Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

15 November 2011

Chicken Chop II


Kalau masa di Malaysia dulu Zie reti makan aje chicken chop ni... nak buat memang tak kuasa. Malah tak terlintas langsung nak membuatnya sendiri. Tapi jangan tak percaya Zie pernah attend kelas masak untuk belajar buat chicken chop and steak tapi setakat belajar aje... tak pernah try buat pun di rumah. Kalau terasa nak makan den boli aje kat kedai sonangggg... hehehe... Lepas ni kalau baik Malaysia mintak2 lah semangat memasak ni sentiasa ada dalam diriku ini. Ye ke? kite tunggu dan lihat aje.

Buat pengetahuan semua kalau kite dah jumpa resepi yang betul2 sedap memang puashati kalau buat sendiri aje. Save sikit kan... dengar cite barang2 di Malaysia semua dah naik harga, termasuk harga ayam. Siap ada yang cakap kalau bawak duit RM50 ke pasar malam macam takde nilai... dapat beli barang sikit aje. Sudah tentu chicken chop pun mahal mau RM20 atau lebih sepinggan kot. Masa zaman Zie makan dulu pun harga sepinggan dah berbelas2 hinggit. So lepas ni tak payah beli2 dah... buat je sendiri kat rumah (itu pun kalau rajin hehehe...).

Ada yang mintak resepi chicken chop yang Zie pernah buat ni... Kalau ikutkan macam2 resepi ada tapi macam biase lah Zie suka resepi yang simple dan bahannya tak rumit. Dan yang paling penting sodappppp... kepada yang nak cuba buat sendiri boleh follow resepi ni...


Bahan2:
3 keping dada ayam
Kentang goreng/kentang putar
Daun salad
Tomato
Coleslaw
Jagung rebus (kalau ada)

Bahan perap:
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak

Cara membuatnya:
1. Gaul ayam dengan bahan perapan dan perap selama 2 atau 3 jam (lagi lama lagi sedap).
2. Goreng ayam yang telah diperap (kalau rajin sebelum goreng boleh salut telur dengan breadcrum).
3. Susunkan semua bahan dalam pinggan dan boleh dimakan dengan sos lada hitam.

Sos untuk dimakan dengan chicken chop ni kalau ikutkan macam2 jenis sos ada seperti sos cendawan, sos rempah dan sos lada hitam. Zie dan famili lebih suka makan dengan sos lada hitam. Resepi sos lada hitam ni pun simple dan senang je untuk disediakan.

Bahan2 sos lada hitam:

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 sudu besar serbuk lada hitam (nak pedas boleh tambah)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah)
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris dadu.
2. Masukkan air rebusan ayam/daging.
3. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, sos tomato, kicap dan bancuhan tepung jagung.
4. Masukkkan garam dan gula secukupnya.

*kepekatan ikut suka.

So dah siap... senangkan, apa lagi boleh la try buat lepas ni. Selamat mencuba!!!...


10 October 2011

Shepherd Pie...

Dah lama rasanya tak buat shepherd pie, teringin pulak rasa nak makan hari ni. Awal2 pagi lagi dah bawa keluar daging cicang dari frezer untuk defrostkannya. Aqil dan Amalia pun memang suka makan shepherd pie ni. Tak nyempat2 nak makan terutamanya Amalia... Nak buat shepherd pie ni mudah je... Kalau ada sesiapa yang berhajat nak buat boleh la ikut resepi ringkas ni yer...

Bahan A:
5 biji ubi kentang (direbus dan dilenyek)
2 sudu besar butter
100ml fresh milk
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam

Bahan B:
200g daging cincang
1@ 2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 senduk tomato puri/sos spaghetti
2 sudu besar cili kering yang telah dikisar (kalau nak pedas boleh lebihkan)
5 sudu besar sos tomato.
Sedikit oregano
Garam dan gula
Saderi dan carrot (optional... kalau letak cendawan butang pun sedap).

Cara membuatnya:
1. Satukan bahan A dan ketepikan
2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau, kemudian masukkan daging cincang. Bila air agak kering masukkan semua bahan lain. Masak hingga mendidih dan agak pekat.
3. Ambik bekas pyrex atau apa2 aje bekas yang oven safe masukkan bahan A dan ratakan (tinggalkan sedikit untuk lapisan atas). Kemudian masukkan bahan B yang dimasak tadi... kemudian masukkan lebihan bahan A tadi dan ratakan. Akhir sekali taburkan cheese dan dibakar selama 25-20 minit dengan suhu 200 darjah C.

Shepherd pie ni sedap dimakan masa panas...

09 May 2011

Dah lama nak buat...



Dal lama cadang nak buat lasagna... tetapi asyik tak jadi je sebab bahan tak cukup. Hari ni baru tercapai hajat nak membuatnya. First time buat ni layernya macam tak menjadi tapi rasa dah ada... Aqil dan Amalia cakap sedap la mama, siap tambah 2/3 kali. Lasagna ni sedap dimakan masa panas2 rupanya. Banyak resepi lasagna yang aku search di internet ada yang senang, ada yang perlukan macam2 bahan, ada yang macam rumit je... memang banyak sangat resepi dan cara yang berbeza2, akhirnya resepi yang mudah dan ringkas jadi pilihan. Sebelum buat rasa macam susah je nak buat lasagna ni... tapi rupa2nya senang je... Aku ikut resepi ni...

Bahan2:

Bahan sos putih:

2 sudu besar butter
2-3 sudu besar tepung gandum
1 ½ cawan fresh milk)
1-2 cubit serbuk oregano
4 sudu mozarella cheese (yang sudah diparut)

Bahan sos merah:

400 gm daging/ayam cincang
I tin mushroom (ditoskan air dan dihiris nipis)
2 labu bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar tomato puree
1 cawan sos tomato
2-3 sudu cili blend (ikut rasa)
3 sudu serbuk oregano
garam dan gula sesedap rasa.
air (ikut kepekatan)
minyak utk menumis

Lain-lain bahan:

Kepingan lasagna (lasagna sheet)
200 gm mozarella cheese
1 sudu teh serbuk lada hitam (black pepper)
1 sudu teh serbuk lada putih (white pepper)

Cara membuatnya:

Kepingan lasagna direbus satu persatu dalam air dicampurkan sedikit minyak masak (1 sudu besar) agar tak melekat...

Cara memasak sos putih

Cairkan butter dalam periuk kecil, masukkan tepung dan sentiasa kacau... api kena very slow dan masukkkan susu sedikit demi sedikit. Kacau berterusan agar tak berketul hingga menjadi satu larutan warna putih susu (creamy). Bila hampir mendidih, masukkan serbuk oregano dan taburkan cheese (tak payah letak pun takpa). Padamkan api dan ketepikan.

Cara memasak sos merah.

Tumis bawang besar dan bawang putih bersama cili mesin, bila dah agak garing dan naik bau masukkan daging cincang, tomato puree dan sos tomato, kacau hingga sebati. Masukkan garam, gula, serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan cendawan serta serbuk oregano. .

Ambil mangkuk pyrex atau loyang. Susunkan lapisan kulit lasagna, susun selapis sehingga tak nampak ruang kosong, tuang satu setengah (1½) senduk sos merah ratakan ke seluruh kulit lasagna, titis-titiskan sos putih di atas sos merah tersebut, ulang dengan menyusun kulit lasagna di atas lapisan kedua, diikuti dengan menuang sos merah dan menitiskan sos putih hingga ke paras ¾ tinggi bekas pembakar. Lapisan atas sekali mestilah terdiri daripada sos merah, titisan sos putih dan cheese.

Panaskan oven terdahulu dengan suhu 180 darjah bakar selama 20-30 minit.

20 December 2010

Spaghetti mengganti mee... sedap jugak


Dari semalam lagi rasa nak makan mee, tapi meenya takde. So terpaksa la buat dengan spaghetti. Rupa2nya sedap jugak... sebelum ni tak pernah cuba. Lepas ni tak payah la beli mee sebab spaghetti ni halal, mee tu tak sure laaa... tapi pernah jugak beli sebab nak makan, nak cari mee ada tanda halal memang takde rasanya.

Aku goreng agak banyak sebab lepas spaghetti kembang banyak la pulak jadinya... nak tak nak kena la goreng semua... boleh makan sampai ke malam... tak payah nak masak dah.

Senang je nak buatnya, juat rebus spaghetti dan goreng la macam mee biase tu. Lepas tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan cili kisar, sos tomato, kicap, garam dan gula. Lepas tu masukkan daging. Bila daging dah empuk masukkan sayur (guna kubis je sebab sawi takde...), kemudian masukkan spaghetti. Siapppppp...

21 November 2010

First time make pizza sendiri...

Aqil teringin sangat nak makan kuih puteri ayu dan sibuk dok suruh aku membuatnya. Tapi masalahnya bahan dan acuannya takde. Semalam semasa jamuan raya di park ada la orang bawak kuih ni tapi tak tergerak pulak hati ni nak mengambilnya untuk bagi pada Aqil. Kesian Aqil sebab dah lama nak makan kuih ni. Kuih puteri ayu memang kuih feveret Aqil.... masa dok Bangi boleh dikatakan setiap hari kena beli di pasar untuk Aqil. Balik Malaysia nanti aku akan beli acuan2 kuih yang mana perlu untuk dibawa ke sini... senang kalau Aqil dan Yaya nak kuih apa2 aku boleh buat.

Bagi menggembirakan Aqil aku buat pizza sebagai penggantinya. Kuih puteri ayu tu nanti lain kali mama buat yer... Aqil?. Kiranya ni kali pertama aku betul2 nak make pizza sendiri. Banyak resepi aku search dalam internet... akhirnya aku jumpa resepi yang simple dan macam mudah je. Harap2 menjadi la pizza aku ni.

Doh untuk buat base pizza. Aku cuba buat sikit je... maklum la takut tak menjadi.

Canaikan doh di atas pizza pan... pizza pan ni tuan lama yang punya, senang la keje aku tak payah nak beli yang lain. Terima kasih kepada orang lama yang dok rumah kami ni dulu. Tak sure sapa punya sebab banyak tuan yang dok rumah ni selain daripada abang Din.

Taraaaaaaa... ni dia masterchefnya, tukang canai doh. Ramai pulak pembantu masa aku buat pizza ni. Bukan apa sebab nak cepat... ada jemputan makan di rumah member.

Pizza aku selepas diletak topping...

Yang ni junior masterchef... pembantu setia aku masa memasak. Dengar je aku nak buat kuih atau kek Yaya lah orang pertama paling hepi dan excited. Seperti mana yang semua maklum Yaya ni memang suka kalau bab2 membaking ni... kalau tiap2 hari pun takpa.

Yeyeeeeee... pizza Yaya dan Aqil dah siap... tak sabar nak makan ni...

First time make pizza sendiri, dapat la 5 bijik. Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak aku nak membuat pizza untuk anak2. Bukan untuk kami je tapi siap boleh bagi kepada member2 terdekat untuk mencubanya. Harap2 semua suka... maklum la ni percubaan pertama aku membuat pizza, kalau tak sedap tu harap maap la yer... InsyaAllah lain kali kalau ada rezeki aku akan buat lagi... harap2 lebih sedap dan betul2 jadi. Resepinya akan dimasukkan kemudian.

02 November 2010

Pizza from Najwa


Hepi Aqil dan Yaya sebab dapat makan pizza. Thanks Najwa kerana bagi pizza pada kami. Sedappp... boleh bukak kedai kalau macam ni hehehe... Aku dah lama teringin nak make pizza sendiri tapi tak terbuat lagi... bukan apa kadang2 tak cukup bahan rasa tak best la pulak nak buat. Banyak lagi makanan yang aku nak try buat tapi tak terbuat lagi. Terima kasih daun keladi ye Najwa...

04 August 2010

Chicken Chop

First time aku buat Chicken Chop... kat Adelaide pulak tu sebab anak2 nak makan. Nak beli kat sini memang la banyak kedai yang jual tetapi semuanya tak halal. So terpaksa la aku buat sendiri. Alhamdulillah percubaan pertama menjadi, hubby & anak2 cakap sedap dan licin dia orang makan. Lepas aku upload pic dalam FB ramai la pulak yang mintak resepi. Bagi tidak menghampakan pada sesiapa yang mintak tu aku masukkan dalam blog ni. Boleh la kongsi resepi ni dengan kengkawan. Ok selamat mencuba kepada kawan2 ku...


CHICKEN CHOP

Bahan
3 keping dada ayam

Bahan Perap
1 s/b rempah kari ayam
1 s/b sos tiram
1 s/k cili mesin
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b minyak

Cara
1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.

SOS LADA HITAM

Bahan
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung
1 cawan air
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

Cara:
1. Panaskan semua bahan
2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan dalam bahan tadi... (ikut suka kepekatan yang dikehendaki)
3. Bila mendidih, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYURAN

Salad bulat, tomato, kentang goreng dan baked beans