Showing posts with label Garage Sale. Show all posts
Showing posts with label Garage Sale. Show all posts

05 May 2012

Garage sale lagiii...




Hari ni kami buat garage sale... ini kali ke3 kami buat garage sale semenjak dok sini. Banyak jugak barang2 yang nak dijual. Kawan2 terdekat pun ada tumpang menjual barang2 di garage sale kami. At least clear sikit barang2 kat rumah masing2.

Mana2 barang yang kami rasa tak laku dan takan dibeli kami donate aje pada Salvos. Malas dah nak simpan dalam garage... menyemak aje. Kalau boleh nak clearkan garage tu... nak balik nanti tak payah dah nak pening kepala. Rasanya sebelum balik for good nanti kena buat sekali lagi garage sale... moving garage sale pulak.

05 February 2012

Pinggan idaman...

Ohhhh... tak sangka dalam banyak2 kali ke garage sale hari ni hubby bawak balik pinggan idaman Zie. Apa lagi satu2nya pinggan yang cantik bagi Zie iaitu potmeirion. Dan lama teringin nak guna pinggan ni tetapi belum berkesempatan lagi... InsyaAllah ada rezeki boleh la beli. Rasanya tunggu ada duit tak habis makan baru boleh beli kot... berangan la dulu. Ada 3 biji je pinggan ni di GS orang tu... hubby beli dengan harga 50 sen satu... kenapa lah orang tu takde satu set, tak payah dah Zie nak kena beli yang baru hehehe...

Semoga rezeki Zie melimpah ruah lepas ni... boleh la beli set pinggan ni.

26 December 2011

Garage Sale...

Kalau sebelum2 ni kami selalu ke garage sale (GS) kalau setiap hari Sabtu tapi kali kami pulak yang buat GS. Rasanya banyak sangat barang2 yang tak terguna dan Zie dah taknak guna dalam rumah ni terutamanya barang2 dapur. Memang dah banyak sangat sampai takde tempat nak letak. Selepas shipping hari tu Zie kumpulkan semua barang yang Zie rasa taknak tu di dalam garage untuk dijual di GS ni.

Welcome to our garage sale... ini kali ke2 kami buat GS, maybe kali ke3 dan terakhir akan kami buat sebelum balik next year. Rasanya memang banyak barang2 yang nak kami let go, tambah2 lagi kalau takde orang kite yang nak sewa di rumah kami ni.

Lepas dikumpul semua barang... boleh tahan jugak banyaknya. Itu lah time membeli lupa diri, tengok semua benda rasa nak beli... sekarang entak tak tahu nak letak mana.

Macam2 ada... kadang2 tu terlintas jugak rasa menyesal sebab duit banyak habis membeli di GS. Tapi bila dipikir2kan balik di GS macam2 barang boleh kite jumpa termasuk lah barang2 baru dan best2. Entah lah... rasanya nak stop dulu ke GS sebab kami pun baru lepas shipping. Letih packing hari tu pun tak hilang lagi...

Kami jual murah2 je... Alhamdulillah laku jugak barang2 ni...

Alhamdulillah ini hasil GS hari ni... best jugak sekali-sekala buat GS ni, selain dari dapat duit kite dapat kurangkan barang2 yang ada di dalam rumah. Barang2 yang tak laku kami akan jual masa GS terakhir nanti. Duit ni boleh guna untuk beli corelle baru... acah je baik simpan aje duit ni untuk Aqil dan Amalia beli mainan mereka,

12 November 2011

Kitchen gadget lagi...

Last week masa ke garage sale Zie beli microwave convection oven ni... Zie beli sebabnya kalau ikutkan manualnya macam2 benda kite boleh buat dengan benda alah ni termasuklah masak nasi, bakar ayam/daging/ikan, bakar kek, biskut dan macam2 lagi. Selain fungsinya sebagai microwave ... ia jugak berfungsi sebagai oven. Itu yang Zie suka sebab sudah tentu Zie boleh gunakan oven ni untuk bakar kek dan biskut. Kalau ikutkan Zie tak berapa nak faham lagi nak guna benda alah ni. Tapi just nak try sama ada oven ni berfungsi atau tidak.

Untuk memastikan oven ni ok ke tidak Zie telah merajinkan diri membuat kek span ini. Memandangkan Zie ni malas nak membaca manualnya dan terus je guna oven ni Zie tersilap setkan masanya... dan kejap bukak kejap tutup nak cek kek ni masak ke tidak. Tengok2 kek span Zie ni bahagian tepinya dah masak dan macam dah nak kering, tetapi bahagian tengahnya masih tak masak. Frust jugak rasa... kalau tahu Zie bakar aje dengan oven biase.

Nampak gayanya lepas ni kena study dulu manualnya... dan kalau ada sesiapa yang dah pernah guna oven jenis ni boleh Zie bertanya, lagi senang... ada sapa2 pernah guna tak?

Ini la rupanya kek span hasil pertama dari microwave convection oven ni... masih tak puashati, kena cuba lagi.

26 September 2011

Tercapai jugak hajat

Lain yang dicari lain pulak yang dapat masa pergi GS 2 minggu lepas. Masa mula2 sampai di GS ni kami tengok banyak sangat pakaian baby dan barang2 IKEA. Tak banyak barang yang kami beli sebabnya Zie tak berkenan sangat... kalau orang yang suka barang2 IKEA mesti best ke GS ni. Masa kami sedang tengok2 barang ada satu bakul berisi limau mandarin dan ada note 'take some its free'... sebelum balik kami ambil la sorang sebiji, Amalia dan Aqil try makan... macam manis dan sedap je... Zie beritahu hubby supaya beli aje limau tu sebab Aqil dan Amalia memang suka dan selalu bawak ke sekolah. Tapi tuan GS tu taknak jual, dia cakap ambik je banyak mana yang kite suka, siap suruh kami ambik kat pokok lagi. Memandangkan Aqil dan Amalia suka makan limau ni jadi kami ambik je lah... dah orang nak bagi. Hubby berkeras nak bagi duit tapi dia taknak. Satu lagi nak beli kat kedai memang dah takde jual limau jenis ni...

Satu beg plastik kami bawak balik. Tuan GS tu siap suruh datang lagi sebelum dia berpindah next week. Siap boleh syer dengan kawan2 lagi.

Bila tiba harinya kami datang lagi... kali ni tuan GS ni siap bagi tangga lagi dan suruh ambik banyak2.

Best dapat makan yang fresh2 dari pokok...

Akhirnya tercapai jugak hajat Zie nak petik limau kat sini. Sebelum ni geram je tengok rumah2 orang oz yang ada pokok limau dan lemon. Mereka memang tak makan kot... biar macam tu aje.

Memang lebat dan menjadi sangat pokok limau berbuah kat sini.

4 bag kami ambik... ini pun ambik setakat yang boleh je... kalau ikutkan tuan rumah ni suruh ambik lagi, tapi kami segan lah nak ambik banyak2 sangat. Terima kasih kepada tuan limau ni sebab bagi kami buah limau yang banyak ni... siap boleh bahagi2 dengan kengkawan terdekat lagi. Kiranya ini satu pengalaman indah jugak ni, susah nak dapat...

23 July 2011

Niat dihati tak nak pergi dah tapiiiiiiiiiiiiiii...

Macam mana ni kononnya taknak pergi dah ke garage sale (GS) tapi tak berjaya jugak. Memang taknak pergi pun tapi dah on the way ke K-Mart tadi terpandang pula sign board GARAGE SALE... akhirnya mengungat imanku. So kena la hubby berhentikan keretanya supaya si isteri dapat turun mengarage hehehe... Kononnya taknak ke GS sebab nak beli barang2 baru tapi tak berjaya jugak. Rancangnya mulai bulan ni nak mula kumpul barang2 baru sebab next year kami dah nak balik Malaysia... tapi takpa la beli barang elok di GS dan dalam masa yang sama dapat jugak barang baru lagi la bestkan? hehehe... minggu ni dah dapat 3 barang idaman Alhamdulillah. Tak sabar nak tunggu next week/month...

Mulai sekarang Zie bertekad (amboi bertekad tuuuu... memang bersungguh benar, harap2 ye la) kalau ke GS taknak beli barang2 mengarut tapi nak beli barang2 yang berfaedah (berfaedah bagi Zie la hehehe...). Tak macam awal2 dulu banyak jugak beli barang yang mengarut (ye la awal2 dulu tak tahu apa yang orang beli/cari di GS). Bagi sesetengah orang maybe GS ni tak best tapi bagi Zie best tambah2 kalau dapat barang2 yang elok dan ada kegunaannya. Rasanya banyak barang2 GS yang elok dan menjadi rebutan bagi orang yang suka ke GS di sini yang Zie dah dapat (nanti suatu hari Zie cite yer yang lain2). Tapi ada lagi yang belum dapat...

Zie suka GS tambah2 kalau dapat hasil yang lumayan... lumayan bagi Zie, maybe bagi orang lain tidak. Kali ni Zie dapat Noritake Dinnerset for 4 person made in Japan masih nampak baru lagi. Harganya just $40... lepas bargain2 dapat la $35. Kalau nak beli baru memang mahal set Noritake ni, beratus harganya malah ada yang sampai beribu. Sebelum ni pun dah pernah beli set Noritake tapi dah jual pada member sebab dia berkenan sangat. Walaupun dah jumpa di GS yang baru Zie berangan nak beli jugak... tengok la kalau ada rezeki. At least 4 atau 6 set... mak aiii... banyak betul, nak buat apa banyak2, setakat nak buat perhiasan je takde faedah tapi kalau nak tukar2 guna ok la, macam mana Mr. Azul ok tak?.


Nak buat macam mana sejak datang sini hobi Zie ialah kumpul barang dapur termasuk pinggan-mangkuk yang comey2. Tapi jangan pulak nanti orang masuk rumah Zie di Malaysia ada pulak yang bertanya 'ni rumah orang ke atau kedai jual pinggan?' hahaha... Ikut la apa orang nak kata yang penting Zie hepi hehehe... hobi masing2, kiranya hobi aku ni hobi murahan je... tak macam sesetengah orang lagi hebat hobi2 mereka.

23 April 2011

GS paling tak best!

Banyak2 Garage Sale hari ni paling tak best... sebabnya tak banyak ada GS dan yang ada pun barang2nya tak menarik. Maybe mat2 salleh malas buat GS sebab bercuti sempena Easter Day. Kali ni Yaya dapat barang2 best.

Yaya dapat Barbie trolley luggage bag ni... $10 je masih elok dan nampak baru. Kalau brand new memang mahal.

Satu lagi Barbie make-up case ni... memang baru sangat. Nampak je terus Yaya nak... harganya $6. Kalau kat kedai mesti mahal jugak ni.

Aqil dapat mainan2 ni... comey2 jugak, aku pun berkenan.

Aku dapat ni je hari ni... tak pernah2 aku dapat hanya satu barang. Kalau sebelum2 ni banyak barang aku selalu dapat dan semuanya best2 dan menarik. Takpa la nak buat macam mana rezeki aku dapat set arcopal je hari ni. Kebanyakan barang2 yang aku beli di GS semuanya menarik dan elok2.... Tapi aku malas nak upload pic dalam blog ni nanti takde cerite lain pulak... penuh dengan hasil GS je...

Kalau nak cerite pasal GS ni memang best, terutamanya kalau kite dapat barang2 best dan harganya pulak murah. GS ni memang berhantu, kalau kite ke GS dan dapat barang menarik membuatkan kite makin syok dan excited nak ke GS. Awal2 dulu kalau ke GS aku selalu beli macam2 jenis barang yang aku rasa aku suka, macam tak berfaedah dan boleh menyemakkan rumah. Tapi lama2 baru aku tahu apa yang aku nak dan barang yang aku beli mesti sesuatu yang menarik, susah nak dapat (sesetengah barang, terutama barang2 hiasan), ada brand, berharga dan yang paling penting barang2 tu aku suka dan boleh digunakan atau ada faedah.

GS ni bergantung kepada rezeki jugak... kalau ok, hasilnya lumayan. Tapi aku tak lah ke GS semata2 nak cari sesuatu. GS salah satu aktiviti orang2 kat sini termasuk lah orang2 kite. Aku ke GS sebab nak isi masa di hujung minggu dan sambil2 tu kalau ada barang berkenan beli, kalau takde tak payah (tapi jarang tak beli sebab jumpa barang best mesti la beli kan...). GS ni menyebabkan orang ketagih... aku biase2 je, ada lagi orang yang lebih advance dalam aktiviti menggarage ni... dah hasil2nya lumayan. Dengar cite awal2 pagi dah kuar rumah untuk ke GS. Aku takde la beria sangat...

07 November 2010

Queen Victoria made in England

Hasil garage sale hari ni... Queen Victoria made in England. Masih baru lagi...memang berbaloi, berkilat2 lagi dan memang tak pernah digunakan. Tuannya beritahu, kami beruntung sebab dapat harga murah kerana sebelum ni dia dah jual satu set sebijik macam ni harganya $400.00. Dia jual murah pada kami sebab nak clearkan semua barang yang dia tak nak...

Brand new, cantik dan mengerlip lagi... hubby suka buat koleksi barang2 macam ni dan pantang nampak Queen Anne kalau ke GS.

Yang ni kami dapat free je... sugar bowl, cute je...

Set ni pun free je kami dapat.


Yang ni aku paling suka... rasanya dah banyak koleksi aku, macam2 desing dan bentuk, Hari ni aku siap dapat 3 lagi... dah la percuma, besar dan cantik pulak tu. Memang syok la ke GS ni... tambah2 kalau dapat barang2 yang kite nak, elok dan murah... kalau dapat free tak payah cakap la... lagiiiiiiiiiiii... syokkkkkkkkkkkkkk...

25 September 2010

My latest collection

Suka sangat hari ni dapat beli set pinggan mangkuk yang sangat cantik bagiku. Walaupun bukan Royal Albert dapat yang ni pun kira ok la buat sementara ni. Tapi kalau jumpa set pinggan Royal Albert lagi best. Kalau nak beli yang baru kena pikir dua tiga kali sebab mahal sangattttt.... Set pinggan yang aku beli ni brand Crown Regal made in Romania. Aku cuba cek dalam internet brand ni harganya agak mahal jugak. So beruntung la aku sebab dapat beli dengan harga yang jauh lebih murah.

Hepi sangat... tu yang best kalau pergi garage sale, kadang2 kite akan jumpa barang2 yang memang kite tak sangka2. Memang cantik set pinggan ni dah la masih baru dan complete set untuk 8 orang makan.

Cantik tak? ni cawan minum teh.

Mangkuk besar, siap ada tudung lagi... memang puashati.

Ni set cawan minum teh dan teko.

Yang ni pulak set cawan untuk minum coffee, saiznya lebih kecil daripada cawan untuk minum teh. Comey and cute...

Sugar and milk jug... kalau aku memang jarang guna sugar and milk jug ni... so buat hiasan je la.

Oval plate ni ada dua, satu saiz kecil dan satu saiz besar.

Ni set pinggannya... ada pinggan nasi, mangkuk lauk, piring besar, piring kecik dan mangkuk sup.

Senyum lebar je hari ni sebab pergi garage sale terus dapat barang yang memang aku minat. Apa lagi rasa tak sabar2 la nak menyusunnya. Nanti kalau rajin aku akan tunjuk gambar2 selepas disusun dalam almari pulak ye... bukannya apa just nak share dengan pembaca2 blog di luar sana yang mempunyai minat yang sama dengan aku. Rupa2nya ramai orang mempunyai minat yang sama dengan aku... aku ni baru nak start jeee...

Ni dah masuk bab lain... pasal dapur pulak. Kalau bosan2 aku memang suka search dalam internet tentang House Decoration, Kitchen Deco, Dinning Room Deco, Living Room Deco, Bedroom Deco/Design atau apa2 yang seangkatan dengannya. Terutama bahagian kitchen... suka sangat kalau tengok rumah orang yang memiliki dapur yang cantik, tersusun dan bersih je... Dapur ni milik Mary tuan rumah yang tempat aku beli set pinggan comey tadi. Memang cantik design dapur dia. Kos dapur ni $40 ribu... bestnya kalau dapat dapur macam ni... rasanya ada yang lebih rajin memasak sebab syok dok dapur he3... InsyaAllah kalau ada rezeki boleh la ye. Hubby pun suka tengok dapur ni. Apa lagi abang boleh la kite buat di rumah kite nanti...

Ni la Mary dah berumur 54 tahun.

Aqil hepi sebab dapat mainan lagiiii... Yaya pulak dapat basikal besar.

Mary buat garage sale ni sebab dia nak clearkan semua barang2nya. Dia akan berpindah ke Marion, so rumah ni dia nak jual. Tahu tak rumah ni harga berapa? AUD700 ribuuuuuuuuu... kalau convert duit kite tak ke jadi RM2 juta lebihhhhhh... kayo...kayo... Rumah ni tepi jalan besar maybe sebab tu harganya mahal, Tapi bagi orang sini entah2 murah je... kami je yang rasa mahal. Mary ni friendly jugak orangnya dan banyak bagi barang free pada kami seperti basikal Yaya... lupa pulak nak snap gambar basikal Yaya tu, takpa lain kali la ye. Selain tu kami dapat... jug yang cantik, carpet yang harganya AUD159.90, mangkuk sup, sudip, senduk and adik-beradiknya yang lain dan macam2 lagi la.... Kalau ikutkan banyak lagi pinggan mangkuk, periuk, frame, barang2 hiasan dan macam2 lagi tapi takan nak ambik semua. Mentang2 orang ni baik, nak ambik kesempatan pulak. Tak baik macam tu. Tapi orang kata rezeki jangan ditolak... takpa kami ambik yang mana rasa berkenan je. Thanks Mary.

21 September 2010

Thanks Lilian

Cite ni sambungan dari post yang sebelum ni iaitu pasal garage sale paling best. Ini sambungan citenya... Pada pagi Isnin kami ke rumah Lilian untuk bertanyakan remote DVD player. Masa kami sampai Lilian masih sibuk mengemas rumahnya. Dia maklumkan remote tersebut masih belum dijumpainya. Alang2 dah datang rumahnya kami sempat berborak. Hubby tanya pada Lilian "semua barang2 dah habis dijual ke masa garage sale Sabtu baru ni?" Lilian beritahu "kebanyakan barang2 yang tak habis dijual dia nak bagi kepada orang baru yang akan sewa rumah tu", termasuk la set meja makan dan almari jenis banquet yang aku minat tu. Kami agak terkejut sebab Lilian ni baik sangat sebab nak bagi free je barang2 dia. Rupa2nya orang yang nak sewa rumah tu seorang ibu tunggal beranak 4... so sebab tu la dia nak bagi free je kerana dia faham kehidupan ibu tunggal susah, dia jugak ibu tunggal. Bagus betul la Lilian ni...

Kami tak pulang dengan tangan kosong sebab Lilian bagi kami big blanket box, hanger, tempat penyangkut baju dan macam2 lagi. Remote memang dia tak jumpa, kami tak kisah la, nak buat macam mana sebab memang dia tak jumpa.

Ni la blanket box... boleh letak macam2 benda dalam ni sebab saiznya agak besar.

Tempat penyangkut baju... untuk jemur kain pun ok jugak... kami letak belakang rumah. Senang nak jemur baju kalau hujan sebab boleh tolak sana sini.

Petangnya pulak lepas sembahyang Asar telefon hubby berbunyi. Rupa2nya anak Lilian, Amber call. Kami ingat dia nak beritahu remote DVD Player dah jumpa dan suruh kami pergi ambik. Tapi dia tanya hubby "you want fridge, tv and another things...?". Kami macam pelik la... Hubby beritahu Amber "kami akan ke rumah dia".

Sampai je di rumah Lilian kami tengok Lilian dan anak2nya masih sibuk mengemas, mengangkut barang2 letak di luar dan mencuci rumah. Hubby tanya pada Lilian "kenapa semua barang di bawa keluar?". Lilian beritahu "orang tu tak jadi sewa..." so semua barang2 ni dia nak bagi free je kalau ada sesiapa yang nak kecuali set meja makan dan almari. Rumahnya perlu dikosongkan sebelum jam 5 petang coz tuan rumah nak datang cek rumah tu dalam keadaan bersih tanpa ada satu barang pun dalam rumah. Kami saling berpandangan dan macam tak percaya pulak. Kesian pun ada tengok keadaan mereka yang kelam kabut dok mengemas. Kami pun terpikir jugak kenapa laaa... last minit baru dia nak let go semua barang sedangkan esok dia dah nak fly ke Brisbane. Tak kisah la... maybe dia ada masalah lain sebelum ni.

Aku dan hubby tolong apa yang terdaya. Lilian beritahu kami "kalau you nak semua barang2 ni you can take it... kalau tidak dia akan buang dan barang2 elektrik dia akan jual di cash conventer". Lilian beritahu "kalau kami nak set meja makan dan almari tu dia akan kurangkan harga, terpulang kepada kami... setakat mana kami mampu bayar". Lepas kami bargain harga yang kami nak Lilian terus bagi. Memang harganya sangat murah compare dengan harga asal yang dia nak jual. Tapi lepas tu dia siap tanya balik "ok tak harga ni?". Kami setuju je... kami pun tak la mintak murah sangat nanti dia kata nak ambik kesempatan pulak dalam keadaan dia macam tu. Dah la murah siap bagi free 2 buah kusyen yang masih elok dan nampak baru. Boleh dikatakan semua barang dalam rumah dia bagi pada kami kecuali set meja makan dan almari ni.

Ni la almari tu... memang cantik tu yang aku berkenan... solid wood lagi...

Meja makan ni pun masih cantik... aku berkenan kerusinya, siap ada alas duduk. Nampak antik jee...

2 buah kusyen yang dia bagi free... still new.

Antara barang lain yang dia nak bagi free kepada kami ialah fridge dua pintu, tv besar (rasanya lebih 50 inci besarnya), tv dengan raknya sekali, vacum kecik, almari buku, 2 buah tilam queen saiz, 2 buah heater, pinggan mangkuk, gelas, blanket box, cadar, sarung bantal, alas meja, langsir, handbag 1 kotak, hanger satu kotak, lampu tido, baju, bekas biskut, jug, gymball, frame, topi, mainan, DVD, buku kosong, alatulis dan macam2 lagi. Dari sebesar2 benda hingga la kesekecil2 benda, kalau boleh semua dia nak bagi. Itu pun aku rasa banyak benda yang dia dah buang masa pengambilan hard rubbish.

TV Sharp dan raknya sekali... disebabkan rumah kami dah ada banyak tv so kami bagi pada member.

Heater kecik... brand new.

Semua barang yang elok dan rasa berguna pada kami je kami ambik kecuali fridge, almari buku, tv besar dan frame gambar besar. Bukan apa sebab tak muat lori, kalau muat mesti semua benda kami angkut. Dah alang2 orang nak bagi, kami ambik je la. Nasib baik kami kenal Angelo (orang OZ) yang ada lori so kami contact dia la untuk angkut semua barang ke rumah. Dia just ambil duit minyak sebagai upah...

Lampu tido...

Heater lagiiiii... jugak masih baru.

Box yang besar... boleh duduk dan letak macam2 barang. Aku letak mainan Yaya dalam ni. Takde la berselerak nanti.

Kami berterima kasih sangat2 kepada Lilian sebab bagi banyak barang pada kami. Mereka sekeluarga suka sangat sebab kami bantu mereka dan dapat berkenalan dengan kami. Siap mintak no. telefon dan email lagi. Lilian beritahu kalau ke Brisbane jangan lupa contact dia. Sebelum balik kami sempat bergambar dengan mereka.

Ni la mereka... sebelah aku tu Lilian dan sebelahnya Jessica. Anak2 lelaki dia takde di rumah masa ni. Lilian ni jurulatih kuda. Dah 17 tahun dia berkecimpung dalam bidang ni. Siap nak bagi peralatan untuk naik kuda pada kami, tapi kami taknak sebab tak tahu zaman bilanya nak naik kuda... tak akan kot.

Yang baju pink tu Amber.

Kami hepi dapat berkenalan dengan orang macam famili Lilian ni... bukan sebab dia banyak bagi barang free pada kami tapi sebab dia baik sangat. Kalau kami tak dapat barang tu pun, memang dia akan bagi pada orang lain. Susah nak cari orang macam ni. Kami akan ingat pada mereka sampai bila2. Kalau ada rezeki kami akan berjumpa suatu hari nanti. Thank you very much Lilian and family.