Showing posts with label My Besday. Show all posts
Showing posts with label My Besday. Show all posts

04 January 2012

Terima kasih semua

Terima kasih yang tak terhingga Zie ucapkan kepada semua yang telah memberikan ucapan sempena ulangtahun kelahiran Zie dan mendoakan kebahagiaan Zie dan keluarga. Semoga doa2 kalian dimakbulkan olehNya. Zie juga mendoakan kalian semua mendapat rahmat dariNya.



Thanks abang, Aqil dan Amalia...


Sempena besday Zie kali ni macam biase hubby dan anak2 akan buat surprise... mereka bagi kad besday dan hadiah2. Terima kasih sebab mengingati hari kelahiran mama ni. Padahal Zie dah pesan pada hubby tak payah bagi apa2 dah sebab masa boxing day hari tu dah banyak barang Zie dapat.

Untuk besday kali ni ingatkan malas dah nak buat kek memandangkan cuaca panas nak dok dapur pun rasa malas. Tetapi memandangkan Amalia beria sangat... bangun pagi terus tanya 'mana kek besday mama?'. Jadi sesuai dengan cuaca panas ni Zie just buat kek ais krim aje... buat simple2 aje supaya Amalia hepi. Tengok kek tu cepat aje cairnya sebab cuaca panas.

Tengok tu Amalia... tak dapat tiup lilin atas kek, tiup macam tu aje pun ok... memang suka betul dia...

Alhamdulillah syukur pada Tuhan kerana izinkan Zie menikmati kehidupan di muka bumiNya ini... semoga Tuhan kurniakan kesihatan yang baik pada Zie, murahkan rezeki, panjangkan umur dan bahagia selalu disamping insan2 yang Zie sayang.

Syukur padaNya

Hari ini 4 Jan bersamaan dengan 10 Safar 1433 Hijriah, umurku bertambah lagi, Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana mengizinkan aku untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumiNya ini.

(ma bersama arwah abah... Al-Fatihah untuk arwah abah)

(satu2nya gambar Zie masa baby)

Terima kasih ma dan arwah abah
Lahirkanku ke dunia
Ku disambut penuh syukur
Bisikan azan ke telinga
Hikamah kalimah nan luhur

(Masa konvo master 2002)

Lahirku ke dunia
Ku diasuh mengenal Allah
Ku diajar sebut namaNya
Juga Nabi Rasul mulia
Salam sayang ma dan arwah abah
Mendidikku tak pernah jemu


(Masa zaman muda-mudi, masa ni tengah buat degree di UKM)

Tiada yang lebih bernilai
Dari pengorbanan yang suci itu
Tak berdaya aku membalasnya
Moga ku jadi anak yang bertakwa
Jasamu akan ku kenang selamanya
Hidup saling berkasih sayang
Membina keluarga bahagia

Pada mu Allah aku berdoa
Pada Mu jua aku meminta
Rahmatilah ma dan arwah abah tercinta
Ampunilah dosa- dosa mereka
Panjang umur dan murahkan rezeki ma
Moga berbahagia di dunia
Di akhirat beroleh syurga

(Hari persandingan Zie dan hubby... bagai pinang dibelah 2 tak?)

Halalkan lah makan minumku
Maafkanlah salah silapku
Tanpa maaf dan juga restu
Hidupku jadi tak menentu

Daku mengharap redha mu ma dan arwah abah
Hanya itulah yang ku pintu
Agar hidupku lebih bermakna

(Bersama suami dan anak2 tercinta)

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Berikan lah hambaMu ini iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan bersama keluarga tercinta dan hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.


06 January 2011

Alhamdulillah dapat lagi...


Lepas besday pun dapat hadiah lagi dari hubby... sukanya, kali ni Corelle bakeware pulak, 4 biji. Alhamdulillah rezeki.

04 January 2011

Surprise besday dari hubby...

Hari ni besday aku... hubby nak ke Uni. sebab dah lama bercuti dan tak buat keje2 PhDnya. Aku dan anak2 dok rumah je la macam biase dok layan FB. Masa chat dengan hubby, dia cakap nak balik awal sebab nak bersama aku (dok rumah la... jangan ingat lain pulak yer) sempena besday aku ni. Aku tak cakap apa pun. Balik je la boleh layan anak2 sama.

Lebih kurang pukul 1 lebih hubby dah terpacak depan pintu dan terus panggil aku sambil menunjukkan bag plastik pada aku. Ingatkan apa... aku ingat barang dapur yang dibeli di wolis. Rupa2nya kek besday untuk aku. Laaa... ada jugak kek besday tahun ni, ingatkan takde.

Lepas letak bag dalam bilik, hubby keluar dan bagi pulak coklat dan kad sambil ucapkan "Happy Besday" dan cium pipiku. Terharu dan happy sangat. Terima kasih abang.


"Happy besday to you... happy besday to you... happy besday to mamaaa..." Malam tadi hubby tiba2 sedar jam 12 lebih dan nyanyikan lagu ni untuk aku... ingatkan itu aje, rupa2nya ada surprise untuk aku hari ni.

Semuanya makanan feveret aku... chesscake dan coklat.

Isi kad ni paling bermakna bagi aku.

"Hepi besday mama", thanks Aqil and Yaya. Cayang anak2 mama. Kite share kegembiraan ni bersama. Thanks to papa sebab membuatkan kite sentiasa hepi dan bahagia.

Terima kasih abang sebab membuatkan hari jadi Zie amat bermakna.

Aqil nak tahu apa yang papa ucapkan pada mama... jadi papa kena la bacakan untuk semua. Terlupa pulak nak rakam kalau tidak boleh tunjuk pada anak cucu suatu hari nanti.

Yaya tak sabar2 nak potong kek... memang suka betul dia bila nampak hubby bawa balik kek ni.

Time to eat... yummy...

Thanks for everything... cayang abang. Boleh dikatakan tiap2 tahun macam ni. Tapi besday abang takde pulak apa2 surprise dari Zie... bukan apa abang yang taknak... pernah sekali aku beli baju kemeja kononnya nak buat surprise, tengok2 hubby tak berkenan sebab design baju tu menyebabkan hubby nampak makin boroi (masa di Malaysia perut hubbyku agak maju ke depan... hehehe... jangan marah ye abang). Dah la masa nak beli baju tu bukan main lama aku memilih sambil mendukung Aqil dan aku pregnant pulak tu... letih tau nak pilih yang betul2 ok. Tengok2 tuan punya diri tak berkenan... tak ke frust kawan masa tu. Jadi baju tu terpaksa bagi pada adik aku. Sejak dari tu aku malas nak buat surprise2 dah dan hubby cakap kalau nak beli apa2 untuk dia bawak dia sekali. Kalau macam tu bukan surprise namanya .

InsyaAllah kalau ada rezeki Zie belikan abang sesuatu untuk besday tahun ni... ye ke?. Tengok2 sebaliknya... biasenya di Malaysia masa besday sapa2 pun kami akan raikan dengan pergi makan2 di tempat2 yang special. Kat sini susah la... kedai halal semuanya jauh2 dari rumah kami. Pernah jugak masa besday hubby, aku pulak yang dapat hadiah. Ok tak macam tu... mesti la ok, sapa taknak hadiah kan... Tapi peliknya besday orang lain, orang lain pulak dapat hadiah, hehehe... takpa la yang penting semua hepi dan keluarga kami sentiasa bahagia. Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kami. Amin.

Hari lahirku...

Happy birthday to NOR AZITA GHANI and NOR AZILA GHANI.

03 January 2011

Dapat lagi...

Alhamdulillah hubby bagi hadiah besday lagi. Semuanya barang dapur... aku memang suka sangat. Terima kasih abang. Rasanya tak guna kat sini, sayang la nak guna.




29 December 2010

Belum tiba masanya tapi dah dapat...

Semalam The Good Guys tutup, jadi pagi ni kami datang lagi. Kami tengok harga barang tak banyak beza dengan harga sebelum krismas. Ada sesetengah barang je yang murah. Tapi bagi kami mahal jugak sebab AUD.



Kami antara orang paling awal berkunjung ke kedai ni...







Di atas ni antara barang2 yang bakal aku beli suatu hari nanti, InsyaAllah kalau ada rezeki. Kami kena sentiasa alert dan tengok time betul2 sale baru kami akan angkut barang2 ni.

Cantik betul design sink ni... bestnya kalau dapat buat sink macam ni di rumah kami di Bangi Perdana nanti.

Dapur elektrik ni pun menarik perhatian aku, siap cakap pada hubby "Zie rasa nak beli la dapur ni nak bawak balik Bangi". Hubby cakap tengok la macam mana sebab dapur ini kebanyakannya guna elektrik, nanti melambung pulak bil elektriknya. Bukan apa aku plan nak beli dapur macam ni sebab sayang takut rosak set TEFAL aku. Biasenya bontot kuali akan berkerak kalau lama2 kite guna so nak elakkannya kena la guna dapur macam ni la kot. Ada sapa2 tahu tak petua supaya bontot kuali/frypan tak hitam atau berkerak... boleh la share?. Kalau ikut orang dulu2 sapu minyak masak sebelum kite menggunakan kuali yang baru beli. Entah ye ke tak tak tahu la sebab tak pernah cuba. Bukan apa sayang... benda mahal dan susah nak dapat kena la jaga elok2. Sebab lepas ni sure tak beli dah. Tambah2 di Malaysia brand TEFAL memang mahal. Bagi orang yang mampu ok la.

Lain yang nak tengok, lain pulak yang terbeli...

Hubby belikan kamera Sony ni untuk aku sebagai hadiah besday. Ada hadiah lagi? walaupun besday aku minggu depan dah 2 benda aku dapat. Terima kasih daun keladi buat hubbyku. Bukan apa sebabnya kamera lama dah tak berapa elok. Kadang2 ok kadang2 tak. Risau jugak kalau rosak nanti... Sebelum balik Malaysia kami akan ke Melbourne, kalau takde kamera nanti tak boleh la nak ambik gambar sebagai kenangan kat sana. Nak pergi sana lagi tak tahu bila masa pulak.

Kalau ikut hati nak kamera DSLR ni tapi tunggu la... kat sini mahal harganya kalau compare di Malaysia. Tengok la balik Malaysia ni kalau ada duit lebih teringin jugak nak beli kamera ni sebijik. DSLR yang latest D7000, mesti mahal. Kalau dapat yang D90 pun dah kira ok.

Kamera Sony je la hasil tangkapan kami di sini. Lepas ni nak ke Central Market pulak.

05 January 2010

Surprise dari hubby sempena besday aku... Terima kasih abang.




4 Januari merupakan hari lahir aku yang ke "36 tahun". Semalam di ofis aku dapat kejutan dari hubby. Hubby telah menempah sejambak bunga rose merah (12 kuntum), kek dari Secret Recipe, (SR) 12 biji Big Apple dan 12 biji coklat Ferrero Rochel... semuanya kegemaran aku dan anak2. Hubby telah berpakat dengan Ain (teman sebilik di ofis aku). Mula2 sampai sejambak bunga rose, duduk tak lama kemudian sampai kek (Chesse Choz) manager SR datang hantar sendiri pada aku. Kemudian Big Apple dan Ferrero Rochel. Aku memang terkejut tak sangka hubby buat semua ni, member2 di ofis pun tak sangka hubby aku romatik macam tu sekali. Terima kasih pada abang. Zie dan anak2 happy sangat.

04 January 2010

Besday aku yang ke "36"



Ucapan Besday dari my hubby
"Sayang hepi besday yg ke 36. Semoga Allah panjangkan usia, murahkan rezeki, sihat dan bahagia di samping abang dan anak2. Hepi besday. miss n luv you very much" papa @ Adelaide.

31 December 2009

TQ Aqil sebab bagi besday card yang dibuat sendiri




Ni la kad yang Aqil buat sendiri... cantik dan bermakna sangat bagi mama... I love you

Petang semalam balik dari keje, tak sempat aku keluar dari kete lagi Aqil dan Yaya dah tercegat depan pintu. Aqil bagi kad besday yang dibuatnya sendiri. Aku terharu sangat... time kasih Aqil. Mama hargai sangat. Mama cayang anak2 mama.

30 December 2009

Dapat besday card dari hubby




Petang semalam balik dari keje tengok2 dah ada besday card dari hubby... awalnya. Besday aku pada 4 Januari minggu depan. Tapi takpa sebab abang dok jauh terpaksa la abang bagi awal2 takut nanti lewat sampai pulak. TQ abang. Abang cakap hadiah akan menyusul kemudian... agak2nya apa la hadiah aku dapat tahun ni???. Apa2 pun terima kasihhh... sayang.