Showing posts with label Makan2 di park. Show all posts
Showing posts with label Makan2 di park. Show all posts

21 May 2011

Hepi besday Najla and Fahmi

Hari ni kami ke majlis besday anak Kak Shidah iaitu Najla dan Fahmi. Majlis diadakan di Thorndon Park. Senang buat di park boleh jemput ramai orang dan tak payah susah2 nak mengemas. Majlis dimulakan dengan bacaan doa.

Antara makanan yang ada... yang paling best dodol dari Melaka, ada dodol biase dan dodol durian. Kalau kat Malaysia aku tak pandang pun dodol ni... tapi kat sini rasa sedap sangat maybe sebab lama tak makan and takde dijual di sini. Memang rezeki Amalia sebab sehari dua sebelum ni Amalia suruh aku buat dodol... gara2 Amalia tengok cite upin ipin masak dodol, Alhamdulillah... dah jangan mintak2 lagi mama buat dodol, bukan senang rasanya nak buat dodol ni.

Hidangan utama chicken BBQ... memang best kalau buat BBQ di park macam ni...

Masih ramai yang belum datang... sapa2 yang datang awal terpaksa la makan dulu yer, perut memang lapar sebab tak breakfast lagi. Sebelum ke sini kami mengarage dulu... hehehe... itu aktiviti wajib, tak sah kalau tak pergi. Therapy untuk aku kat sini...

Berselera nampak... ye la cuaca sejuk2 dapat makan pulak BBQ chicken memang best.

Antara tetamu yang hadir... famili aku and Surah antara famili terawal yang datang.

Acara memotong kek...

Hepi besday Najla and Fahmi...

Terima kasih Kak Shidah and Haji Arif di atas jemputan ini.

Present from Aqil dan Amalia... good luck Najla and Fahmi, semoga panjang umur dan murah rezeki.

08 May 2011

Breakfast di park



Dah lama rasanya tak makan2 di park macam ni... maklum lah masing2 busy kot. Kali ni Kak Shidah ajak kami yang dekat2 makan di Thondorn Park. Rasanya Kak Shidah jemput semua member2 yang terdekat tapi yang hadir cuma famili aku dan famili Surah je. Masing2 ada hal kot... ada yang ke Sunday Market dan ada jugak yang tak dapat dikesan, orang sms senyap je hubby cakap... at least jawab la sepatah hang nak datang ke tidak. Takpa la nak buat macam mana dah dia orang tak dapat datang.

Banyak betul makanan Kak Shidah bawak ada donut, makaroni bakar, keropok, roti dan air. Surah bawak bihun goreng Singapore. Aku bawak kuih warna-warni ni (apam mekar) dan sandwich je... Makanan banyak berlebihan kami siap tukar2 bawak balik...





Ada 3 famili ni pun dah meriah sakan, anak2 hepi dapat main macam2.

Masa kami datang cuma ada satu famili mat salleh aje yang ada. Dalam pukul 10 ramai dah mula datang... masing2 dengan peralatan dan makanan untuk berpiknik. Aku perhatikan ramai yang datang ke park kali ini sebab nak celebrate Mothers Day... siap bawak bunga lagi. Dia orang memang kalau berpiknik... piknik betul2 dan beria siap bawak kerusi, meja, alat BBQ, makanan tu tak payah cakap la memang berbekas2... yang paling best meja tu dihias cantik je... macam di rumah. Comey je nampak...

Kami makan2 sampai pukul 11.30 pagi je sebab masing2 ada hal pulak lepas ni... lagi satu cuaca dah mula sejuk sekarang... dah macam nak winter huhuuuu... Kalau winter nanti takde la nak buat makan2 di park macam ni... sejukkkkkkkk...

02 January 2011

Pembukaan makan2 di park awal tahun 2011

Aktiviti keluarga dihujung minggu kat sini biasenya kami ke park je, selain daripada berjalan2 ke tempat2 menarik di sini. Untuk pembukaan tahun 2011 ni kami semua mengadakan jamuan secara portluck di Thorndon Park. Kali ni Gina sebagai penganjur majlis... Rupa2nya ramai yang tak pernah datang ke park ni. Bagus jugak at least semua dah tahu ada park yang lebih menarik dan selesa daripada park2 lain yang pernah kami adakan makan2 atau jamuan MYPSA. Majlis kali ni diadakan untuk meraikan Ayu Man yang akan back for good pada 8 Jan ni.

Masing2 bawak makanan ada nasi lemak, bihun goreng, kuih ketayap, roti john, kuih, kek dan macam2 lagi... masih ada yang tak sampai lagi masa ni. Aku hanya buat apam balik je. Ramai yang kata park ni best... jadi lepas ni boleh la kite selalu berjumpa dan berpicnic kat sini. Lagi best kalau kite dapat buat BBQ macam mat2 salleh kat sini... memang beria sungguh mereka, siap dengan kerusi meja di bawaknya. Sekali angin bawak bau makanan BBQ mereka terasa terliur dibuatnya. Takpa Gina next time kite buat BBQ pulak...

Dari semalam lagi aku pesan kepada Yaya berkali2 supaya makan dulu sebelum main, kalau tidak nanti perut masuk angin dan sakit pulak macam sebelum ni. Pada mulanya Yaya taknak tetapi lepas aku cakap nak balik baru la Yaya nak makan dulu sebelum bermain. Ramai dok kata Yaya dah kurus compare masa awal2 sampai Adelaide. Memang la aku sendiri pun rasa kesian pada Yaya sejak datang sini jadi kurus disebabkan taknak minum susu sini. Nak kata tak makan Yaya makan banyak jugak kadang2 tu dan aku pun selalu ikut kehendak Yaya nak makan apa. Nampak sangat Yaya debab dulu disebabkan susu formula. Minggu depan kami akan balik Malaysia. Aku tanya Yaya "balik Bangi nak hisap susu tak?" Yaya cakap dia nak. Harap2 Yaya minum susu semula.

Hubby berselera nampak makan nasi lemak Kak Ina... mesti sedap tu.

Aqil macam biase la kalau ke park tak sah kalau tak main bola sepak, tambah2 kalau ada bestfriendnya Danish yang sama2 peminat setia bola sepak. Hepi sekali-sekala dapat jumpa.

Perut dah kenyang baru la boleh main!

Anak2 pun hepi sekali-sekala dapat berjumpa dengan kawan masing2. Macam gaya mesyuarat meja bulat je ni... entah apa yang dibualkan.

Kaum2 ibu ni lagi la, tak payah cakap la... seronok betul sekali-sekala dapat berjumpa. Banyak topik yang nak dibualkan. Kalau duduk seharian di park ni pun takpa. Macam2 cite yang nak dibualkan.

Salah satu topik kaum ibu ialah berkongsi resepi. Time ni masing2 khusyuk dok mendengar Kak Ina beritahu cara2 nak buat tepung KFC and apple pie... Sapa2 yang pandai memasak tu boleh la share2 resepi yer.

Kaum ibu berposing... sebelah aku tu la Ayu Man yang akan pulang ke Malaysia pada 8 Jan ni sebab hubbynya dah nak tamat belajar. Selamat pulang Ayu kite jumpa di Kuala Trengganu pulak yer... Sebelum tu Hepi Besday untuk Ayu semalam 1.1.2011 dan tak lupa jugak untuk Kak Liza yang besdaynya pada hari ni 2.1.2011... semoga kalian berdua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Permulaan tahun 2011 yang baik... harap2 lepas ni banyak lagi majlis makan2 macam ni di adakan antara kite, at least terubat sikit rasa kesunyian dan kebosanan duduk kat rumah.

28 November 2010

Jamuan nasi kerabu di Adelaide

Dah lama hajat kami nak jemput kawan2 terdekat untuk makan nasi kerabu. Hari ni baru terlaksana... bukannya apa nak buat kadang2 bahan tak cukup... tu yang asyik tertangguh jeee... nasi kerabu ni bahannya banyak jugak, so nak buat kena semua bahan ada baru la sedap. Ini pun takde keropok keping, ikan celup tepung dan telur asin... kalau ada lebih nyakuk ore kelate cakap, maknanya lebih sedap la... takpa la dok negara orang ni kalau nak complete susah la... ini pun kira ok la ada daun kesom, budu, lada untuk buat solok dan lain2... tetap terasa nasi kerabunya.

Dah siap... ready untuk ke park... aku goreng ayam je... kalau daging bakar atau ayam percik lagi sedap... nak cepat so buat goreng ayam je la...

Kalau ikutkan nasi kerabu kelantan warna biru... tapi sini takde bungannya so aku buat la warna kuning... memang masa dok bangi pun aku suka buat warna kuning je. Masa masak tu letak serbuk kunyit sikit dan daun pandan supaya nasi wangi.

Sampai je di park Aqil dan Yaya terus nak main... tak sabar2 lagi... kami plan buat di park supaya anak2 senang nak main sesama mereka dan kaum ibu apa pulak boleh berborak sesama mereka... senang kalau buat di rumah... sempit dan satu lagi anak2 cepat bosan, so tak boleh borak panjang. Pada awalnya cuaca macam nak hujan tapi lepas tu ok pulak... tapi angin la pulak sejuk betul hari ni... menggigil jugak dibuatnya.

Aqil biase la kalau jumpa Danish mesti nak main soccer... main berjam2 pun takpa...

Masa ni ramai lagi yang tak datang... so mana yang sampai awal tu boleh la menjamu selera dulu... masing2 bawak makanan pulak, so boleh la makan makanan lain selain dari nasi kerabu. Thanks Gina yang bawa air dan sanwich, Syura bawa pancake... yang lain2 tentu bawak makanan jugak... Thanks jugak kepada Gina dan Khairezan sebab tolong ambik dan tumpangkan separuh daripada makanan ni.... maklum la kete kami bonet belakang tak boleh bukak. Entah bila la bonet tu nak ok... kadang2 geram jugak...

Tu dia budu pun ada... tak pasti sini ada ke tak jual budu. Budu ni abang Din punya (tuan rumah kami sebelum ni...) dah lama tak terusik dok dalam almari. Hari ni baru terusik sebab nak makan dengan nasi kerabu. Kalau ikut kami takde budu pun takpa. Tapi benda dah ada bawak je la.

Hubby dah tak sabar nak makan nampaknya... memang hubby dah lama suruh buat nasi kerabu sebab dia pun teringin nak makan. So hari ni dapat la makan puas2 dengan kengkawan yer...

Masa hubby nak start makan dia terasa kekurangan sesuatu... rupa2nya tumis terlupa bawak. Cepat2 hubby balik ambik... mujur la rumah dekat, kalau tidak makan tanpa tumis la, tapi kalau makan tanpa tumis pun takpa tapi dah biase makan dengan tumis tak sedap la pulak kalau takde. Aku terlupa sebab tadi macam tak confirm nak makan di park atau rumah sebab cuaca kejap ok kejap tak... tu yang tertinggal tu. sabar yer Shibi and Syura... makan slow2 tunggu tumis sampai dulu...

Aqil dan Danish nak makan dulu... lepas ni continue balik main yer... makan kenyang2 yer... susah tau nak buat nasi kerabu ni... Aqil pun memang suka makan nasi kerabu.

Yaya pun nak makan sama... kesian Yaya kesejukan masa ni, aku tengok dari jauh Yaya siap menggigil... harap2 jangan demam la. Khairezan dok melayan budak2 ni... mana bapak2 yang lain... mesti syok dok menjamu selera...

Kak Ina & Kak Liza, Haiza & Azidi thanks kerana sudi datang dan bawa makanan...

Thanks Kak Shida dan famili... Haji Arif takde la pulak yer kali ni, takpa lain kali kalau ada rezeki boleh buat makan2 lagi.

Makan puas2 yer semua...

Banyak la pulak makanan nak makanan apa yer???

Rasa serba sikit...

Masing2 bawak makanan... banyak la pulak jadinya makanan hari ni... memang kat sini kalau ada je sesapa jemput makan mesti tetamu akan bawa makanan, potluck memang menjadi kewajipan kat sini. Awal2 dulu aku tak tahu... sekarang baru aku faham adat kat sini. Tak kisah la bawa apa saje asalkan bawa sesuatu... makanan atau minuman tak kisah. Tu yang menyebabkan makanan banyak, kadang2 tak termakan dibuatnya...

Thanks jugak kepada Ayu & Man kerana sudi datang. Ayu dan Gina ni berjiran... Januari ni Ayu & famili dah nak balik terus ke Malaysia. Mereka akan balik Trengganu. Agak2nya ni jamuan terakhir Ayu bersama kami kot. Takpa la nanti di Malaysia kite boleh jumpa lagi. Kite jumpa di tepi pantai Ganu pulak... borak2 sambil makan kepok lekor... ooohhhhhh... sedapnyaaa... Gina pulak akan dapat jiran baru Januari ni... harap2 jiran baru ni pun spoting macam Ayu and Man la yer...?

Sambil makan sambil berborak... best jugak sekali-sekala berjumpa macam ni. Banyak topik nak dibualkan... topik GS tidak ketinggalan. Time berjumpa macam ni la kami dapat kongsi2 cerite dan tahu hal masing2. Kalau tidak payah nak berjumpa, masing2 busy dengan aktiviti masing2. Terima kasih kepada yang sudi datang. Najwa & famili je tak dapat datang sebab ada hal. Harap2 semua berpuashati dapat makan nasi kerabu yang aku buat, kalau tak sedap tu sory la yer... InsyaAllah kalau ada rezeki boleh buat makan2 macam ni lagi.