku order air asam boi tetapi tak boleh lawan air asam boi yang dijual di pasar tani depan MOF yang jauh lebih sedap.










25 March 2010

Roti canai telor satu...






Lepas ambik aku di ofis dan ambik Aqil di sekolah kami ke Kedai Mamak di Seksyen 15 BBB. Biase la kedai mamak mesti makan roti canai laaa...

22 March 2010

Breakfast @Old Town White Coffee








Pagi semalam aku, hubby dan Yaya breakfast di Old Town White Coffee. Aqil tak ikut sebab nak tengok bola sepak di rumah bersama sepupu hubby. Sebelum tu kami ke kedai mamak beli roti canai untuk Aqil dan ke pasar tani. Dah lama nak makan situ tapi tak jadi2, semalam hubby ajak, aku ok aje. Ingatkan makanan situ mahal, rupa2nya biase2 aje. Boleh dikatakan makanan dan minuman situ "makanan mampu bayar". Kami makan nasi lemak special, sedap jugak. Ais lemon tea tak sedap sebab kelat, boleh menyebabkan orang sembelit. Yaya suka makan ayam goreng. Yaya cakap "ayam KFC". Ok la, lain kali boleh datang lagiii...

06 October 2009

Jalan2 cari makan




Semenjak hubby balik ni selalu je kami keluar makan. Plan nak masak untuk hubby tapi bila? sebabnya aku nak masak je... Yaya mesti nak kacau... "mama nak tengok", "mama nak dukung", bukak peti nak itu ini dan macam2 lagi. Siap tarik kerusi dan berdiri atas tu nak tengok... dah la nak tengok dekat2, aku takut terpercik minyak panas dan terbalik kerusi tu sebab dia tak dok diam. Time hubby takde lagi la, seingat aku sekali je aku masak, itu pun sebab aku jemput famili adik aku berbuka puasa kat rumah.

Sejak hubby balik ni aku tak pernah masak lagi. Tengok la untuk raya 6 ni aku plan nak masak nasi himpit, rendang dan puding caramel. Untuk hujung minggu ni aku plan nak masak nasi kerabu, sup tulang dll. Menjadi ke tak menjadi tunggguuu... mintak2 menjadi la, aku pun dah lama tak makan hasil tangan sendiri niii...